Wednesday 18 December 2013

Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru

Selamat petang semua...ceritera semalam kami anak beranak ke Sungai Baru di Kuala Kurau. sebelum ni dok dengaq cerita jer dari kawan-kawan tentang mee berasap di Sungai Baru. Ramai yang cakap sedap. Dalam hati ni nak jugak merasa sebelum bersalin..maka niat dihati disampaikan kepada Mr. Sirpool...harus la Mr. Sirpool layan dah mak buyong teringin nak makan. Time pregnant ni semua orang layan kalu teringin nak makan cakap jer...nanti sampai la kat meja...hihihikk.
 Harga yang sangat berpatutan..Selain Mee Berasap ada jugak Steam boat, satay, Beraneka nasi goreng dan macam-macam lagi menu. Untuk minuman ada bermacam sirap bandung, ada bandung jagung, bandung kacang merai, bandung cincau dan ada jugak laici kang serta ais kacang.
Nica sangat la suka sebab leh makan Udang...feberet diakan seafood. Menu semalam kami order Mee ketam berasap, mee udang Berasap, nasi berasap, satay, laici kang, sirap bandung jagung campur kacang merah dan sirap (untuk mak buyung). Satay kat sini satu cucuk 40 sen jer...kuah satay kat sini memang sedap.
 Tengok tu Mr. Sirpool dok jeling-jeling plate mee Ketam ibu. Teringin la tue...hihihikk
 Harga Sepinggan Mee ketam berasap RM 6 .Ermm...ada telur separuh masak, dan sedikit sayuran. Kalau makan dengan cili potong or cili jeruk mesti lagi sedap.
 Anna atau panggilan barunyer Kak cik sebab dah nak jadi kakak. Sangat la memilih untuk makan, just makan satay dan laici kang jer.
 Mee Udang menu pilihan Nica yang berharga Rm 5 jer.
 Besttt..nica cakap.
 Nasi Berasap Mr. sirpool Rm 8..ada udang dan ayam.
Sapa-sapa yang teringin nak makan kat sini boleh la call no yang tertera kat bnner di atas kalau tak jumpa kedai...Selamat mencuba yer.

Monday 9 December 2013

Himpunan Malaysia Book of Record 1000 buah Nissan Grand Livina

Assalamualaikum semua...Sabtu lepas 7hb Disember 2013 ibu terjebak sama join konvoi pemilik Nissan Grand Livina ke Aeon Seri Manjung sempena Himpunan Malaysia Book of Record 1000 buah Nissa Grand Livina. First time join konvoi ni...ni gara-gara Mr. Sirpool la join Penang Livina Club. Best jugak leh dapat kawan-kawan baru..Group kami seawal 8.30 pg berkumpul di Bukit Merah.Jom layan gambar..Memang ramai giler ...
Semasa perjalanan ke sana hujan renyai-renyai..yang tak tahan sepanjang perjalanan mata di jamu ngan jualan buah-buahan tempatan.Tak tahan siot!!! nampak buah durian...dalam hati nanti balik mesti beli...hihiihikk...
 Ini gambar semasa baru kami sampai.



 Gambar ni baru separuh banyak lg yang tak sampai...



 Sempat lagi ibu ngan nica bergambar...hihihikk..opah pon ikut sama...Sementara nak menunggu yang lain sampai ibu merayap la dalam AEON..cuci-cuci mata..
 Peace from nica.k kita dah nak bertolak balik..semasa dalam perjalanan balik ke Nibong Tebal sempat lagi singgah membeli durian dan Makan Nasi Goreng Udang di Changkat Jering .Durian tu memang terbaiks, ibu ngan husband habis 3 biji sekali makan...hahaha..buroks perangai..Sorry la ayat ibu ni tunggang langgang disebabkan dah lama tak update blog..kekok rasanyer nak menyusun ayat.k lah bye and jumpa lagi.