As salamualaikum semua..ada satu ketika dulu ibu buat pengajian jarak jauh di POLIMAS jitra. Disebabkan time tu ibu dah bekerja so terpaksa la buat PJJ. Ni kira zaman muda remaja dahulu. Kat polimas ni la ibu jumpa Best Friend Forever (BFF) ..hihihikk..dah nama pon BFF kan sampai sekarang still contact la kan.
Ni la BFF ibu.. Nor Mazliana Mokhtar...adalah kawan yang paling best ibu pernah kenal, suka duka kongsi bersama...Kawan ibu ni rajin tau, sapa-sapa yang nak tempah baju, jahit manik, jahit tudung boleh la contact kawan ibu ni. http://lissazara.blogspot.com/...wahh tolong promote lagi ni...sila buat tempahan.
Kebetulan ada satu hari di hujung minggu ..tanpa perancangan apa-apa ..BFF ibu call cakap nak jumpa nak bagi barang. So ibu pon kebetulan free tak der buat apa aktiviti, kami pon set la nak jumpa.Apa lagi dah lama tak jumpa kan pot pet la...banyak sungguh cerita..padahal selalu jer sembang dalam pon. So kami pon buat keputusan nak lepak kat Mcd jer senang, bleh makan-makan dan biarkan anak-anak bermain.Yang bestnyer anak kami adalah sebaya..Nica sama tahun ngan Lissa, Anna pulak sama tahun ngan Zara. Anna bila nampa jer benda alah ni tak makan pon tak per boleh main. Eh kenapa kamu bertiga jer mana sorang lagi? Nica di mana?
Ni ha nica...dok kat pintu sambil buat muka..muka baru bangun tido...dok blurr lagi..tak nak join adik ngan kawan-kawan main...
Sementara tunggu Mr.Sirpool beli makanan, ibu temankan anak-anak bermain dulu..
Nica lapar agaknyer...tu sebab tak nak main..join ayah makan ayah makan lagi best.
Ni pulak husband BFF ibu...Adik Zara ngan babahnyer..
Okey..sebelum balik kita amik gambar dulu..tengok tu masing-masing buat hal sendiri..masing-masing malu..dah lama tak jumpa kan..nanti bila dah besar ibu harap kamu semua jadi kawan baik macam ibu dan untie ina..Sekian dulu..ye
No comments:
Post a Comment