Wednesday 31 October 2012

Kenangan oh kenangan

Salam semua ..rasanyer dah seminggu ibu tak menghupdate blog ni disebabkan kesibukan dengan hari raya Aidiladha..Persediaan Hari Raya nak kena buat, pastu kena kemas barang untuk balik ke kampung, bila dah sampai kampung sibuk pulak berhari raya dan melayan tetamu. Kesian blog ibu sampai tak sempat diupdate.. Ibu cuti dari hari khamis sampai ahad. Dalam mood berhari raya hari isnin dah kena pergi berkrusus pulak di USM Penang.  Awal-awal pagi dah kena bangun. Nasib baik Mr. Sirpool benarkan ibu bermalam di rumah opah sahaja disebabkan keesokkannyer tak perlu kejut nica dan anna awal-awal pagi, bangun dan siap-siap pergi berkursus. Ibu kena berkursus selama 2 hari setengah jer pon..Tapi perjalanan ke Pulau Pinang yang meletihkan disebabkan kesesakan di jambatan Pulau Pinang.

 Teringat zaman muda remaja dulu dok menunggang motosikal ker USM buat pratikal. Memang dasyat time tu merempit tak ingat meredah panas, hujan segala bersama kawan. tengah-tengah hujan pon bawa motor pergi kerja disebabkan takut kena marah. sampai opis habis basah kuyup. Pastu pergi tukar baju dan terus berkerja. Waktu lunch pergi main bowling kat BJ kompleks.sebab time tu tak tau nak buat apa.

 Lepas tu teringat satu lagi kenangan selepas setahun melahirkan aneesa ibu mendapat kerja baru dan dinaikkan pangkat. Syukur Alhamdulillah. Bila dapat surat ibu perlu melaporkan diri di SUK di KOMTAR penang kemudian di tempatkan di ibu pejabat jkr penang. Selepas beberapa bulan berkerja di KOMTAR ibu mengandungkan Anna  dan perlu berulang alik ke KOMTAR penang setiap hari. Hanya tuhan jer yang tahu, awal pagi dah kena bangun dan dengan perut memboyot, drive selama 50minit ke opis dengan memandu kereta manual menempuh kesesakan lalulintas. Selepas sampai di KOMTAR perlu mencari parking, dengan harga parking yang agak mahal sehari RM 5.50. Lepas tu berjalan menuju lif dan berebut-rebut naik lif. Bayangkan dengan keadaan perut yang memboyot. Memang hari-hari tercunggap-cunggap. Selepas Office hour jalan cepat-cepat sebab takut terperangkap dalam kesesakan dan  macam biasa amik kereta drive pulang ke rumah selama 50 minit lagi. Sampai rumah kena memasak dan melayan karenah anak pula.Memang penat. Hanya tuhan yang tahu. Masa tu sedih sangat-sangat sentiasa ibu berdoa dapat bertukar ke seberang secepat yang mungkin. Penat dari pelbagai sudut kewangan , badan , masa dan sewaktu dengannya.  Memang masa tu masa kepada suami dan nica memang sangat-sangat terhad. Dalam masa yang sama ibu diuji dengan ujian yang cukup besar dan sangat memeritkan bagi ibu. Boleh dikatakan setiap hari air mata mengalir mengenangkan ujian yang Allah berikan kepada ibu sehingga berat badan ibu susut 10kg. Masa itu ibu hanya mampu berdoa dan berserah .masa tu ibu ingat setiap ujian yang Allah beri kepada hambanya adalah disebabkan Allah sayang kepada hambanya. Firman Allah SWT "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai denggan kesanggupannya"(QS Al-Baqarah: 286). Biarlah ujian itu menjadi rahsia...

Syukur Alhamdulillah sekarang ibu telah ditukarkan ke seberang...Opis dekat jer dengan rumah. Dari rumah amik masa hanya 5-7 minit jer ke opis. Masa dengan keluarga pon dah ada sekarang. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat doa ibu dimakbulkan juga.Okey cukupla sampai di sini...hambik kau berjela entry hari ni..






Monday 22 October 2012

Ketam lembut

Selamat petang semua.Pernah dengaq tak citer tentang ketam kulit lembut atau ketam yang baru bersalin kulit. Sebelum ni ibu dok dengaq jer citer tentang ketam kulit lembut. Suatu hari tu ibu ajak kawan ibu pergi beli ketam kulit lembut ni di Kuala Gula. Asyik dok dengaq citer jer kan mana leh tahan nak jugak merasa. Kat Kuala Gula ni ada Restoran terapung yang menjual ketam yang siap di masak, kalau tak nak makan kat restoran ampa semua boleh beli dan bawa balik masak sendiri kat rumah. Harga satu kg RM 30. So ibu pon beli mentah, disebabkan hari tu restoran tutup. Ketam ni boleh dimasak cili dan digoreng, ikut kesukaan masing-masing.

Begini la rupa ketam kulit lembut tu. Memang lembut gila. Ibu buat goreng celup tepung jer hari tu dan dicicah dengan sos cili thai.
Kita zoom dekat sikit. Masa mengoreng ketam ni api tak boleh kuat, nanti meletup-meletup habis terpercik pulak kat muka.
Okey dah siap goreng.. Ketam lembut goreng celup tepung dan udang celup tepung.
dan dimakan bersama sos cili thai Life.Ermm...

Sekian......

Sunday 21 October 2012

Happy Besday Untuk Annatasya Safia

Happy besday untuk Anak ibu Annatasya Safia. Semoga dipanjangkan usia kamu dan menjadi anak yang solehah.Sekejap jer hari ni kamu dah genap 2 tahun. dah pandai bercakap, berlari dan boleh tolong ibu..  Good Girl. Malam nanti ibu belanja kek yer sayang..jangan nakal-nakal okey..



Bubur Gandum dengan jagung

Pagi tadi cuaca cerah jer.. tapi bila menjelang petang hujan turun mencurah-curah punyer ler lebat. Aktiviti petang ni dirumah saja. Hujan-hujan tido memang best, anak-anak dan suami dah tido. Ibu jer mata tak mau tido. Nak buat apa ni, nak tengok FB malas..Teringat kat dapur ada gandum dan jagung , so ibu bangun dan buat bubur gandum dan jagung. Hujan perut memang cepat lapar.Bubur ni anak-anak suka.

Bubur gandum dengan jagung

 Bahan-bahannyer ;
1 paket gandum
jagung
santan pekat
sedikit sagu
gula dan sedikit garam
daun pandan

Cara-caranyer;
Rebus gandum sehingga kembang.Setelah gandum kembang masukkan santan pekat dan daun pandan serta jagung dan biarkan seketika. Api hendaklah perlahan supaya santan tak berketul.Bubur hendaklah selalu dikacau. Kemudian masukkan sagu yang telah direndam dahulu. Kemudian masukkan gula dan sedikit garam sesedap rasa. Okey tutup api dan bolehlah dihidang bersama secawan kopi panas . Ibu hidangkan dengan secawan teh 'o' panas.

 Bila dah siap memasak Ana dah bangun. Tengok tu tak sabar-sabar nak makan.Sorry gambar agak blurr..

Kari Ikan Tenggiri

Semalam tengok Cik Mat Gebu punya kari ikan tenggiri meleleh air liur menengoknyer http://www.tiffinbiru.com/2012/10/kari-ikan-tenggiri.html. Dalam hati esok nak buat jugak la.Tengok-tengok(bahasa utara) pagi tadi husband balik dari pekan hari cakap dia beli ikan tenggiri dan bahan untuk buat kari..Ermm..macam tau-tau jer kan. Mr.Sirpool cakap dia nak makan Gulai (kari) ikan tenggiri. Ibu pon yang menurut perintah masakkan la kari untuk Mr.Sirpool. Kari kali ni ibu masak ikut resepi mak.

Kari Ikan Tenggiri

 Bahan-bahannyer:
6 ketul ikan tenggiri
1 paket rempah kari babas
1 ulas bawang besar (dikisar)
1 sudu besar serbuk cili
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang besar (dihiris
1 sudu besar halba campur
daun kari
santan
asam jawa
minyak untuk menumis
garam dan perasa

Cara-caranyer ;
Satukan rempah kari babas bersama serbuk cili dan bawang besar yang telah dikisar setelah itu ketepikan sebentar.Panas minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, hlaba campur dan daun kari. Kacau sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah yang telah kita bancuh tadi. Biarkan sehingga terbit minyak atau pecah minyak. Pastikan rempah betul-betul masak baru la dimasukkan santan yang telah diperah bersama asam jawa. biarkan mendidih seketika, masukkan ikan.Jangan dikacau terlalu kuat disebabkan takut ikan hancur.biarkan seketika.perasakan dengan garam dan sedikit perasa. kemudian masukkan bendi dan tomato. Biarkan seketika kemudian tutup api dan boleh la dihidang.



Bertambah Mr.Sirpool makan. Nica pon turut senyap ketika makan..Lapar sangat agaknyer..Ibu kalau makan kari mesti bersama kicap.ermm..baru rasa ada umphh.. Untuk anak-anak ibu goreng sotong bersama sos tiram. Sotong hari ni banyak pulak telurnyer, mula senyap-senyap jer ibu ambil telur sotong dan bagi sikit untuk nica dan anna.Lepas baru cakap kat Mr.Sirpool dan Kamal sotong ni ada telur..apa lagi pakat dok cari la..hihiikk..Apa-apa pon ibu dah kenyang. Masa untuk berehat..

Saturday 20 October 2012

Aktiviti hujung Minggu


Hujung minggu ni kami sekeluarga just duduk di rumah jer, kemas-kemas rumah dan membersihkan rumah. Sedang ibu mengupdate blog, anak-anak ibu meneman ayah mereka diluar rumah. Ayah sibuk membersihkan lantai si kakak dan si adik sibuk berenang di dalam kolam. Biarkan mereka di situ supaya tak menganggu kerja ayah. Bukan main suka bila mereka dapat bermain air.

Jadila berenang di rumah sahaja, di dalam kolam kanak-kanak. Bukan main bersemangat anak-anak ibu bila cakap sapa nak mandi kolam. sibuk masing-masing cari bikini.hahaha...

 Bukan main seronok berenang.


 Ini pulak muka tak puas hati dekat Pak Ndak, sebab mereka baru nak bermain air Pak Ndak dah ajak masuk dalam rumah. Dua-dua buat muka tak puas hati.hahahaha..

Ayah yang sedang sibuk memberus lantai.Rajin tak husband saya :P Aksi mendera suami..hihihihikk

Burger di malam hari.

Salam semua, burger akan burger di waktu malam memang satu nikmatkan. Tapi lemak didalam nyer masyallah sendiri mau ingat la.. semalam ibu tak masak. Tetiba mood Mr.Sirpool rajin buatkan kami burger. Memang super duper sedap dari yang dibeli dari mana -mana store burger. Terima kasih yer Mr. Sirpool..memang sedap burger yang abg buat. Ermmmm..tunggu apa lagi dah orang tolong masak ibu ngap ja la..tunggu lagi..Ketepikan segala kalori, lemak, gemuk semua tu lupakan buat sementara waktu sekarang masa untuk nikmati burger ini :P


Meleleh mayo yang Mr.Sirpool taruh.



 Dua burger untuk ibu dan Kamal (adik Ipar) dan satu burger telur untuk Mr.Sirpool.
 Ermm...tak perlu kataa apa-apa..senyum

dan sebiji lagi burger telur tanpa sos untuk nica. Burger ni just taruh telur, mayo dan sayur. Nica sukakan sayur.So kena taruh banyak-banyak. Untung ibu dapat anak-anak yang sukakan sayur..Bestnye boleh update blog tanpa gangguan disebabkan anak-anak ibu tengah berenang diluar rumah...hahaha..okey..nanti kita sambung yer citer anak-anak ibu berenang ..

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

Lunch kami untuk hari ini


Pagi dah masak lempeng. Untuk menu lunch ibu masak sambal petai bersama udang, Masak Lemak Cili Padi Ketam dan Gelama Masam goreng. Hari ini kan cuti so boleh la masak banyak sikit. Sambal petai ini disebabkan terliur tengok Blog kak shariah buat roti dengan sambal tumis petai. ni ha blognyer http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/2012/10/roti-sandwich-bai-sambal-tumis-petai.html. Barang-barang memang dah ada nak buat sambal petai so apalagi amik barang-barang masak la. Ibu gantikan bilis dengan udang.

Sambal Petai bersama udang

  Bahan-bahannyer:

Petai
udang
Cili kering (dikisar)
Belacan
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
air asam jawa
garam,gula dan perasa
minyak

Cara-caranyer :

Panas minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar yang telah dikisar bersama belacan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan asam jawa dan sedikit air.Kemudian masukkan petai dan udang. Biarkan sebentar, kemudian perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan kuah sedikit pekat. Kemudian boleh la dihidang.
 

Masak Lemak Cili Padi Ketam

 Bahan-bahannyer:
5 ekor Ketam
1 Ulas bawang besar
1 Biji cili merah
3 Biji cili padi (Kalu suka pedas boleh tambah)
2 batang Serai (dititik)
kunyit hidup
Sehelai daun kunyit
Santan
 Garam, gula dan sedikit perasa

Cara-caranyer:
Kisar Cili merah, bawang besar, cili padi bersama. Kemudian panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi. Masak bahan kisar sehingga kering air dan masukkan serai. Kemudian masukkan santan cair. Api perlu perlahan supaya santan pecah minyak dan hendaklah dikacau. Masukkan daun kunyit yang disimpul dan Kemudian masukkan ketam sambil dikacau sehingga mendidih. Kalau ada nenas boleh masukkan nenas lagi sedap. tapi ibu kehabisan stock. kemudian masukkan santan pekat. masak sehingga ketam masak dan perasakan dengan garam, gula dan perasa terlebih dahulu.Okey dah siap..

 Ini pulak Gelama masam goreng. Jangan nak mintak resepi pula..hihiikkk





Friday 19 October 2012

Lempeng kelapa dengan rendang ayam

haii..semua hari ibu bersiaran agak lambat, disebabkan kesibukan menjaga anak-anak. seperti yang dijanjikan semalam ibu nak buat lempeng kan..  so hari tertunai jugak. Lempeng kelapa dimakan bersama rendang ayam dan secawan teh tarik. Nica kan suka makan, banyak giler dia makan.




Senang jer nak buat lempeng kelapa ni . Bahan-bahannyer tepung gandum, kelapa parut, air kelapa, garam dan sedikit gula (kalau tak nak masuk pon tak per). kemudian satukan semua, panas kuali leper, sapukan sedikit minyak di atas  kuali dan letak adunan tadi.Masak sehingga kekuningan seperti gambar di atas.Dan boleh la dihidang bersama rendang ayam.

 






Thursday 18 October 2012

Kari Ikan Merah Versi Ibu

Selamat pagi semua. Pagi-pagi ni kalau dapat lempeng kelapa cicah pulak dengan kari ikan memang meletup habiskan. Mak mertua lalu belakng pon dah tak perasan kan...hihihikk. Tetiba rasa macam terliur jer bila sebut lempeng. Besok pagi harus buat la.dah lama tak makan. Okey la hari ini ibu nak bagi resepi kari ikan Merah Versi Ibu. Kalau di kampung ibu depa panggil kari tu gulai.

Kari Ikan Merah

Bahan-bahan
Ikan Merah
2 ulas bawang merah (di hiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
daun kari
1 sudu besar halba campur
bendi atau tomato
2 biji cili merah dibelah (kalau tak masuk pon tak per)
1 paket rempah kari ikan babas
Santan (dari 1/2 biji kelapa)
Asam Jawa
Garam dan perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranyer
Panas minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari, kacau sehingga bawang kekuningan dan naik bau. Ibu kalau masak kari mesti wajib letak halba campur. sebab itu yang membangkitkan bau kari tersebut. Rempah kari ikan hendaklah dibancuh dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam tumisan tadi. sekali sekala hendaklah dikacau rempah tersebut sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan kan santan yang telah diperah bersama asam jawa. Biasanyer ibu suka letak asam lebih sedikit tapi tak  terlalu banyak nanti hilang pulak manis ikan tu. Santan biasanyer tak terlalu pekat.Biarkan mendidih dan masukkan ikan.Biarkan sebentar masukkan bendi atau tomato dan cili yang dibelah. Ibu tak masukkan bendi disebabkan stock bendi dah kehabisan dirumah. Kemudian perasakan dengan garam dan perasa (kalau tak suka tak payah masuk). biarkan sebentar. Tutup api dan bolehla dihidang..Sedap ni dimakan dengan nasi panas-panas tambah pulak dengan kicap.perghhh...






Wednesday 17 October 2012

Cendawan Goreng


Menu yang simple hari ni, cendawan goreng. memang sedap kalau dicicah dengan sos cili Thai Life.
Hari ni agak lambat update blog disebabkan ada meeting dan lepas meeting kena turun site pulak. okeylah jom kita layan resepi cendawan goreng yang sangat mudah nak dibuat.

Cendawan Goreng


Bahan-bahan:

1 paket cendawan
1 biji telur
tepung jagung 
daun kari dihiris halus (kalau tak der pon tak per)
sedikit serbuk lada hitam
garam 
minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

Masukkan garam, lada sulah ke dalam telur, dan kacau sebati kemudian masukkan daun kari. Amik cendawan yang telah dibersih celup didalam telur yang dipukul tadi kemudian gaul dengan tepung jagung.Kemudian masukkan kedalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. goreng sehingga kekuningan. okey..dah siap..Bolehlah dihidang..



Tuesday 16 October 2012

Anak-anak ibu dan anak- anak buah ibu

Entry ni dah lama terpendam dalam draft ibu.  Perut dah mula berkeroncong ni. Nak buat kerja pon tak boleh rasanyer.Sekejap lagi kita cari kedai makan yer wahai cik perut..dengar-dengar ada kawan ibu ajak makan mee ketam..ermmm..Sementara menunggu kawan-kawan kita update blog dulu..hihihikk..Okey la sambung citer pasal tentang anak anak ibu dan anak anak buah ibu. Entry kali ni untuk tatapan kakak iparku yang jauh nun di Canada. Jom layan gambar anak-anak buah mak ngah yang dah besar-besar belaka.

 
Atilia
 Ini cucu First Wan Mad (Ahmad) dan Tok Jijah(Azizah), ni panggilan nica dan anna.Atilia ni comel dan sangat gebu. Memang geram tengok dia. nica kalau nak jumpa kak Lala(Atilia) sanggup tak tido dalam keta, punyer excited. Yang Atilia pulak dok tanya mama ngan papa dia mana adik aneesa tak sampai lagi, sanggup berjaga walaupon jam dah 1 pg..tetap tunggu. Depa dua ni memang kamcing habis.

Arissa
Ini pulak Arissa adik kepada Atilia. Arissa dengan Aneesa Safia sebaya cuma beza tarikh lahir jer sorang awal tahun sorang lagi hujung tahun.Ibu dengan Mak Long (mama kepada arissa) selalu confius depa dua orang ni. dah la warna kulit lebih kurang rambut pon lebih kurang sama. kadang-kadang kami tersalah marah anak. hihihikk..Arissa ni pulak cucu tok, sebab manja giler ngan tok pantang nampak bayang tok , nak ikut. Maybe sebab dulu masa tok yang jaga masa mama dia bertugas di Sabah.
Aneesa Safia 
 Aneesa Safia ni pulak buah hati pengarang jantung ibu. Budak yang sangat manja.

Awiys
Awiys adik kepada Arissa. Awiys pulak sebaya dengan Anna dan Ayyan anak mak ngah cuma beza bulan.Awiys ni pulak pendiam, tapi kuat jugak mengusik.
Annatasya Safia 
Annatasya Safia Intan Payung ibu.Budak yang sangat nakal, suka sangat menyakat kakaknyer. Sekejap jer dah besar anak-anak ibu dan anak-anak buah ibu. semua dah pandai cakap dan tak larat nak linggan. Sekian dulu yer...jumpa lagi




Tetiba mood Membaking kek datang


Semalam semasa menunggu Mr.Sirpool balik kerja. Tetiba jer datang mood nak membaking kek datang. Kebetulan nampak telur yang baru dibeli oleh Tok Nica dan Anna. Barang -barang nak buat kek pon masih banyak lagi. So daripada lepak-lepak kosong baik membaking kan, leh jugak mengeyangkan perut time-time hujan ni. So Ibu pon sediakan la bahan-bahan untuk membuat kek oren ni. Kek ni simple jer dan disukai oleh semua orang didalam rumah ibu. Keluarga mertua ibu pon suka. Kalau time raya wajib buat sebiji untuk mak dan sebiji lagi untuk mertua.
Adunan kek Oren yang dah siap dan tunggu dimasukkan ke dalam loyang dan bakar.
 Sediakan loyang dan bakar.

Inilah hasilnyer selepas 50minit menunggu. dah siap kek oren ibu. Nica siap tunggu lagi kat oven. bila bunyi Ting!!!! bukan main suka...dia kata yeeeaaaa...kek dah masak. Ibu cakap kena tunggu sat na nica, bagi sejuk dulu.
 Selepas dikeluarkan dari loyang.
 Sepotong untuk Nica dan Anna. Apa-apa pon depa yang nak rasa dulu. sibuk jer, tak kira ibu cakap masih panas. nak jugak dah tak sabar-sabar nak makan.
Ini la rupa kek oren ibu, dimakan time hujan bersama secawan kopi. memang best. sekian untuk hari ni.

Bekal untuk pagi ini


Assalamualaikum semua, pagi ni mood ibu rajin sikit. Bangun pagi-pagi buat bekal ke opis. Untuk bekalan ibu, ibu masak carbonara spaghetti.Western sungguh di pagi buta kan...hihihikk. Untuk Mr. Sirpool ibu masak kan nasi putih dan bawal masam manis, kebetulan my husband cuti hari ni.  So kena masak lebih sikit. Mr.Sirpool tak berapa suka sangat makan Spaghetti ni. So tinggalkan sikit jer untuk my husband, sedikit untuk nica dan ana bawa bekal ke rumah Opah dan yang selebihnyer ibu bawa bekal.

  ha..ini la rupa bekal ibu. rajin kan..kan..:P masuk bakul angkat sendiri.

 
 nampak tu kat dalam ada spaghetti. resepi ni kawan Mr. Sirpool yang ajar Abang Eizral dan Kak Mimi. Thanks yer tolong ajarkan saya.  Bekal ni ibu makan dengan Linda dan Cik Faridah. Yang best depa cakap sedap la Kak yan (panggilan ibu kat opis). Sian kat depa tak cukup. Nanti Kak yan buat lagi yer. barang ada lagi kat umah. Makan Spaghetti ni memang sedap. Tapi super duper kandungan lemak di dalamnyer.ermm.. sekali sekala tak per kan..jangan selalu.hihiihikk...

Sorry gambar kabur , just guna hp yang tak berapa canggih tu dan pencahayaan yang tak cukup.

Monday 15 October 2012

Sotong Sumbat


Sotong Sumbat
Masa first time makan sotong sumbat ni, Mr. Sirpool beli dari kawan dia. Kebetulan isteri kawan dia orang Kelantan. Memang sedap rasa. Manis-manis gitu kat dalam sotong tu disumbat dengan pulut. Senang jer nak membuatnyer hanya perlu sediakan  Sotong yang saiznyer agak besar, 3 ulas bawang putih dimayang, pulut, santan pekat (dari sebiji kelapa),gula kabung, kalau tak de stock boleh jugak guna merah dan sedikit garam dan gula putih. Cara-caranyer, pulut hendak lah direndam dahulu lebih kurang 20 minit. Kemudian amik sotong yang telah dibersihkan sumbat pulut tadi, masukkan kepala sotong dan semat lidi supaya pulut tak terkeluar. Pulut tak perlu isi sampai penuh yer isi dalam 3/4 jer.Kemudian masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang lain dan jgn lupa masukkan sotong sekali. rebus sehingga pulut masak.dan boleh la dihidang. sekian...


Saturday 13 October 2012

Maggi Kuah



Sekali sekala layan maggi memang best. Nak..nak pula petang yang mendung menanti hujan tak kunjung tiba. Mr.Sirpool cakap dia nak makan maggi. So ibu pon masak la maggi yang simple. Konon-konon ibu ni tak nak la makan. Baru balik makan kenduri opis mate, terasa kenyang lagi. tapi bila jenguk dalam periuk Mr.sirpool ada tinggal kan sikit.. Last-last masuk jugak dalam perut ibu ni. Pantang nampak makanan mana tak gemuk. Badan montel tapi masih tak sedar diri :P