Assalamualaikum semua...pagi yang sejuk dan dingin di Nibong Tebal disebabkan hujan semalaman....sejak dua menjak ni anak-anak ibu suka sangat dengan donut...so ibu pon usahakan mencari resepi Donut...Ni kira first time cuba buat donut sendiri..selalunyer beli jer kat makcik kat taman area opis ni...Alhamdulillah akhirnyer berjaya jugak buat donut dengan air tangan sendiri...Walaupon tak secantik yang kak yatie memories buat..tapi hasilnyer memang lembut dan gebu...buruks skit sebab ibu tak guna acuan...nanti lain kali nak beli acuan..harus cuba di masa akan datang...insyallah akan diperbaiki hasil kerja saya..minta izin yer kak yatie memories saya pamerkan resepi akak.
Bahan-bahan ( Resepi asal kak yatie memories )
- 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tepung roti (guna tpg gandum pun ok)
- 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
- 50g Marjerin/butter
- 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
- 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
- 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Teh Garam
- Gula Halus atau topping kegemaran anda
- 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
- Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
- Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
- Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
- Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
- Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
Tadaaa...dah siap..selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment