Thursday 26 July 2012

Resepi Ikan pari Asam Pedas Johor

Hai semua...pejam celik pejam celik sat jer kita dah 6 hari berpuasa kan. Sungguh cepat rasanyer masa berlalu sekarang ni. Entry yang lepas ibu ada janjikan nak bagi resepi ikan pari asam pedas johor. hari  ni sebenarnyer malas nak update blog tapi disebabkan permintaan ibu mengandung nak kan resepi ni. so terpaksa la jugak update, nanti meleleh pulak air liur baby dia bila kuar nanti. mudah ja nak buat asam pedas ni. jom tgk resepi kat bawah .

Ikan Pari Asam Pedas Johor
Bahan-bahannyer:

1/2 kg ikan pari
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
1 batang serai (dititik)
1 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranyer :
Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar. Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar   masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak . Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum. akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak. So boleh la dihidang untuk berbuka..selamat mencuba yer Didi Diana.

Wednesday 25 July 2012

Menu berbuka puasa Hari ke Empat

 Hari keempat berpuasa ibu bekerja. Tepat Jam 5.00 ptg ibu bergegas pulang ke rumah untuk memasak. Menu hari ini ibu masak Ikan Pari Asam Pedas Johor, Kailan ikan masin, telur dadar dan puding cocktail dan sedikit kuih yang dibeli en.husband. Resepi esok ibu kasi yer ..hari ni tak sempat.
Ikan Pari Asam Pedas Johor

 Kailan ikan masin


 Telur Dadar


 Puding Cocktail
 Sedikit Kuih muih dari Bazar Ramadhan

Menu Berbuka Hari ketiga berpuasa

Hari ketiga berpuasa ibu masak menu yang simple jer nasi putih dimakan bersama daging bakar, air asam dan sambal telur . Jom ibu kongsikan resepi yang ibu masak.

 Daging Bakar
Bahan-bahannyer :
1/2 kg Daging
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sk jintan manis*
1sk jintan putih*
sedikit serbuk kunyit*
garam & gula

Cara-caranyer :
Tumbuk semua bahan-bahan yang bertanda * sehingga lumat.kemudian masukkan bahan -bahan yang ditumbuk ke dalam bekas daging. tmbahkan garam dan gula. Gaulkan sehingga sekata, perap daging selama setengah jam (klu nak sedap lagi perap lama).  Panaskan oven dan boleh la dimasukkan ke dalam oven dan dibakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit bergantung kepada ketebalan daging. setelah masak boleh la dihidang bersama air asam.


 Air Asam
Bahan-bahan yang dikisar :
2 biji cili Merah
 8 biji cili
Belacan

 Bahan- bahan yang dihiris :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
10 biji cili padi
2 biji cili merah

Bahan- bahan lain : 
kerisik
garam,gula & sedikit perasa
air asam jawa
2 biji limau kasturi

Cara-caranyer :
Campurkan bahan yang dikisar dan bahan yang dihiris, masukkan kerisik, garam, gula dan sedikit perasa serta air asam dan air limau kasturi.Kemudian gaulkan sehingga rata. perasa secukup rasa mengikut cita rasa masing-masing. sedap dihidangkan bersama daging bakar.

Sambal Telur 
Bahan-bahannyer :
3 biji telur Ayam (direbus dan dibuang kulit)
15 biji cili kering*
2 ulas bawang merah (dihiris)
 2 ulas bawang putih (diketuk)
belacan*
air asam jawa
minyak

Cara-caranyer:
Kisar bahan-bahan yang bertanda* dan ketepikan. Panas minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga kekuningan. kemudian masukkan cili yang telah dikisar. tunggu sebentar dan masak sehingga pecah minyak, masukkan pula
 air asam jawa. kemudian masukkan telur dan perasakan dengan garam, gula serta perasa sesedap rasa. Masak sebentar sehingga nampak kuah agak pekat dan boleh la dihidang. selamat mencuba..

Tuesday 24 July 2012

Menu Berbuka HAri kedua Berpuasa

Assalamualaikum semua..rasanyer masih tak terlambat ibu nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam. Dah seminggu ibu tak update blog ni...sibuk sgt dengan kerja bila dirumah sibuk dengan kerja rumah dan  anak -anak pulak. Anak ibu Aneesa tak berapa sihat..asyik batuk je malam-malam. Ibu doakan anak ibu supaya cepat sembuh....oklah berbalik pada tajuk hari ni  menu berbuka untuk hari kedua berpuasa. menu untuk hari pertama ibu lupa nak amik gambar. Azam puasa tahun ni nk masak sendiri lauk pauk, serik rasanyer tahun lepas anak ibu keracunan makanan. Ibu masak yang simple jer mana yang sempat.Hari ni ibu kongsi resepi yang ibu masak. Lepas masak just terus masuk pinggan tak sempat nak hias bagai..


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan
 6 ketul ekor Ayam (ikut keperluan)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
daun kari
2 biji kentang
1inci halia (dihiris )
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
Serbuk kari daging ( dibancuh dengan sedikit air)
santan
kerisik
2 keping asam keping
garam,gula & perasa ( ikut selera masing2)
minyak untuk menumis

Cara-caranyer:
Panas minyak tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik aroma dan bawang kekuningan. Selepas tu masukkan rempah kari daging, masak sehingga pecah minyak, rempah ni kena selalu dikacau supaya tidak hangit dan api yang diguna tak terlalu kuat. setelah rempah pecah minyak masukkan santan, biarkan mendidih dan masukkan ayam bersama ubi kentang.  kalau yang nak kan kuah terlalu pekat boleh tambahkan air. Masak sehingga ubi kentang Lembut. Masukkan  kerisik dan asam keping ( klu tak suka tak perlu masuk) kemudian perasakan gula, garam dan perasa. dah siap so boleh dihidangkan.

 Sambal Belacan Tempoyak

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
8 biji cili padi (klu nak pedas boleh tambah)
belacan
garam & gula
belacan
tempoyak

Cara-caranyer:
 Cili di patah-patah dan dibersihkan biji (ibu tak suka biji ), masukkan ke dalam lesung tumbuk hingga lumat, kemudian masukkan belacan, garam, gula tadi dan disambung menumbuk.Kemudian boleh disudukan ke dalam piring,amik tempoyak letak kan seperti gambar di atas. masa nak makan baru ibu gaulkan. memang sedap klu dimakan dengan ulam -ulaman.gambar ulam ibu lupa nak amik..huhuhukk..
         Terung Goreng Bilis

1 biji terung panjang
1 biji cili merah ( klu suka pedas boleh tambah )*
2 ulas bawang merah* 
ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis ( klu ditumbuk lagi sedap) 
1 sudu jintan manis*
1 sudu jintan putih*
sedikit santan pekat
garam, gula & perasa
minyak 
Cara-caranyer
Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk atau dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau masukan ikan bilis ( ibu tak tumbuk bilis). kemudian masukkan terung goreng sebentar dan masukkan santan pekat. Biarkan seketika masukkan garam, gula dan perasa mengikut selera masing-masing. Klu suka Bawang besar boleh la ditambah hirisan bawang besar. Kacau sebentar dan boleh la dihidang.


Roti Gulung Sardin

Bahan-Bahannyer:
 8 keping roti Gardenia
 1 tin Sardin Cap Ayam
1 biji bawang Holland ( dihiris)
sedikit cili padi ( dipotong)
2 biji telur
2 biji limau kasturi ( ambil airnye saje)
sedikit tepung gandum
Serbuk lada hitam
garam
minyak

Cara-caranyer:
Roti Gardenia dicanai dan ketepikan. Untuk membuat inti masukkan sardin ke dalam mangkuk dan lenyekkan hingga hancur. Kemudian masukkan bawang, cili padi, air limau dan garam ke dalam mangkuk tadi dan digaul hingga rata. amik roti gardenia letakkan inti diatasnyer dan gulung, dihujung roti sapukan sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya gulungan roti tak terbuka. setelah siap mengulung ketepikan. Amik telur dan pukul bersama serbuk lada hitam (letak garam sedikit klu tak nak letak pon tak per) sebab inti dah ada garam. Kemudian amik roti yang telah siap digulung celup ke dalam telur boleh la digoreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. SIAPPP....senang kan..


Fareware untuk Yusri a.k.a Hussein Lompoyang...

Sebelum puasa hari tu ibu dengan kawan ibu buat fareware untuk Yusri yang nak berpindak ker opis baru...So kami pon buat kat  Restoran Mon Rods yang terletak di Kulim. Kat restoran ni ada band setiap malam. Biasanyer band yang best hujung minggu.


Ni antara menu yang dipamerkan di dinding restoran. Banyak juga menu kat sini, ibu ke sini dah dua kali..

Antara menu yang ada di sini.

ni la orang yang diraikan YUSRI

Macam biasa gambar anak kesanyangan ibu mesti ada Nica
dan Anna
Kawan-kawan yang join malam tu..

Tengok tu kawan ai senyum simpul
Nica tengah menikmati
Chicken Chop blackpaper Sos Mama (wife En.Din)

Cik Norain (wife En. Mie) dengan Spagethinyer
Linda dengan makanannyer, muka serius giler.
 Gambar Tuan empunya blog..hihikk..malunyer muka berjerawat..semakin menjadi-jadi jerawat ni..
Kat Mon Rods ni selalu orang sambut besday, tengok tu ada kek ada orang sebelah kasi kat anna dengan nica tapi ibu , untie linda dan untie faridah sibuk jugak nak rasa.sedap kek ni...nasib baik bawa dua orang budak kecik ni, klu tidak tak merasa la kek ni.

Spagethi Cik Nur Ain

Chicken chop Nica 


Dua budak kecik yang tak reti duduk diam. Jenuh nak ligan..

Habis dia jelajah Mon Rods ni..ok sudah dulu sampai sini


Thursday 12 July 2012

Fareware Diana

Sebelum Diana pindah ke Ipoh, kami adakan fareware kat dia. Kami pon bawa dia gi makan-makan kat The Ridge, Batu Kawan.
Ni la orang yang diraikan Diana @ mummy zara (panggilan Nica)
Ni kat depan The Ridge. The Ridge ni terletak bersebelahan Jeti nak ke Pulau Aman . Tempat ni buka dari pukul 5 ptg sampai kul 12.00 mlm. Kat sini layanan ala-ala hotel. kat sini selain makanan thai, Chinese food, ada macam-macam lagi, satay pon ada.Harga boleh tahan.makan pon sedap.

 Nica berposing dengan hp mummy zara .dia bukan boleh tgk hello kitty.suka giler.
 Ibu dengan Nica (Ayah kerja malam so tak boleh join, Anna pulak kena tinggal kat umah opah)
 Suasana kat dalam The Ridge
 maaf la yer, gambar tak memuaskan almaklum la kamera murah jer. Bila duduk kat sini kita boleh nampak laut, Jambatan Pulau Pinang, Pulau Aman,Kapal terbang turun naik.tapi yang best kat sini sunyi...
Semua muka cuak jer sebab tengah menunggu makanan, sementara tunggu makanan ibu bawa nica round kat situ dan terjumpa la benda alah ni, nica pon apa lagi, melompat keriangan la...naik main ibu..naik main...




Lepas naik kereta, nica nak naik moto yang chomel ni pulak..ibu pon layan jer la, karang tak pasal-pasal dia buat konsert kat situ.
bukan main anak ibu ni, pantang disuruh posing...pusing punyer pusing akhirnyer makanan yang di order pon sampai., masa yang ditunggu-tunggu.

Ini menu bertemakan makanan Thai
dan yang ini pulak bertemakan Chinese Food, sup tu sgt la sedap
Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa, memang sedap
Tauhu Jepun yang dimasak bersama sos tiram

Fun fries dan nuget untuk nica

Tuan empunya blog sedang berposing bersama makanan
tengok tu kan main suka cik linda tu bila benda yang dinanti-nanti telah sampai di depan mata
ni dia muka orang yang dah kenyang. semua licin, mesti suka tukang cuci pinggan ni sebab senang nk dicuci.

Ini wife En.Din yang sebelah tu la  En.Din 
Selamat sudah ikan ini dikerjakan oleh kami..lalalalala..( mood ceria)