Thursday 14 August 2014

Tempat Kesukaan Anak-Anak..



Assalamualaikum semua...agak-agak ke mana kita yer...hari ni ibu nak cerita pasal balik kampung. Kampung ibu mertua ku....mana lagi kalu bukan Kedah Darul Aman. Rumah Tok dan Tok wan anak-anak ibu di Ayer Itam, Kedah. kalua balik kampung jer tempat wajib bawa anak-anak ialah di Pusat Sains Negara di Gunung Keriang, Kedah. Ni kira tempat Feberet anak-anak ibu.
Best jer lalu kat sini...kiri kanan ada sawah..pemandangan sangat cantik, hijau je..tenang rasa. Bersebelahan Pusat Sains Negara ni ada Muzium Padi, bagi yang berminat boleh singgah. 
Apa-apa pon aktiviti wajib bergambar dulu...kat dalam Pusat Sains Negara ni, best jer sejuk..pastu banyak sangat mainan, alat-alat yang bertemakan sains. Memeng selesa la duduk kat dalam ni, anak-anak ibu boleh duduk berjam-jam..nak-nak pulak kalau pergi bukan hari cuti sekolah orang tak ramai. Tapi kalau masa cuti sekolah memang ramai kat sini, macam-macam rombongan datang sini. Time cuti sekolah juga ada show jugak kat dalam ni oleh petugas-petugas disini. Macam-macam permainan kita boleh cuba..Jom kita layan gambar je la...gambar campur-campur, sebab selalu singgah sini.







Cita-cita Aneesa nak jadi doktor baby...insyallah...
Semoga suatu hari nanti ibu doakan semoga anak-anak ibu berjaya...Aminnn...Bagi kawan-kawan yang masih tercari-cari tempat di kedah untuk anak-anak boleh la singgah disini..sambil-sambil anak-anak kita bermain dalam masa yang sama depa dapat belajar. Banyak ilmu sains yang boleh kita pelajari di sini.

Kak Su Laksa @ Perlis


 Alamak tertinggal pulak entry di Perlis...dah lama sebenarnyer nak merasa Kak Su Laksa di kuala Perlis ni...Ramai orang cakap laksa kat sini sedap...Ni cerita sebelum akak bersalin yer kawan-kawan...hihihiiikkk..macam biasa la kan...dah berkurun baru nak update. Okeyla sambung balik cerita pasal laksa...kebetulan biras akak ajak gi makan...biras akak pon pregnant macam akak jugak...so semua orang pon ikut jer la...dah mak buyung nak makan.
Memang ramai giler orang kat kedai Kak Su ni....Semata-mata nak makan laksa.
Orang-orang yang beratur ni bukan nak bayar yer...tapi depa ni nak tapau(bungkus) bawa balik. Ada satu kuanter khas. Kat kedai ni ada jual laksa dan kuih muih. Harga murah..
 
 Ini la laksa yang menjadi kegilaan ramai...sedap. Gambar tengah makan terlupa nak ambil...


Buah-buahan tempatan

Assalamulaikum  dan Selamat Menyambut AidilFitri kepada semua umat islam...terlalu sibuk sampai tak sempat nak menghupdate..cerita sebelum puasa, kawan Mr.Sirpool ajak kami anak beranak makan durian. Durian Changkat Jering, durian kat sini memang sedap lemak berkrim..bukan sebakul durian tapi 3 bakul okey...dijamu kepada kami...makan sampai pengsan.
 
Akak tak tipu tau..tengok gambar sebagai bukti. Bukan durian jer, macam buah-buahan tempatan lagi ada. Meh nak tunjuk...jangan meleleh air liur sudah..Ada dokong, rambutan dan manggis.
 


Bestnyer kalau ada dusun sendiri kan..
 Tuan rumah sangat la baik hati menjamu kami makan dengan buah-buahan tempatan, pastu ada mee kuah dan yang paling anak-anak suka tempe goreng. First time makan tempe goreng celup tepung dicicah dengan sos....memang ranggup. Rumah tuan rumah ni berhadapan dengan bangsal buat tempe..
 Sibuk jer si manja ni, minta diambil gambar.
Dua beradik yang sedang bermain sambil makan tempe...