Friday 25 January 2013

First day Nica di sekolah


Assala,ualaikum semua..sorry la ibu ni agak ketinggalan menghupdate blog anak ke sekolah. Orang lain dah basi pon citer anak ke sekolah, ibu baru nak menghupdate..hihihikk..sorry la.Gambar-gambar ni semua ada dalam handphone Mr.Sirpool. Dok asyik lupa jer nak upload..Apa-apa pon ibu tetap nak citer jugak sebagai kenang-kenangan. Nanti bila nica dah pandai membaca boleh la baca blog ibu.
Photo: Aneesa Safia first day
Seawal 7.20 pagi, kami dah sampai kat sekolah. Muka nica nampak macam sedih-sedih gitu. Tapi masih boleh dikawal. Ibu kerja hari tu. Lepas hantar nica kat sekolah ibu terus pi opis manakala ayah pula pi breakfast. Kebetulan ayah cuti hari tu..Ibu mintak tolong ayah jenguk-jengukkan nica.
Photo: Aneesa Safia first day 
 Ibu kat opis duduk pon tak senang dok teringatkan nica..sat-sat sms ayah. Ayah kata nica ok, tak nagis pon. Good gurl..Masa mula kat sekolah nica diam jer. sekarang ni cikgu cakap dia dah mula bersuara sikit-sikit. Tapi umi (pembantu cikgu) citer nica ni jenis selamber jer..Cikgu pulak bagi tau nica sekarang dah semangat nak belajar..minggu ni apa yang cikgu suruh buat dia la orang first yang siap. ..bagus anak ibu.Tak macam mula-mula pi sekolah dulu dia agak slow gitu.. Ibu doakan aneesa safia berjaya dunia dan akhirat yer..kekalkan prestasi nica.
Photo: Aneesa Safia first day

Nica ikut ibu ke Opis

Selamat petang semua..Dulu masa nica belum sekolah selalu jugak dia ikut ibu ke Opis. Sekarang ni sejak sekolah, balik rumah terus dia tido. Hari ni kebetulan dia tak tido, dan hari ni jumaat sebelah petang hanya bekerja 2 jam 15 minit. So ibu bawa la dia ke opis.
 Sejak bersekolah ni nica rajin bukan main ..balik umah mesti buat homework. Hari ni pon ada homework cikgu bagi.. Biasanyer cikgu tak bagi disebabkan cuti 3 hari cikgu bagi homework.
Sila abaikan meja ibu yang bersepah dan diari TNB di atas meja ibu bukan lah bermakna ibu ni staff TNB yer kawan-kawan.
 Dah bosan menulis nica layan goreng pisang yagn ibu tapau kat area opis tadi.
Bila dah kenyang mula la tangan merayap merata-rata tempat..tu bosan la tu..orang tak bagi ikut nak ikut sangat..hihihikk..kan dan boring..k la dah dekat kul 5 petang..Sekian dulu..TAta

Tuesday 22 January 2013

Gigi oh gigi

 Assalamualaikum semua..ibu hari ni masih mood bermalas-malasan disebabkan sakit gigi yang teramat-amat. Nak  buat itu tak kena buat ini tak kena..hanya tuhan jer yang tahu betapa sakit nyer gigi ni. Kalau ada orang cakap banyak mau jer aku tampar...dah gini ghupernyer gigi ibu..

 
ni mesti ulat kat dalam gigi ibu tengah berjoget-joget...kalau la bleh ibu tangkap ulat-ulat tu mau jer ibu tampaq ulat ni sampai pengsan. Sekian dulu yer..

Sunday 13 January 2013

Pulau Pangkor Part 3

assalamualaikum semua... Sambung balik citer kita di Pulau Pangkor. Keesokkan paginyer kami sekeluarga meronda-ronda dengan motosikal yang disewa dari malam lagi, sewaannyer berharga RM 35.
Ini la motor Honda EX5, walaupon agak buruk tapi banyak berjasa sepanjang kami kat Pulau Pangkor. Banyak kenangan motor ni. Yang paling lawak helmet kura-kuranyer. Span pon dah tak dak.

Malam sebelumnyer kami dah meronda -ronda di sekitarnyer. Hajat nak ke Teluk Nipah terpaksa ditunda ke siang hari nyer. Mana idak nyer, naik motor malam-malam kena lalu jalan berbukit, memang agak menyeramkan, so ibu ajak ayah patah balik dan keesokkan pagi nyer baru pergi.
Kami bertiga, ayah tukang amik gambar. Bergambar di Pantai Teluk Nipah.
Suasana di teluk Nipah agak sibuk. Disebabkan banyak orang. Di sini jugak ada perkhidmatan menyewa Jet ski, bot,snorkling, banana boat dan macam lagi.
Di sepanjang jalan Teluk Nipah ada dijual makanan dan Kedai-kedai cenderahati.
pantai ni ibu lupa pula nama tempatnyer. Kat sini selesa disebabkan tak ramai orang. Pantainyer sangat bersih.  So kita boleh main pasir. Bila tengok gambar ni teringat percuti di Pulau Perhentian tahun lepas. Nanti kalau ada masa ibu citer yer..memang sangat-sangat best.
Nica dah ready nak main pasir.
Anna tengah isi lori dengan pasir pantai..Mana nica..
Niha..Best..tercapai juga hasratnyer nak main kat pantai.
Ibu yang yang sangat tembam dengan ayah yang sentiasa kurus bila nak besaq pon tak tau. TQ yer abag sebab belanja kami bercuti.
sambung main pasir..hihikk..
Anna cakap juai..juai..dua hengget..dia tengah jual pasir..hihihikk..
Tuan tanah kedaun..suka gambar ni , nampak slim kan...hihiikkk
Ayah dengan anak-anak daranyer....

Berjalan-jalan dipersisiran pantai bersama lori hijau bertayar oren. Nanti Anna besar boleh baca blog ibu tau banyak sangat citer tentang kamu berdua.Kakak nica nak dekat dengan air pon takut. hihihikk..
Pemandangan yang sempat ibu amik gambar..tak menang tangan dibuatnyer nak mengawal budak dua orang ni.



Peace from Annatsya. Ni tengah tunggu ayah amik kereta. masa ni dah dekat lumut. Hujan turun renyai-renyai..
My Princess...ibu sangat-sangat sayang kamu berdua..okey la nanti kita sambung lagi yer..Maybe kalau rajin ibu akan update kenangan di Pulau perhentian...Daaa...

Wednesday 9 January 2013

Pulau Pangkor Part 2

Haiii semua (bajet perasan macam ramai yang membaca) hihihikk..tetiba teringat lagu hai hai bye bye nyayian Ezlynn..tapi jangan bye bye dulu..meh-meh kita sambung citer kat Pulau Pangkor, Selepas kami mengisi perut yang lapar, kami amik teksi untuk ke Hotel. Kat Pulau Pangkor ni teksinyer Van yang berwarna pink tau...ayu gitu..hihihikk.Dari Jeti ke Hotel satu kepala bagi dewasa RM 10. Kalau nak sewa untuk round-round Pulau dalam RM 60 kalau tak silap ibu.Perjalanan dari Jeti ke Hotel lebih kurang 10 minit..sat ja.tak sempat panas montot nak duduk dah kena turun..
Taraaa..ni la hotel yang kami menginap Coral Bay Resort..satu malam RM 190.00 . Ni harga waktu cuti sekolah..lebih la sikit, kalau hari-hari biasa boleh dapat murah lagi.Hotel ni tak jauh dari pantai lebih kurang dalam 300 meter jer ke pantai. Jalan kaki pon boleh.
Mr.Sirpool tengah Check in.
Sementara menunggu ayah amik kunci bilik, ibu layan dua anak dara ni berposing.
 
Ni la bilik kami No.144.

 
Macam biasa la kan dalam bilik ni sudah tentu la ada katil kan..kang nak tido kat mana pulak kalau tak der katil, pastu ada tv, peti ais dan sewaktu dengannyer..
Yeaaaa...kita rasmi katil dulu...kan main suka anak-anak dara ibu ni.dah lama nica ajak bercuti tapi ibu ngan ayah kan sibuk..cuti pulak tak sama, memang susah untuk bercuti.
Set Mandian.
 
 Kat sini juga ada disediakan spa. Bagi yang nak merehatkan diri boleh la mencuba.

Ini pulak pemandangan dari hotel, Hotel ni best tau sebab senang nak cari barang-barang keperluan. Di sebelah hotel ada macam-macam kedai, sebelah kanan ada kedai ikan bakar, sebelah kiri pulak ada Mini market, kedai menjual makanan laut, kedai-kedai cenderhati dan pelbagai pakaian dan macam-macam lagi la.Nampak tak van yang warna pink tu, itu lah yang ibu maksudkan teksi di Pulau Pangkor.
Ini pulak pemandangan dihadapan hotel ada gerai-gerai kecil. Tapi hari buka satu kedai jer. Kalau disebelah malam pulak ada orang jual burger, ais blended di hadapan hotel ni.
 
Swimming Pool sedia menanti untuk anak-anak yang suka mandi kolam. Bukan untuk anak-anak jer mak bapak pon boleh mandi jugak.
Lepas angkut barang-barang masuk bilik, dua anak dara ibu dah tak sabar nak mandi kolam, salin baju mandi dan temankan depa ke kolam. Ibu just jadi tukang amik gambar jer, malas pulak nak basah-basah ni..mood nak rileks atas katil jer. so ayah jer yang layan anak-anaknyer mandi kolam. dalam gambar tu nampak macam ayah yang lebih ..kannn...hihihihikk..ampun yer bang, lawak-lawak.
Bila dah masuk kolam ni dua anak dara ni bukan senang nak disuruh berhenti main air. Lagi tak puas..dok berendam la dalam kolam tu.
Ayah ngan Anna. Harap satu hari nanti anak-anak ibu pandai berenang macam ayah. Jangan jadi macam ibu tak reti berenang...hihihikk..
Acara berendam disambung di dalam tab mandian pulak. Layan jer la wahai ayah.. dah siap buat buih-buih tu, nica jerit panggil ibu...Ibu cepat amik gambar...alahai wahai anakku ibu baru jer nak baring sambil layan tv. So ibu turutkan jugak la ..amik gambar depa mandi manda dalam tab. Ha cepat mandi..satgi nak jalan-jalan pulak...
Ini adalah kesukaan anak anak dara ibu berendam dalam buih-buih sabun..Nica sempat lagi tu senyum simpul..okey sekian dulu yer..nanti kita sambung part 3 pulak..bye..

Pulau Pangkor Part 1

Assalamualaikum semua ..cerita ni tertanguh seminggu lebih dah ..hari ni baru ada kelapangan..di penhujung tahun 2012..Suami ibu yang baik hati bawa kami sekeluarga pi jalan-jalan..ermm..bestkan. Mula kami plan nak ke KL..pastu dalam kereta ubah fikiran pulak nak ke pulau..Mula-mula Mr. Sirpool ajak pi Pulau Langkawi..Ibu cakap Langkawi dah banyak kali pi..Kita ke Pulau pangkor pulak la..So kita pun sepakat nak ke Pulau Pangkor. Dari Nibong Tebal ke Lumut amik masa dalam 2 jam lebih..sepanjang perjalanan kita hujan renyai-renyai. Tanpa booking hotel kami redah terus jer ke Lumut. Sampai di Lumut cari tempat parking kereta. Bagi yang tak pernah pergi ke Pulau Pangkor, Tempat parking nyer boleh dapat di Lumut. Semlam Rm 30. Kebetulan masa kami sampai di tempat parking ada seorang kakak tanya hotel dah booking ker? dengan selamber Mr. Sirpool cakap belum. So melalui kakak tu kami dapatkan hotel. Duit booking untuk tempahan hotel bayar RM 30.

 Ini adalah suasana di pekan Lumut. kat sini macam-macam makanan laut ada dijual. Seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, keropok ikan macam-macam lagi la sewaktu dengannyer. Selain makan laut ada juga jual pakaian dan topi-topi yang cantik. mintak maaf la tak sempat nak amik gambar sebab sibuk dengan anak-anak.
Lapan tahun yang lepas rasanyer belum ada pemandangan macam ni. Lumut memang dah maju.

Nica tengah tunggu ayah angkut barang-barang kami.
Asal nampak kamera jer Anna akan buat peace dan kepala akan disengetkan sebelah. Ini adalah fesyen terbaru Anna berposing.
Kat Jeti Lumut tengah tunggu ayah beli tiket bot.
Dalam Bot menuju ke Pulau Pangkor. Hujan masih turun..tapi tak la lebat.
Ini la bot untuk ke Pulau Pangkor. Harga tiket untuk dewasa RM 10 pergi balik. Sampai jer Pulau Pangkor perut dah berkeroncong mintak diisi.

Sampai jer kat Jeti Pangkor kita akan dapat lihat ada sebuah Kopitiam. Bersebelah Kopitiam ni ada surau.
Pangkor Kopitiam makanan kat sini harga lebih kurang macam kat kopitiam .Ibu pernah tengok satu rancangan TV3 tentang Pangkor Kopitiam ni.  Bila dah sampai sini nak jugak la merasa.Rugi la kan dah alang-alang sampai kami singgah la.. sebelum ke hotel.Kita makan dulu..

Kopitiam yang terapung di atas laut, boleh lihat pemandangan dan pelbagai bot.Petang tu kami order..
Swiss Roll..dalam nyer berinti udang kalau tak salah dan dibalut dengan kulit popia. Memang sedap.
Nasi putih makan bersama daging masak merah dan telur dadar. Daging merah ni sepinggan RM 8. daging memang banyak.
Daging Masak Merah
Nasi goreng cina ni pulak untuk Nica. Memang sedap nasi goreng ni, terasa seafood didalamnyer.

Nica yang semakin montel.
Mr. Sirpool dan Anna, dua-dua kelapan tahap gaban agaknyer...hihihikk..okey la nanti kita sambung Part 2 pulak yer..sekian dulu Tata..