Sunday 24 February 2013

Bunga

Assalamualaikum semua...meh kiter citer pasal bunga, orang pompuan kalau bab dapat bunga mesti senyum sampai ke telinga. Sejak ibu bertukar kat opis baru ni, setiap pagi ibu dapat bunga.masuk bilik jer mesti tengok atas meja dah ada bunga.hihihihikk..walaupon bunga tak la sejambak macam Mr. Sirpool bagi masa time bercinta dulu-dulu. Jadi la ada jugak fresh flower yang menghiasi meja ibu..hihihikk. Ada sorang technician ibu ni, kat umah dia memang banyak bunga ros, setiap pagi dia akan petik dan letak atas meja ibu and the geng..hihihikk. Jadi la kan..sekuntum dua pon fresh flower juga, kalau harapkan ibu bunga plastik jer la yang ada atas meja opis.
Fresh lagi tu..terbaik dari ladang...hahaha.Tq yer.Cantikkan..

Ibu letak kat depan PC ibu yang ada gambar family tersayang..

my little princess

haloo...halooo...selamat pagi isnin..biasa la hari isnin ni mood untuk bekerja sangatlah perlahan...Kebetulan kerja ibu dah di siapkan awal-awal pagi tadi, sementara tiada keja ni apa kata ibu update blog dulu..sian pulak blog ibu ni semenjak dua menjak ni asyik tenggelam timbul jer kan..tadi masa godek-godek picture dalam hp terjumpa gambar my little princess "Ana' tengah main buih sabun. ibu sangat suka gambar ni nampak sangat cool dan cute ..hihihihikk.. (ayat perasan) ..sila abaikan yer bagi sapa-sapa yang terasa nak termuntah..

 Anna dengan nica kalau dah dapat baby bath ni kalau tak ditunggu maunyer habis sebotol depa kerjakan...Seronok kan ana dapat berendam dalam buih sabun...walaupon dalam besen bestkan (ayat penyedap hati)..itu jer yang mampu ibu belikan..ibu tak mampu nak sediakan  tab mandi macam kat hotel 5 star. Ini pon dah cukup bagi kita yang hidup sederhana.
 Masa ni kakak nica tak join...Ana mandi sorang-sorang...Maaf yer gambar agak seksi..hihihikk..takper ana kecik lagi kan..nanti dah besaq tak boleh dah amik gambar macam ni...cekak buih diatas kepala tu kerja ibu la...hihiihikkk..sangat la chomell..hihihikk..
Sekian dulu yer..Bye...

Thursday 21 February 2013

Jumpa my BFF

As salamualaikum semua..ada satu ketika dulu ibu buat pengajian jarak jauh di POLIMAS jitra. Disebabkan time tu ibu dah bekerja so terpaksa la buat PJJ. Ni kira zaman muda remaja dahulu. Kat polimas ni la ibu jumpa Best Friend Forever (BFF) ..hihihikk..dah nama pon BFF kan sampai sekarang still contact la kan.

Ni la BFF ibu.. Nor Mazliana Mokhtar...adalah kawan yang paling best ibu pernah kenal, suka duka kongsi bersama...Kawan ibu ni rajin tau, sapa-sapa yang nak tempah baju, jahit manik, jahit tudung boleh la contact kawan ibu ni. http://lissazara.blogspot.com/...wahh tolong promote lagi ni...sila buat tempahan.
Kebetulan ada satu hari di hujung minggu ..tanpa perancangan apa-apa ..BFF ibu call cakap nak jumpa nak bagi barang. So ibu pon kebetulan free tak der buat apa aktiviti, kami pon set la nak jumpa.Apa lagi dah lama tak jumpa kan pot pet la...banyak sungguh cerita..padahal selalu jer sembang dalam pon. So kami pon buat keputusan nak lepak kat Mcd jer senang, bleh makan-makan dan biarkan anak-anak bermain.Yang bestnyer anak kami adalah sebaya..Nica sama tahun ngan Lissa, Anna pulak sama tahun ngan Zara.  Anna bila nampa jer benda alah ni tak makan pon tak per boleh main. Eh kenapa kamu bertiga jer mana sorang lagi? Nica di mana?
 Ni ha nica...dok kat pintu sambil buat muka..muka baru bangun tido...dok blurr lagi..tak nak join adik ngan kawan-kawan main...
Sementara tunggu Mr.Sirpool beli makanan, ibu temankan anak-anak bermain dulu..
Nica lapar agaknyer...tu sebab tak nak main..join ayah makan ayah makan lagi best.

Ni pulak husband BFF ibu...Adik Zara ngan babahnyer..
Okey..sebelum balik kita amik gambar dulu..tengok tu masing-masing buat hal sendiri..masing-masing malu..dah lama tak jumpa kan..nanti bila dah besar ibu harap kamu semua jadi kawan baik macam ibu dan untie ina..Sekian dulu..ye




Wednesday 13 February 2013

At Pizza Hut

Assalamualaikum semua...satu petang yang damai..hihihikk. dah macam pertandingan bercerita la pulak. Nica kepingan bangat nak makan pizza hut. So ibu ngan ayah turutkan la permintaannyer..sila abaikan ayat yang lintang pukang ni yer..disebabkan sudah lama tidak mengupdate blog.  Petang tu ayah tak join kita makan-makan pizza hut..so ayah kasi duit suruh ibu bawa nica ngan anna makan pizza. Macam biasa ibu pon order la pizza yang bersaiz sederhana jer..kang order yang besar membazir pulak..pastu order udang..(ni peberet nica).
Sementara tunggu pizza sampai kita makan udang dulu..
Peace YO!!! bak kata Ac mical.
Adik Anna tengah makan garlic bun cicah dengan mushroom soup..sungguh berselera dia makan.Sampaikan ibu nak amik gambar dia pon kena marah..." Ana amau angkap gambar" katanyer.
tapi ibu curik-curik jugak amik gambar dia.hihihikk..nampak tu muka tengah marah ibu..
Petang tu opah temankan kami makan pizza..Nica yang beriya nak makan pizza, ibu ngan opah yang terpaksa habiskan pizza ni. Nica just rasa sikit jer pizza, sebab dah kenyang makan udang, garlic bun dan mushroom soup. Bila la ibu kamu ni nak kurus..asyik kena habis kan makanan jer..tak habiskan sayang...sabar la wahai perut ku ..impian untuk seramping dulu hanya la angan-angan semata-mata..huhuhukk..

Nota kaki : Maap la ayat lintang pukang disebabkan tuan empunya blog kepala tengah berserabut.