Wednesday 28 January 2015

Hari Orientasi dan persekolahan Aneesa


 Assalamualaikum semua...pada 2 januari 2015 adalah hari orientasi bagi murid-murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Nibong Tebal. Pada awalnya cadang biar Mr.Sirpool jer temankan Aneesa sebab ibu kena bekerja, tapi disebabkan Aneesa nak jugak ibu temankan...so ibu pun ikut sekali.
 
 Gambar muka cuak ...macam-macam dia cakap, pening kepala la..ishkkk..macam-macam. tapi lepas dia toleh kanan, toleh kiri...maka ternampak la kawan-kawan dia masa di tadika dulu. Terus hilang pening kepala....aduiii la...lawak betui Aneesa ni.
 
 Masa ni tengah sesi memenuhkan kerusi....uishhkkk...dah lama rasa macam ni.Teringat zaman kanak-kanak dulu. Sekejap jer masa berlalu..pejam celik pejam celik Aneesa dah 7 tahun. Bagi murid tahun satu ada peperiksaan untuk menentukan kelas. Aneesa rileks jer, ibu yang lebih-lebih risau tak tentu hala, dalam kepala ni fikir macam-macam. Maybe..anak first kot. Berkali-kali ingatkan Aneesa, exam buat elok-elok tau, jangan kalut, dah habis semak balik...aduhaiii...ibu...Anak ibu baru nak masuk darjah satu bukanyer nak amik SPM....hihihikk....bila ingat balik lawak la. Tapi apa-apa pon ...Alhamdulillah.. Aneesa dapat dok kelas yang first...1 Bestari...Disebabkan dah berjanji....Aneesa dapat la Pizza Hut...nasib baik janji nak belanja Pizza ja..

Untuk 2 minggu pertama waktu rehat Mr.Sirpool akan jenguk-jengukkan Aneesa di kantin. Okey la dia dah ada kawan, dan dah boleh membeli sendiri. Ayah just tengok jer. Sekarang dah seronok membeli pulak..Hari first persekolahan ibu tak dapat temankan Aneesa disebabkan Opah tak berapa sihat baru keluar hospital...minggu pertama Aneesa ke sekolah semua benda Mr. Sirpool yang siapkan,....ibu temankan opah di hospital. Nanti ibu ceritakan pasal Opah.

Di sekolah Aneesa setap hari Selasa dan Khamis pakai T-shirt  dan tudung hitam sekolah jer . Aneesa dah ada 2 orang kawan rapat dua-dua nama Aliya....bezanyer seorang tembam sorang lagi kurus macam nica. Habis sekolah nanti sebelah petang Aneesa ada Kelas Al-Quran dan Fardu ain (KAFA)...Kelas KAFA dari pukul 3 hingga pukul 6 petang. Kesian tengok Aneesa keletihan ya amat. Okeyla sampai disini dulu ya....Nanti ibu cerita lagi..

Thursday 8 January 2015

Cerita Cuti Sekolah

Macam Geng Bas Sekolah Tak??? Budak-budak minat giler dengan rancangan Geng Bas Sekolah kat Astro Ceria tu,sampaikan bila ibu nak ambil gambar pon berposing ala-ala Geng Bas Sekolah. Pengaruh TV betui..cuti sekolah baru-baru ni kita anak beranak tak kemana pon. Mula rancang memang nak bawa anak-anak pi jalan-jalan kat Melaka. Tapi memandangkan musim hujan, tak jadi la nak ke Melaka. Kita balik kampung sudah la tengok Tok dengan Tok Wan. Apalagi anak-anak ibu dok menghitung hari jer la nak balik kampung sebab nak jumpa sepupu.  Mak Long pon balik kampung. Macam biasa la kan, kalau balik kampung mesti nak ke Pusat Sains Negara. So Pak Long pon angkut kita semua naik satu kereta pi ke sana. Main la puas-puas.
 
Ni benda pertama yang depa terjah. Habis semua button depa tekan. Suka tengok, happy sangat depa bila berjumpa.
 Meh nak kenal kan mula dari sebelah kiri Atilia, Arrisa, Aneesa, Awiys dan Anna. Awiys dengan anna sebaya, Aneesa dengan Arissa sebaya. tetapi anak-anak ibu rendah sedikit sebab lahir hujung tahun kot..sepupu depa lahir awal tahun. ehh..boleh pulak mcm tu..hihihikk...suka ati ibu je buat kenyataan.
 Masa ni Anna tengah merajuk katanya 'depa tak mo kawan dengan Anna'. Hahahaha....Anna ni sensitif tahap gaban punyer..kena banyak bersabar.
Dua beradik berseluar belang.
Masa ni ada show, bukan main berani duduk kerusi depan sekali.
Sorry la gambar tak cantik. Guna hp murahan jer. Bak kata opismate hp cap ayam.hahahaha...cap ayam pon cap ayam la..janji boleh call sudah.
Ini sebahagian ruang yang ada, ada byk ruang lagi...tapi tak sempat nak amik gambar. Maklum lah sejak beranak kecik ni tak menang tangan dibuatnyer. Okey la...Cukup  la setakat ni dulu...BYe..

Monday 5 January 2015

Mee Udang Laut Pulau Sayak


Assalamualaikum semua..cerita di penghujung disember. Kalau semua nak tau ibu ni sangat la teringin mee Pulau Sayak ni, dari sebelum pregnant Akeef lagi, sampai la sekarang ni Akeef dah 10 bulan baru dapat merasa mee Pulau Sayak ni. Lama betul kan punya teringin. Selama ni dok dengaq jer cerita orang cakap mee ni sedap. Ibu makan kat kedai Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Kedai ni betul-betul menghadap laut. Permandangan cantik, masa sampai tu matahari baru nak terbenam..
Apa-apa pon amik gambar dulu...ni masa dok tunggu mee yang telah di order. Ramai jugak malam tu. Bagi yang muslim, kalau nak solat ada jer surau yang telah disediakan. So tak yah nak risau nak cari tempat nak solat.
Gambar ni harus ada la kan...anak bapak...sekarang ni Mr. Sirpool berkepit jer la ngan baby boy dia.
Ni ha rupa Mee udang Pulau Sayak. Akhirnyer dapat jugak merasa. Selagi tak bawa ibu mai sini...selagi tu la, ibu dok mengungkit kat Mr. Sirpool..buruk betui perangai. ishkk...bini sapa la kan. hihiikk...jangan ikut tau.
Hari tu order Mee Udang Special 1 pinggan lagi 2 pinggan Mee udang biasa. Mee Udang Special bezanyer udang lebih dan saiz lebih besar. Rasa tu okey la...tapi hari tu kuah dia pedas ...fuhhh....sian kat nica makan isi jer. Ibu lupa nak bagitau jgn pedas budak punyer time order.  Bagi orang dewasa ok la. Mr. Sirpool cakap rasa pon dah lain, maybe tukang masak lain kot. Semua udang tu Nica belasah, ibu makan seekor jer...Mr.Sirpool cakap ayah makan kepala jer. Udang ni memang peberet nica la. Anna makan main-main jer...
Memang mewah dengan udang.
Okey, sekian.