Wednesday 18 December 2013

Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru

Selamat petang semua...ceritera semalam kami anak beranak ke Sungai Baru di Kuala Kurau. sebelum ni dok dengaq cerita jer dari kawan-kawan tentang mee berasap di Sungai Baru. Ramai yang cakap sedap. Dalam hati ni nak jugak merasa sebelum bersalin..maka niat dihati disampaikan kepada Mr. Sirpool...harus la Mr. Sirpool layan dah mak buyong teringin nak makan. Time pregnant ni semua orang layan kalu teringin nak makan cakap jer...nanti sampai la kat meja...hihihikk.
 Harga yang sangat berpatutan..Selain Mee Berasap ada jugak Steam boat, satay, Beraneka nasi goreng dan macam-macam lagi menu. Untuk minuman ada bermacam sirap bandung, ada bandung jagung, bandung kacang merai, bandung cincau dan ada jugak laici kang serta ais kacang.
Nica sangat la suka sebab leh makan Udang...feberet diakan seafood. Menu semalam kami order Mee ketam berasap, mee udang Berasap, nasi berasap, satay, laici kang, sirap bandung jagung campur kacang merah dan sirap (untuk mak buyung). Satay kat sini satu cucuk 40 sen jer...kuah satay kat sini memang sedap.
 Tengok tu Mr. Sirpool dok jeling-jeling plate mee Ketam ibu. Teringin la tue...hihihikk
 Harga Sepinggan Mee ketam berasap RM 6 .Ermm...ada telur separuh masak, dan sedikit sayuran. Kalau makan dengan cili potong or cili jeruk mesti lagi sedap.
 Anna atau panggilan barunyer Kak cik sebab dah nak jadi kakak. Sangat la memilih untuk makan, just makan satay dan laici kang jer.
 Mee Udang menu pilihan Nica yang berharga Rm 5 jer.
 Besttt..nica cakap.
 Nasi Berasap Mr. sirpool Rm 8..ada udang dan ayam.
Sapa-sapa yang teringin nak makan kat sini boleh la call no yang tertera kat bnner di atas kalau tak jumpa kedai...Selamat mencuba yer.

Monday 9 December 2013

Himpunan Malaysia Book of Record 1000 buah Nissan Grand Livina

Assalamualaikum semua...Sabtu lepas 7hb Disember 2013 ibu terjebak sama join konvoi pemilik Nissan Grand Livina ke Aeon Seri Manjung sempena Himpunan Malaysia Book of Record 1000 buah Nissa Grand Livina. First time join konvoi ni...ni gara-gara Mr. Sirpool la join Penang Livina Club. Best jugak leh dapat kawan-kawan baru..Group kami seawal 8.30 pg berkumpul di Bukit Merah.Jom layan gambar..Memang ramai giler ...
Semasa perjalanan ke sana hujan renyai-renyai..yang tak tahan sepanjang perjalanan mata di jamu ngan jualan buah-buahan tempatan.Tak tahan siot!!! nampak buah durian...dalam hati nanti balik mesti beli...hihiihikk...
 Ini gambar semasa baru kami sampai.



 Gambar ni baru separuh banyak lg yang tak sampai...



 Sempat lagi ibu ngan nica bergambar...hihihikk..opah pon ikut sama...Sementara nak menunggu yang lain sampai ibu merayap la dalam AEON..cuci-cuci mata..
 Peace from nica.k kita dah nak bertolak balik..semasa dalam perjalanan balik ke Nibong Tebal sempat lagi singgah membeli durian dan Makan Nasi Goreng Udang di Changkat Jering .Durian tu memang terbaiks, ibu ngan husband habis 3 biji sekali makan...hahaha..buroks perangai..Sorry la ayat ibu ni tunggang langgang disebabkan dah lama tak update blog..kekok rasanyer nak menyusun ayat.k lah bye and jumpa lagi.


Thursday 21 November 2013

Burger Malaysia or Pau Sambal

Assalamualaikum semua (bajet macam ramai jer pembaca)...hahaha...perasan sekejap. Dah lama nak cuba buat kuih ni..tapi asyik bertangguh-tangguh jer...kalau ibu panggil kuih ni Burger Malaysia tapi ada jugak orang panggil pau sambal. Kuih ni adalah salah satu feberet my husband. Lepas husband makan dia puji sedap, kat kedai punyer tak sedap husband cakap...ermmm...bertambah semangat lepas ni nak buat lagi kuih ni...hihihikk...selalu beli kuih ni ada jer yang tak kena, berminyak sangat la, sambal tak sedap la..buat sendiri lagi puas makan. Boleh letak sambal banyak banyak. First time cuba buat ni...memang best resepi kak yatie memories ni tak berminyak. suka sangat tengok blog beliau...bermacam aneka juadah ada...



BAHAN-BAHANNYA  ( Resepi asal oleh kak yatie memories )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)

  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
Selamat menjamu selera...

Donut Gebu

Assalamualaikum semua...pagi yang sejuk dan dingin di Nibong Tebal disebabkan hujan semalaman....sejak dua menjak ni anak-anak ibu suka sangat dengan donut...so ibu pon usahakan mencari resepi Donut...Ni kira first time cuba buat donut sendiri..selalunyer beli jer kat makcik kat taman area opis ni...Alhamdulillah akhirnyer berjaya jugak buat donut dengan air tangan sendiri...Walaupon tak secantik yang kak yatie memories buat..tapi hasilnyer memang lembut dan gebu...buruks skit sebab ibu tak guna acuan...nanti lain kali nak beli acuan..harus cuba di masa akan datang...insyallah akan diperbaiki hasil kerja saya..minta izin yer kak yatie memories saya pamerkan resepi akak.

 Bahan-bahan ( Resepi asal kak yatie memories  )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tepung roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
Tadaaa...dah siap..selamat mencuba.

Sunday 10 November 2013

Wawasan Kreatif Annual Concert

Assalamualaikum semua...sabtu lepas ibu dan Mr. Sirpool di jemput menghadiri wawasan kreatif annual concert...aneesa amik bahagian dalam tarian...semangat kami anak beranak nak pi tengok...hihihikkk...

Macam tak percaya pon ada..nica boleh menari depan orang ramai...sebelum sekolah nica seorang yang sangat-sangat pemalu. Dulu suruh berkawan pon tak mau...sekarang dah okey...confident level dia dah tinggi...4 tahun dah boleh mengeja...sekarang dah boleh membaca dan mengira tambah  tolak...dah boleh bercakap dalam bahasa inggeris sepenuhnyer di sekolah...memang banyak peningkatan. Terima kasih sangat-sangat kat semua teacher yang mengajar. Next yaer nak hantar nica mengaji Al-Quran pulak..buat masa sekarang mengaji Iqra' ngan ibu dulu malam-malam.

Thursday 31 October 2013

Besday Aneesa dan Annatasya


Assalamualaikum semua....sian sgt -sgt kat blog yang usang ni...dah lama sangat tak berupdate..sebab-sebab tak berupdate ialah kerana tuan empunya sering mabuk-mabuk...nak buat apa pon tak semangat....Alhamdulillah sekarang ni ibu dah okey skit..alahan dah kurang...insyallah next year bertambah la bilangan anak..rasa kekok sangat bila dah lama tak mengarang ni....biasa la bulan oktober adalah bulan kelahiran anak-anak ibu...Selamat Hari ulangtahun untuk Aneesa dan Annatasya...semoga dipanjangkan usia dan semoga kamu berdua menjadi anak-anak yang solehah untuk ibu dan ayah. Besday kali ni ibu just sediakan goodies untuk kakak nica kasi kat kawan-kawan sekolah..dan buat makan yang simple. Just panggil kawan nica yang dekat rumah opah jer..
Kek harijadi ayah sponsor...
 
 Dua orang budak yang dah tak sabar-sabar nak potong kek..
 Yeeaaaa...akhirnyer 
 
 Menu yang tak seberapa...mak buyong tak larat...
Menu utama Mee Rebus...opah yang masak..sangat la sedap..tima kasih opah tolong masak...

Monday 9 September 2013

Menu semalam

Assalamualaikum semua...sejuk betul pagi ni..Hujan lebat mencurah-mencurah di Nibong Tebal...Habis basah kain Mak  ni..mana tidaknyer..dok mengangkut barang-barang anak-anak meredah hujan. Sejak dua menjak ni rezeki makan murah sangat..Ahad lepas my Husband bersama adik dan abah turun ke laut. Dah lama depa tak ke laut..sekali turun..memang rezeki ibu kot...dapat ikan sembilang 11 ekor, besaq-besaq pulak tu...pastu ada ikan tuka. Ikan tuka tu anak ikan pari bagi sapa yang tak tau..pastu ada la ikan-ikan sampingan. Memang fresh sangat..ibu mintak mak masakkan la..tetiba teringgin nak makan...pastu semalam pon ikan masih ada lagi...semalam mak masak telur ikan sembilang bakar dengan kelapa, kalau ibu panggil resepi ni bantut telur ikan. Memang sedap sangat rasa cili, serai ,daun kunyit dan kelapa..memang puas makan..
  Ini la rupanyer..Batut Telur Sembilang...ermm..ibu makan sampai tak larat nak bangun....
 Zoom dekat sikit...Telur sembilang beb..memang terbaiks...
 Bendi celur jer
 Air Asam yang meletop...air asam mak memang terbaiks...ibu buat selalu tak sama..huhuhukkk..sedih..Air Asam ini dicicah bersama ikan Tuka bakar...
Ikan Tuka bakar...memang rezeki betui..baru jer cakap teringin nak makan..tengok-tengok dah dapat...dan main menu malam tu...
Kari  Sembilang...kari ini mak kita buat rempah giling..kalau suruh ibu yang gilingmau jer sampai esok pon tak jadi rempah lagi...bau kari rempah giling ni memang wangi...
 Dan menu sampingan sayur patola..ibu buat untuk anak-anak...tapi semalam anak-anak ibu tak mau makan nasi..so ibu jer la yang makan...semalam makan sampai tak larat bangun...memang best kalau dapat makan masakan mak hari-hari...makan sampai menjilat jari.Okey la sekian dulu yer...lapar pula perut ni hujan-hujan ni... Tata..


Sunday 8 September 2013

Sambut Besday gurl @ Chedat Kulim

Assalamualaikum semua....selamat pagi..dah lama kan ibu tak cerita pasal makan-makan..tak meriah rasanye blog ni kalau tak ada ceritera pasal aktiviti makan-makan...sampaikan tuan empunya punya badan pon dah semakin gebu..hihihikk..meh layan gambar tuan empunyer blog dulu ler...hihihikk..
Gebuzz kan aii sekarang...hahahaha..ayat perasan...nampak "Tang Pipi " tu dah kembang setaman...tu baru cerita bab pipi...
ohh..tidakkk..Gemuksss betui aii....gambar ni di ambil semasa kami nak sambut besday dua org gegurl ni...bukan anak-anak dara ibu yer...besday kawan ibu..Linda dan Faridah...kebetulan beza besday depa beza 5 hari jer...Happy Besday untuk Linda dan Faridah..semoga sukses selalu..dan cepat-cepat kahwin..hihihikk..
kek choclate moist...untuk korang...
dah macam adik beradik pulak korang berdua ni...hihihikk..ehh..lupa pulak ibu nak bagitau tempat kita lepak-lepak ni...kali ni kami makan-makan kat Che Dat Cafe yang terletak berhampiran Bank Muamalat Kulim...ibu yang cadangkan kedai ni..kebetulan masa nak pi makan char koy teow Cawangan Sg. dua  di Kulim...ibu ternampak kedai ni...macam menarik jer...pastu ibu pon tanya la kawan-kawan yang pernah makan kat situ sedap ke tidak...hasil penelitian tekak ibu ermm..memang melepasi piawai tekak ibu..sedap...dan harganyer memang sangat berbaloi...
 Five....selingan yer dari Anna...
Harus ada gambar Nica berposing kan...sementara nak menunggu makanan sampai...meh kita layan makanan yang diorder malam tu...untuk anak dara ibu...ibu order Fun fries, mushroom soup dan garlic bread...nica tak mo makan nasi malam tu..dia pon nak berwestern jugak..hihihikk
 Memang peberet dia la ni....
 mushroom soup dan Garlic Bread..
 Yang ini pulak menu yang ibu order untuk diri sendiri...Beefsteak with black pepper sauce..menu yang sama diorder oleh en. mi dan en.din..beef tu memang banyak..ibu makan tak hbs..harganyer Rm 16.++..tak ingat..
 Nasi goreng sotong ranggup. Meriah sungguh dalam pinggan ni kan..ada papadom, sotong goreng ranggup, telur goreng, coslow dan sos..
 Menu ini diorder oleh my hubby la..Harganyer sekitar Rm 10.Patut la senyap jer dia makan..sedap..ibu sempat jugak cilok nasi goreng ni..hihikk..
yang ini pulakkk...Lamb Chop with mushroom sauce..memang besar saiznyer...yang ni pon sedap..
ni la cik adik manis yang order lamb chop...
Cik Norain dengan beriani ayam..sangat sedap..beriani ni ta muak bila makan...ibu dapat rasa semua..hihihikk...suka-suka...kami dah macam adik beradik kongsi-kongsi rasa tadak hal la...
En.Din dan En. Mi..
Makanan lain pon ada...lupa nak amik gambar..sebab dah tak tahan lapor...sian linda makan dia yang last sekali sampai...sibuk order kat org..sampaikan  diri sendiri lupa nak order...hahaha...harus sabar kan Linda ..besday gurl tak boleh marah-marah..
 Kuih raya pon ada tau..sponsor by En.din...
Yus dan my husband..elok la depa dua ni dok berdua..saiz lebih kurang sama jer...bila nak besaq pon tak tau...untuk minuman malam tu kami order jus epal, jus oren dan sky juice (untuk cuci tekak)...untuk sesapa yang nak tempah untuk buffet pon ada..tapi kena buat tempahan awal sehari..ada menu western dan malay..Harga malam tu sangat la berpatutan..sangat best dapat berkumpul macam ni ramai-ramai...
Akhir sekali meh layan gambar orang yang paling kuat makan sejak dua menjak ni...ok jumpa lagi..