Tuesday 30 April 2013

Ronda-ronda Pulau Pinang

Selamat petang semua..rasanyer dah seminggu dah blog ibu tak terusik..sibuk dengan pelbagai urusan..di opis kerja bertimbun sampai ke bawah meja pon ada dokumen yang perlu di settel..dirumah pulak tetiba Wifi TM ibu tak boleh guna...semalam buat report hari ni dah boleh guna.tu la antara sebab ibu tak update blog. Okey la...sambung cerita kita balik..cerita di hari sabtu. Nica ajak ibu dan ayah naik feri. Sian kat dia tak pernah naik feri. Selalunyer pergi ke Pulau Pinang kita just guna bridge lebih dekat dengan rumah kita. So ibu dan ayah yang baik hati ni pon bawa la dua budak comei ni naik feri, masa pergi pulau kita ikut bridge dan bila nak balik ke tanah besar kita guna feri. Kita tak ke mana pon just dok dalam kereta  dan ronda-ronda.
Jambatan Pulau Pinang

Marina Bay
Masa ni tengah beratur tunggu feri.
Dah besar pon anak ibu ni.
Kereta sedang bergerak masuk ke feri.
Pemandangan yang sempat ibu amik, gambar KOMTAR tempat kerja ibu selama setahun tiga bulan. Penat ooo..berulang hari-hari ke Penang.

Ayah dan ana tengah layan pemandangan laut.
Nica yang sangat teruja boleh naik feri.
Suasana dalam feri.
Bestkan Ana..Gambar diambil oleh nica..hihihikk
Begini la rupa feri yang kita naik hari itu..okey sekian dulu yer..nak sambung buat kerja..Tata..

Monday 22 April 2013

Ketam Lembut @ Kuala Gula

Assalamulaikum semua...ibu doakan semua sihat-sihat selalu. Cerita Jumaat lepas, lepas amik nica di sekolah bawa dia ronda-ronda sekitar Nibong Tebal. Pastu masa dalam perjalanan kami terjumpa sekumpulan lembu, so ibu terpaksa la bagi laluan kepada lembu-lembu berkenaan. Risau nak teruskan drive, naknyer lembu tu terkejut maunyer dia lompat atas kereta ibu..mau jer ibu mintak ganti rugi kat tuan dia. So ibu pon stop sekejap. Nica time dah macam tengok Kangroo rupanyer..menjerit-menjerit ..hahahha...Pastu sampai kat rumah Ajak Mr. Sirpool kuar beli ketam dengan sotong. tetiba teringin nak makan ketam. Sekali dia cakap kita pi Kuala Gula makan ketam lembut nak? ermm...ibu anggukkan jer la kepala. Perjalanan dari Nibong Tebal ke Kuala Gula hanya 45 minit.  Bagi yang nak menginap di Kuala ada Chalet disediakan. Kalau menginap di sini boleh la memancing.
 Pemandang berhampiran Restoran Terapung Kuala Gula.
 
 Chalet Kuala Gula
 
 JS Muara Restoran.
 Inila rupa JS Muara Restoran. Dibina terapung di atas air, yang bestnyer bila ada bot lalu mesti bergoyang-goyang kedai ni.
 Nica yang masih berbaju sekolah..hihihikk..
 Gambar pemandangan dibelakang sangat cantik, tapi sayang budak kecik ni asyik tutup mata jer bila ibu nak snap gambar dia. geram betui..
 Anak-anak ibu yang tengah teruja nampak bot lalu..
 
 Hidangan kami malam itueww.. ermmm...tak perlu kata apa apa amik nasi dan ngap..kihkihkihh...mana boleh tahan makanan dah terhidang depan mata.
 Ketam Lembut Goreng Tepung
 Bawal Sweet Sour
 Ketam Lembut Masak Cabai


 Udang Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung

Bagi sesiapa yang teringin nak merasa ketam lembut boleh la datang sini. Berhampiran restoran ni, ada tempat menjual ketam lembut tapi dibuka pada siang hari jer. Sekilo RM 30. Kalau makan yang dah siap dimasak di restoran ini Seekor RM7 -RM 8.Okey la ..sekian dulu yer..

Wednesday 17 April 2013

Keburukan Minuman berkarbonat


Sumber Gambar: En. Google

Semalam semasa jalan-jalan kat Econ save ternampak Majalah mingguan wanita yang covernyer gambar Sharifah Sofea  dan Azza Elite.So ibu pon sambar la satu, dah lama tak membeli majalah kan..dalam majalah ni ibu terbaca satu artikel tentang keburukan minuman bikarbonat. Tergerak hati untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua. Minuman yang sedap dan mampu memuaskan rasa dahaga menyebabkan minuman bikarbonat masih jadi pilihan meski pun tidak punya khasiat. Jangan amalkan minuman ini kerana ada banyak yang menanti.

1. Menaikkan Berat Badan
Minum satu tin air bikarbonat setiap hari dalam sebulan akan menaikkan berat badan sebanyak     setengah kilogram.

2.  Tidak Ada Nilai Gizi
Ketika kehausan atau setelah berpuasa, tubuh memerlukan cairan yang bernutrisi. Air minuman bikarbonat tida mengandungi nilai gizi di dalamnya.

3. Meningkatkan Risiko Diabetes
Kadar gula yang tinggi di dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko anda untuk menhidap diabetes.

4. Menyebabkan Osteoporosis
Meminum minuman ini dengan kandungan kalsium rendah, anda berisiko terkena osteoporosis

5. Merosakkan Gigi
Kandunagn sebatian soda mampu mengikis dan merosak lapisan enamel gigi, menyebabkan gigi jadi mudah berlubang dan rosak.

6. Risiko Kerosakan Buah Pinggang
Orang yang gemar minum minuman berkarbonat berisiko lebih besar terkena batu karang serta kerosakan pada buah pinggang.

7. Menyebabkan dehidrasi
Kadar kafein dan gula dalam minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi.

New Sport Shoes

Assalamualaikum semua..setelah 5 tahun ibu berpencen dari bersukan tetiba Opis ibu suruh ibu join netball team. Mula-mula tu menolak jugak sebab rasa macam diri ini dah semakin berisi dan tak mampu  nak berlari dan melompat seperti zaman anak dara, Hahhh mesti Semputtttttttttt...tapi bila fikir-fikir balik, bagus jugak bersukan boleh keluarkan peluh dan boleh sihatkan badan. So dengan semangat yang berkobar-kobar nak bersukan disuarakan kepada Mr.Sirpool mintak dibeli kasut sukan yang baru.hihihikk...biasa la tengah-tengah bulan ni sengket sikit..dan yang bestnyer suara hati ini ditunaikan. Maka ibu pon dapat la kasut sukan yang baru. Kasut sukan yang biasa-biasa je tak dak la yang branded dan mahal-mahal, janji ibu boleh bersukan sudah la. Harga before diskaun RM 76dan after diskaun dapat la RM 69 jer.

Comelkan putih pink, biasa la pompuan mesti nak ada warna pink...ok bye..nak sambung buat kerja balik.

Wednesday 10 April 2013

SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY " Suka-suka nak bagi hadiah......"

Haiii..morning semua..bersiaran agak awal hari ni, pagi yang sangat cool..diri dah dah terasa macam berada di oversea..hihihikk..air cond tersangat la sejuk.Pepagi ni ibu biasa la lepas makan blog walking sekejap disebabkan tak banyak kerja menanti..Sapa-sapa yang dah lama atau teringin sangat nak dapat hadiah jom kita pakat-pakat join kat blog Lizahanum atau klik jer  http://lizahanum.blogspot.com/2013/04/my-big-giveaway.html. Lizahanum sangat la bermurah hati nak kasi hadiah kepada 4 orang yang berjaya menawan hati beliau. 

Syarat-syarat penyertaan buat entry bertajuk "SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY" Suka-suka nak bagi hadiah....kemudian nyatakan hadiah mana yang paling ANDA suka kalau dapat SUPRISE HADIAH dari orang-orang tersayang ataupun secret admire dan anda juga perlu copy gambar dibawah dan link kan ke Blog Lizahanum atau klik saja Disini. Kemudian tuliskan HADIAH APA YANG PALING ANDA SUKA kalau ada yang bermurah hati nak bagi pada anda. Kalau ada gambar hadiah impian anda itu sertakan sekali. Anda juga Jangan Lupa linkkan penyertaan di ruangan komen. TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 20 APRIL 2013..Jom-jom kita pakat-pakat join meriahkan Lizahanum.

Ibu ni tersangat la suka kalau ada orang yang sudi nak bagi hadiah, nak-nak pulak wat suprise sekali..Fuhhhh..terasa sangat la bahagia hidup ini. Buat masa sekarang ni hadiah yang paling ibu suka ialah perfume. Tak kira la brand apa pon, janji bau yang best. Motif sebenar inginkan perfume  disebabkan perfume ibu dah habis..huhuhukk..tunggu gaji lambat lagi nak beli..huhuhukkk...(ayat sedih lagi). Tapi kan... kalau  dapat perfume " Nina Ricci" lagi best...Perfume idamanku  (Harap-harap Mr. Sirpool baca la, mana tau kot-kot tergerak hati nak beli untuk ai). Bau ala-ala perfume Body Shop-Chymara..tapi lebih best dari itu..hihihikk. Bestnyer kalau ada yang sudi hadiahkan ini..



K lah Anda semua jangan lupa yer, join SWEET LIZAHUM'S GIVEAWAY" Suka-suka nak bagi hadiah...k bye..As salam..

Monday 8 April 2013

Cerita minggu lepas @ sunway carnival


Assalamualaikum.. Mr.Sirpool ajak temankan dia ke Sunway Carnival di Seberang Jaya kerana pukul 7.00 mlm ada Dinner First Solar Malaysia Sdn. Bhd di sana. Cadangan awal just nak bagi kupon cabutan bertuah kat kawan..last-last minit nak join pulak dinner. Dinner hanya untuk staff sahaja. Ibu ngan anak-anak kena la cari tempat yang sesuai.Ibu pon ronda-ronda la kat bawah kot-kot ada playground.Sekali terjumpa la tempat ni..Lepas Mr.Sirpool bayarkan kami anak beranak melepak-lepak disitu sementara menunggu Mr.Sirpool.. Ibu dah lupa nama tempat ni tapi tempat ni terletak di tingkat 2 kalau tak silap sama level dengan cinema. Tiket untuk masuk ke dalam ni RM 13 seorang, untuk peneman RM 6. Pastu ada syarat wajib masuk ke sini iaitu mesti pakai STOKIN, kalau tak dak kena beli dengan harga sepasang RM 2.50. So untuk total malam tu Mr.Sirpool kena bayar RM 40. Agak mahal jugak la..Tapi nak buat camner kan...tak kan nak pusing shopping complex sampai kul 9.00 malam. Mau tercabut kaki ibu ni nak mengejar dua orang kanak-kanak milo ni,yang tersangat la cergas berlari. So ibu amik keputusan lepak jer tempat ni, boleh rehat tak payah nak main kejar-kejar dengan dua orang kanak-kanak milo ni . Kat sini tak perlu risau sebab kelilingnyer semua ada jaring dan anak-anak tak boleh keluar ikut belakang. Hanya satu pintu jer disediakan yang terletak dihadapan...So kira keselamatan terjamin la..Tapi ibu ni tetap pantau anak-anak ibu..
Berenang dalam ribuan bola yang berwarna warni.



 Eeee...spider


 Piano ni bila dipijak berbunyi..
 " Meh kakak amik gambar anna"..Kat sini bila kita pijak kat tapak kaki kamera tu akan keluar flash.
 Tempat melompat..masa ni dua orang budak ni dah kepenatan melompat..

 



 
Ingatnyer sapa-sapa yang nak bermain di sini sila la bawa stokin bersama...hihihikk..Setelah penat bermain Nica cakap dia lapar..so kami anak beranak pon keluar dari tempat itu..hihihikk..dan mencari makanan. Nica cakap nak makan Pizza Hut..Ibu pon bawa la dua orang budak ni makan pizza. Masa nak ke Pizza Hut ibu terjumpa satu kedai yang didalamnyer terdapat pelbagai benda-benda yang comel-comel..
 Kita bergambar dulu. Lepas bergambar kita terus ke Pizza hut..Orang agak ramai malam tu, terpaksa la tunggu lama..Gambar makan-makan tak dak disebabkan ibu terlupa snap, sibuk melayan budak berdua ni.
Comel kan..bagi peminat kitty mesti meleh air liur tengokkan..nasib baik la malam tu Nica dan Ana baik-baik jer, tak der nak mintak-mintak kitty..fuhhh...lega..Good anak-anak ibu ni..Klah..sekian dulu yer..

Wednesday 3 April 2013

Nica di sekolah yang baru

Assalamualaikum semua..Masa cuti pertengahan Penggal yang lepas ibu hantar nica training di sekolah yang baru. Dulu nica bersekolah di pra sekolah..tetiba dia cakap tak mau pi sekolah, bila sampai kat pra sekolah dia nagis-nagis nak ikut ibu...sian kat dia. sampai satu hari tu ibu sekali kena temankan dia di sekolah.Selepas hari tu dia dah tak nak pi sekolah..pening kepala ibu dibuatnyer. Ibu mana tak susah hatikan kalau anak tak mau pi sekolah, sampai ibu ni nak makan pon tak selera dok fikir pasal nica tak mau pi sekolah..pastu masa ibu pergi klinik, citer la kat doktor ibu hilang selera makan pasal dok fikir, pastu doktor tu cakap anak dia dulu pon macam tu. Lepas dia siasat-siasat rupanyer cikgu tu suka cubit. Pastu dia tukar anaknyer ke sekolah baru okey jer..Anak ibu yang sorang ni memang perahsia yang teramat, dia takkan cerita pasal apa pon...Ibu rasa mesti ada sebabkan dia tak mau pergi sekolah yang dulu, dia jadi fobia..Masa mula nak pergi sekolah baru ni dia bukan main semangat,nak beg semua baru.Kami suami isteri ni turut jer cakap dia asalkan dia mau pi sekolah. Sampai jer depan sekolah dia tak mau turun. Pastu pujuk-pujuk dia mau masuk..pastu dia nagis-nagis mintak ibu temankan. Pastu masa teacher nak amik dia lari jerit-jerit tak nak teacher. Lepas 5 minit dia dah okey teacher pujuk. Dia cakap kat teacher dia tak nak teacher. Ibu rasa macam nak pengsan tengok dia nagis jerit-jerit,panik dibuatnyer. Sampai teacher tanya "Puan okey ker"?..pastu ibu jawab 'tak berapa okey"..hihihihikk. Tapi memang ibu tabik la kat teacher-teacher kat sini memang terer bab pujuk memujuk ni.Pastu teacher cakap puan percaya kat kami, pastu ibu pon pergi kerja. Dalam hati ni YA Allah tuhan jer yang tau betapa risaunyer. Telefon school tu asyik tak dapat jer sebab ada problem sikit telefon depa. PAstu dalam kul 4 teacher call ibu cakap nica dah okey, dah boleh main ngan kawan-kawan..Hari kedua nica pergi training dia dah boleh turun kereta sendiri..Alhamdulillah...syukur sangat ibu...Nica dah mau bersekolah balik...dia cakap kat school yang baru teacher semua baik-baik. Teacher sembang ngan ibu mesti ada benda yang tak kena kat sekolah lama..mesti ada sebab kenapa dia tak mau pi sekolah..Selepas ibu pujuk-pujuk dia ada la jugak dia cerita..tapi biarlah ibu jer simpan.Di school yang baru ni Nica bersekolah seisi petang bermula jam 1.30ptg hingga 5.30ptg. So rutin harian ibu sekarang time lunch amik nica hantar pergi sekolah kul 5 balik dari opis jemput nica di school. Dekat jer school yang baru ni dengan opis ibu, lebih kurang dalam 1 km.
Ni ha school yang baru Tadika Wawasan Kreatif di Bukit Panchor, Nibong Tebal.
 
 Ibu tengah tunggu nica keluar.
 classmate nica, untuk seisi petang ada 17 orang jer. Campur melayu, india dan cina. Ibu memang nak nica bergaul berlainan kaum,nanti bila dah besar senang nak bergaul.
 Dah nak balik sekolah dengan beg baru. Beg punyer la besar,hihihikk...ayah yang belikan.Kat dalam beg tu hanya ada sepasang baju untuk salin, bekal makanan dan botol air masak.
 Peace ..baju pon sampai dah terkeluar, teacher cakap baru lepas melompat berpeluh-peluh..Apa pon tak per nica, asalkan kamu mau pergi sekolah.
 Dalam perjalanan balik umah, main handphone ibu dan snap gambar kaki sendiri..tengok tu pakai stokin pon tak betul lagi..nica-nica...okey la...jumpa lagi Tatata...