Wednesday 26 September 2012

Lunch @ Secret recepie Parit Buntar

Sudah agak lama rasanyer ibu tidak makan dekat Secret Recepie. Selalunyer ibu hanya tapau kek untuk aneesa dan anna. Seingat ibu semasa mengandungkan aneesa memang suka betul ibu dengan Secret Recepie dan Pizza Hut. Kebetulan hari gaji kan, kawan ibu ajak teman kan dia beli barang-barang keperluan harian kat Parit Buntar. Setelah selesai membeli rasa macam lapar. Apalagi kami pon berfikir-fikir la nak makan apa dan berpusing-pusing area tu mencari kedai makan akhirnyer kami amik keputusan makan dekat Secret Recepie ni.   

Untuk pengetahuan semua sekarang ni tengah ada promosi tau. Set untuk Lunch hanya 16 Hengget termasuk minuman Ice Lemon tea. Set Lunch yang terdiri daripada Curry Mee, Thai Seafood Spagethi dan Grilled Black Paper Chicken.
 Untuk minum petang pon tengah ada promosi tau.

Menu pilihan ibu hari tu ialah Curry mee. banyak gile mee dia. Boleh makan 2 orang. memang terbaiks la.
 Ibu yang semakin membesar bak Dugro. Makan tak ingat semua nak hentam macam mana tak membesar bak Dugro.
 Yang ini pula pilihan Lienda. Grilled Black Paper Chicken. Makanan yang simple dan sedap.
 Lienda tengah menghayati makanannyer. Sampai pejam-pejam mata.punyer la sedap.

 Dan akhirnyer licin. Nampak tu mangkuk ibu. Mee ni bukan ibu makan sorang tau. Kongsi ngan Lienda sama.
 Jom kita tengok pinggan Lienda pulak. hihikk..
Ini pulak Kek Tiramisu untuk Aneesa dan Anna.


Kad Kenduri yang comei

Hai semua, hari ni ibu dapat kad undangan Majlis Perkahwinan anak opismate. Sangat comei kadnyer. Suka tengok, ada gambar kartun. Sekarang dah jadi trend kan kad bercorak sebegini. Dolu-dolu zaman ibu kahwin tak der pon kad mcm ni..Nanti kalau ada masa ibu update tentang kad kenduri kawen ibu zaman muda remaja dulu . Ibu simpan sampai sekarang tau. Kenangan tu..mana boleh buang.


Wednesday 19 September 2012

Ayam Masak Kicap


Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan :
Ayam Segar (ibu campur dengan hati ayam)
1 biji Bawang Besar (dipotong kasar)
2 ulas bawang putih (diketuk)
 Cili merah (dipotong serong )
Cili hijau (dipotong serong)
Halia (diketuk)
Kicap pekat manis
Sos cili
Sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara-cara untuk memasak :
 Ayam hendaklah digoreng terlebih dahulu dan ketepikan .Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau kacau sebentar. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau.Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sos cili dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar  perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya sudah masin tak perlu masukkan garam lagi yer kawan-kawan. Okey dah siap, menu yang simple dan cepat untuk dimasak. Sukatan bahan-bahan di atas ibu just agak-agak untuk 3 orang makan.








Udang Lipan Black Papper

Udang Lipan Masak Black Paper
Bahan-bahan :
1/2 kg Udang lipan
1 biji Bawang Besar (dipotong kasar)
 Cili merah (dipotong serong )
2 Ulas Bawang Putih ( diketuk)
Halia (diketuk)
Kicap pekat manis
Sos Black Paper
Minyak untuk menumis

Cara-cara untuk memasak :
 Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili merah  kacau sebentar. Masukkan udang  ke dalam kuali  dan kacau bagi mesra. Kemudian masukkan kicap, sos black paper dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar  perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya ada daun bawang dan daun sup boleh lah ditabur. Disebabkan ketiadaan daun sup dan daun bawang di dalam peti ais ibu, so ibu tak masuk bahan tersebut.  Okey dah siap untuk dihidang bersama nasi putih. Memang manis udang ni. Klu makan panas -panas lagi sedap.  Bagi yang tak tau nak siang udang ni, senang jer. Meh ibu bagi tau just potong sedikit dibahagian sisi udang tersebut supaya bila kita nak makan lebih mudah.

Thursday 13 September 2012

The Mahattan's Fish Market

The Mahattan's Fish Market @ Auto City , Juru.
Khamis lepas ibu  dan opismate lunch di The Mahattan's Fish Market. Pertama kali ibu menjejakkan kaki di sini. Dalam hati macam menarik jer tempat ni. Makanan di sini banyak berasaskan makanan laut. Lunch di sini kononnyer nak meraikan Cik Faridah last day bekerja di opis ibu. hihiikk....




Ini antara menu yang ada di sini.




Suasana di dalam The Mahattan's. Orang tak berapa ramai maybe disebabkan hari bekerja.
Memang sedap dan mengenyangkan sampai ke malam. Nampak tak udang tu memang sedap. Mesti Nica suka, nanti nak datang sini lagi la nak bawa family pulak.
Ikan apa ntah di stim..
Nyummy salad.
Iced Lemon tea pilihan ibu.
Ermm... sup apa ntah namanyer, dah lupa tapi sedap..

Ibu bersama kawan-kawan..

Lienda dan Cik Faridah (orang yang diraikan).


 dan ini la hasilnyer di penghujung cerita. Licin pinggan ibu.



Selepas dah makan kenyang-kenyang, masing-masing merehatkan perut yang sangat kekeyangan . Duduk diam-diam dan bergambar. Ibu bersama kak Rosharida.
Layan Free Wifi...
Dan gambar wajib tuan empunya blog yang sangat-sangat kenyang..

Sunday 9 September 2012

Jamuan raya Opis Ibu


Salam semua.. ibu doakan semua sihat-sihat selalu yer, entry hari ini tentang jamuan raya di Opis ibu, jamuan dibuat secara kecil-kecilan sahaja sempena bulan syawal. Setiap unit kena sediakan menu masing-masing. Fikir punya fikir akhirnyer sebulat suara  unit ibu memilih menu yang sedang di order iaitu Lemang, ketupat palas dan rendang.  Kalau nak masak yang susah-susah sapa yang nak buat, unit ibu hanya ada 2 orang jer perempuan. Ibu dan kawan ibu Lienda Othman (nama sebenar).

Ibu dan Lienda Othman.
Berposing bersama-sama kawan sebelum tetamu datang.
Ibu bersama Cik Faridah.

Ibu dan Kak Rosharida dengan makanan masing-masing.

Muka teruja melihat makanan yang ada..Gambar candid ni diambil oleh Siti (Student praktikal ) di opis ibu.
Lemang ni memang sedap. memang laris lemang kami pada hari itu..

Lemang dan ketupat siap sedia dihidang.
Rendang daging yang dimasak oleh Lienda Othman. Sedap dimakan bersama rendang. Tetiba teringin nak makan ketupat dan rendang lagi.

Laksa pon sedap jugak. Klu nak ikutkan semua sedap belaka la. Makan semua sedap mana badan ibu tak Bolat macam belon..mulut asyik makan jer..
Rendang daging  dan Lemang.
Antara tetamu yang hadir.
tengok tu ramai yang nak dapat kan lemang kami...hihiihikk (ayat perasan)
Selepas makan lemang dan rendang, ibu makan laksa pulak kemudian ibu makan nasi minyak pulak dan kemudian ada jer makanan sampingan yang masuk dalam perut ni. Nampaknyer lepas raya ni berat semakin bertambah la...hihikk..
Sekian dari ibu yang kuat makan :P




Pulau Aman Bersama Keluarga dan Mertuaku

Seperti yang dijanjikan entry yang lepas. ibu paparkan kisah jalan-jalan kami sekeluarga ke Pulau Aman.
Bapak mertua ibu tengah khusyuk tengok map.
Ada map Pulau Aman. So sapa-sapa yang nak menjelajah pulau ni boleh ikut map ni.
Anak Ayah.
Restoran terapung Pulau Aman.
Anna tengah geram tengok banyak sangat ikan, yang kami dapat tengok hari tu ikan todak dan ikan belanak. Anna ni klu dilepas rasanyer mau jer dia terjun geram tengok ikan-ikan yang banyak tu.

Kepada sesiapa yang tak kenal belangkas. Ni la ghuper belangkas yang sebenar.
Udang lipan kat Pulau ni memang besar-besar. Sesapa yang nak merasa boleh la datang. Tapi kat Restoran terapung ni dia hanya akan masak stim jer.

Meja No.2 pilihan kami . pilihan la sangat untuk pengetahuan semua itu jer meja yang kosong yang lain dah penuh.
Nica bila dah jumpa udang macam tu la. happy sangat-sangat. Sian Tok nak kena layan telatah nica.
Kat sini ada jugak jual cenderhati. Selain cenderhati ada jual belacan, udang kering  dan makanan laut yang fresh-fresh.
Ibu yang tengah khusyuk buang kulit udang. Lapar yang teramat -teramat disebabkan tukang masak dah tersalah masak menu yang di order. so terpaksa la ibu tunggu. Menu orang lain semua dah dapat. Dapat jer makanan terus Ngap, sampai terlupa nak amil gambar makanan..
Nica yang keletihan, masa ni dia dah nagantuk sangat.
Anna macam biasa la, buat aktiviti sendiri tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Ada untie yang lalu kat situ cubit pipi dia pon , dia buat tak tau jer.

Belacan Pulau Aman. Seketul RM 5.00.. ibu beli seketul.
Bagi yang nak pusing-pusing pulau sambil melayan angin laut bolehlah menyewa basikal dan kayak.
Sapa-sapa yang nak sewa bot boleh la contact Encik diatas yer.
Muka Anna dah cuak sebab laut agak berombak hari tu. Angin kuat sangat.
Alhamdulillah selamat sampai di Jeti Batu Musang. Masa ni kaki dok rasa beralun lagi sebab laut berombak.
Angin agak kuat petang tu. tengok rambut Nica.

Bot ni agak perlahan. Maybe dah lama.
Nica, Anna bersama Pak ndak, Ayah dan Tok Wan dalam bot.
Bukan main suka dapat naik bot.
Sekian untuk entry kali ni. jumpa lagi...