Thursday, 21 November 2013

Burger Malaysia or Pau Sambal

Assalamualaikum semua (bajet macam ramai jer pembaca)...hahaha...perasan sekejap. Dah lama nak cuba buat kuih ni..tapi asyik bertangguh-tangguh jer...kalau ibu panggil kuih ni Burger Malaysia tapi ada jugak orang panggil pau sambal. Kuih ni adalah salah satu feberet my husband. Lepas husband makan dia puji sedap, kat kedai punyer tak sedap husband cakap...ermmm...bertambah semangat lepas ni nak buat lagi kuih ni...hihihikk...selalu beli kuih ni ada jer yang tak kena, berminyak sangat la, sambal tak sedap la..buat sendiri lagi puas makan. Boleh letak sambal banyak banyak. First time cuba buat ni...memang best resepi kak yatie memories ni tak berminyak. suka sangat tengok blog beliau...bermacam aneka juadah ada...



BAHAN-BAHANNYA  ( Resepi asal oleh kak yatie memories )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)

  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
Selamat menjamu selera...

Donut Gebu

Assalamualaikum semua...pagi yang sejuk dan dingin di Nibong Tebal disebabkan hujan semalaman....sejak dua menjak ni anak-anak ibu suka sangat dengan donut...so ibu pon usahakan mencari resepi Donut...Ni kira first time cuba buat donut sendiri..selalunyer beli jer kat makcik kat taman area opis ni...Alhamdulillah akhirnyer berjaya jugak buat donut dengan air tangan sendiri...Walaupon tak secantik yang kak yatie memories buat..tapi hasilnyer memang lembut dan gebu...buruks skit sebab ibu tak guna acuan...nanti lain kali nak beli acuan..harus cuba di masa akan datang...insyallah akan diperbaiki hasil kerja saya..minta izin yer kak yatie memories saya pamerkan resepi akak.

 Bahan-bahan ( Resepi asal kak yatie memories  )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tepung roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
Tadaaa...dah siap..selamat mencuba.

Sunday, 10 November 2013

Wawasan Kreatif Annual Concert

Assalamualaikum semua...sabtu lepas ibu dan Mr. Sirpool di jemput menghadiri wawasan kreatif annual concert...aneesa amik bahagian dalam tarian...semangat kami anak beranak nak pi tengok...hihihikkk...

video
Macam tak percaya pon ada..nica boleh menari depan orang ramai...sebelum sekolah nica seorang yang sangat-sangat pemalu. Dulu suruh berkawan pon tak mau...sekarang dah okey...confident level dia dah tinggi...4 tahun dah boleh mengeja...sekarang dah boleh membaca dan mengira tambah  tolak...dah boleh bercakap dalam bahasa inggeris sepenuhnyer di sekolah...memang banyak peningkatan. Terima kasih sangat-sangat kat semua teacher yang mengajar. Next yaer nak hantar nica mengaji Al-Quran pulak..buat masa sekarang mengaji Iqra' ngan ibu dulu malam-malam.