Friday 27 June 2014

Tea Break yang best....!!!!!!

 Cer teka kat mana ni????? sajer ja letak tajuk gitu, kasi gempak sikit...hihihikk. Dari Kuala Lipis kami sekeluarga terus ke Cameron Higlands..Cameron Highlands lagi kan...dah banyak kali mai sini...tapi tetap nak singgah...Tea break menu ialah tea cameron dengan brownies...ermmm boleh la..tapi harga faham-faham sendiri la kan. yang sebenarnyer ibu mengandung ni teringin nak makan chicken pie..tapi dh habis...huhuhukkk...
 Brownies dengan aiskrim coklat ..ermmm..cair dalam mulut.sejuk jer tekak...sejuk jugak mata meliht pemadangan yang sangat nyaman.

 Bestkan...
 Ladang teh...kalau lah rumah i kat sini mesti bestkan...sejuk jer...tak yah nak air cond bagai.
 Habis minum-minum masa anak-anak ku bergambar.Hari ni mood Anna baik..berposing jer la...
 Ni tempat wajib...lavender park...Nica nak petik strawberi...tapi hampa sebab strawberi belum masak...baru habis cuti sekolahkan....takper la...kita beli yang dah siap petik je la...k sayang..
 Besarkan strawberi tu...dapat jugak merasa.


Masa dok menapak naik ke atas ni...tiba-tiba rasa tak boleh nak jalan..naper ni???? nak terberanak ke..aduhaiii....dah la tak dak pengalaman sakit nak bersalin. Terpaksa la terpacak kat situ sekejap. Pastu jalan perlahan-lahan....
Masa ni dok tahan sakit ni....Nasib baik la tak terberanak kat Cameron Highland.
Walaupon dah tak boleh nak berjalan laju tetap layan anak-anak makan ais krim. Jalan sikit berhenti....tak boleh nak bergerak banyak.

On the way nak balik ke Penang call kakak ipar tanya macam mana sakit nak bersalin sebab pengalaman bersalin nica dan Ana tak sempat nak rasa sakit. Keesokkannyer balik Alor Setaq jumpa doktor, doktor cakap disebabkan banyak sangat berjalan dan terlalu aktif. Mana tidaknyer Dari Penang -Kajang-Nilai- Bukit Tinggi-Kuala Lipis-Cameron Highland-Penang-Alor Setar-Perlis...berjalan sakan kali ni.

Tuesday 24 June 2014

Ikan Patin Punya Cerita


Ikan Patin punya cerita, lepas kita ronda-ronda di Colmar Tropical, Bukit Tinggi kita terus ke Kuala Lipis bermalam di sana. Hotel pon tak booking, pakai terjah jer. Nasib baik la ada hotel yang kosong. Ini semua gara-gara Mr.Sirpool yang teringin nak makan ikan patin masak Tempoyak. Padahal baru jer makan time dia berkonvoi ke Kuala Lipis bersama kawan-kawan. Lepas seminggu berkonvoi datang sekali lagi semata-mata nak makan ikan patin. Aduhaiii..mengalahkan isteri yang tengah mengandung. Dalam perjalanan mata ni asyik cari sign board hospital jer, pastikan jarak hotel dengan hospital dekat. mana la tau nak tiba-tiba jer baby nak terjah keluar, risau jugak. Sampai jer kat hotel masing-masing keletihan tahap gaban, semua perlukan rehat. 
 

 Ini lah rupa hotel tempat kita bermalam. Hotel Bajet jer..satu malam lingkungan RM 60 jer. Keesokkan paginyer siap-siap barang dan sambung mencari patin masak tempoyak.
 Pekan  Kula Lipis.
  Perhentian Bas dan Teksi Kuala Lipis.
 Misi mencari Ikan Patin masak tempoyak. Akhirnyer jumpa jugak..
 First time makan Ikan Patin masak tempoyak. Ermmm...sedap makan dengan nasi putih dan sambal belacan.
Ni la rupa orang yang teringin bangat dengan Ikan Patin Masak Tempoyak.

Monday 23 June 2014

Colmar tropical, Bukit Tinggi Part.2

Colmar Tropical, Bukit Tinggi ni dibina sebagai replika di salah satu perkampungan di Perancis. Perasan la sekejap macam di perancis kan..kalau nak ke Perancis memang tak mampu la. Di sini juga terdapat Terdapat tempat-tempat menarik seperti Japanese Village, Animal Park, Botanical Garden, Organic Farm.Kita hanya sempat ke Japanese Village sebab dah petang sangat. Tak per lain kali harus datang lagi ke sini. Sebelum ke Japanese Village kita akan jumpa tangga yang agak tinggi.
Banyak anak tangga yang perlu di daki.
Semput juga la ibu mengandung ni.
 
 Mr.sirpool yang slim tu pon stop sekejap...sebab penat mendaki tangga tu.
 

 Rehat sekejap.
 
 Kita sambung balik mendaki bukit. Akhirnyer sampai la tempat yang dituju.
 
 Satu tempat yang sangat menenangkan, penuh dengan kehijauan. Di sini kita akan rasa seolah-olah di Jepun. Landskap di sini sangat cantik.
 

 

 

 

 

 
 Bagi yang nak mengambil gambar di dalam rumah jepun dikenakan RM 30. So boleh la merasa nak pakai pakaian jepun.
 

   
 Kami hanya bergambar diluar sahaja.
 Sekali sekala layan anak-anak berposing memang best. 




 Dihadapan Tatami SPA.
 
 Bagi yang suka melihat pokok-pokok hiasan boleh la ke Botanical Garden. Ibu dah penat sangat rasanyer. Tak larat nak berjalan dah. Lain kali la kita datang lagi.
Masa untuk membeli cenderhati.
 Okey bye.

Sunday 22 June 2014

Colmar Tropical, Bukit Tinggi Part.1

Percutian kita kali ni di Colmar Tropical, Bukit Tinggi, dah lama teringi nak ke sini. Akhirnyer tercapai jugak hasrat di hati...tak sabar nak terjah bangunan-bangunan yang cantik-cantik kat sini. Terima kasih Mr. Sirpool sebab bawa saya dengan anak-anak ke sini.Di atas tu adalah enterence masuk. So kita beli tiket dulu.
Bayaran masuk bagi dewasa seorang RM 12..Kanak-kanak seorang RM 8.
Landskap yang sedap mata memandang.
 Nampak tak bangunan tu..tak sabarnyer nak masuk. Kat bangunan tu ada hotel dan tempat meletak kereta. Hotel tu ibu tak ingat nama. Sebab kami tak bermalam pon di situ. Terasa macam kat oversea pulak..hihihikk.
Selepas parking kereta di bangunan tadi..kita perlu berjalan kaki untuk ke sini.
Apa-apa pon kita posing dulu...kalau datang kat sini gambar wajib mesti bergambar dihadapan bangunan ni. Bangunan kat sini semua cantik-cantik.
 

 

 

 
 Dah Besar Anak sulung ibu ni.
 
 Masa ni ibu mengandung 7 bulan.
 
 

Pemandangan yang sangat cantik. Kebetulan masa ronda-ronda ada show...memang meriah.
Bagi yang nak ronda-ronda bolehlah naik lori ni .Kalau nak guna kereta sendiri pon boleh. Kalau tak salah setiap setengah jam sekali lori ni ulang alik amik penumpang.
Ini tempat menunggu lori yer kawan-kawan.
Cenderhati untuk kawan-kawan.
Jumpa part 2 pula yer..ok bye.