Thursday 8 January 2015

Cerita Cuti Sekolah

Macam Geng Bas Sekolah Tak??? Budak-budak minat giler dengan rancangan Geng Bas Sekolah kat Astro Ceria tu,sampaikan bila ibu nak ambil gambar pon berposing ala-ala Geng Bas Sekolah. Pengaruh TV betui..cuti sekolah baru-baru ni kita anak beranak tak kemana pon. Mula rancang memang nak bawa anak-anak pi jalan-jalan kat Melaka. Tapi memandangkan musim hujan, tak jadi la nak ke Melaka. Kita balik kampung sudah la tengok Tok dengan Tok Wan. Apalagi anak-anak ibu dok menghitung hari jer la nak balik kampung sebab nak jumpa sepupu.  Mak Long pon balik kampung. Macam biasa la kan, kalau balik kampung mesti nak ke Pusat Sains Negara. So Pak Long pon angkut kita semua naik satu kereta pi ke sana. Main la puas-puas.
 
Ni benda pertama yang depa terjah. Habis semua button depa tekan. Suka tengok, happy sangat depa bila berjumpa.
 Meh nak kenal kan mula dari sebelah kiri Atilia, Arrisa, Aneesa, Awiys dan Anna. Awiys dengan anna sebaya, Aneesa dengan Arissa sebaya. tetapi anak-anak ibu rendah sedikit sebab lahir hujung tahun kot..sepupu depa lahir awal tahun. ehh..boleh pulak mcm tu..hihihikk...suka ati ibu je buat kenyataan.
 Masa ni Anna tengah merajuk katanya 'depa tak mo kawan dengan Anna'. Hahahaha....Anna ni sensitif tahap gaban punyer..kena banyak bersabar.
Dua beradik berseluar belang.
Masa ni ada show, bukan main berani duduk kerusi depan sekali.
Sorry la gambar tak cantik. Guna hp murahan jer. Bak kata opismate hp cap ayam.hahahaha...cap ayam pon cap ayam la..janji boleh call sudah.
Ini sebahagian ruang yang ada, ada byk ruang lagi...tapi tak sempat nak amik gambar. Maklum lah sejak beranak kecik ni tak menang tangan dibuatnyer. Okey la...Cukup  la setakat ni dulu...BYe..

4 comments:

  1. sama laa, kak sue pun tak ke mana dengan anak2 cuti sekolah nih.. sian jugak kat depa.. tapi apakan daya.. nama semua bermula dengan huruf A.. macam pakat jer.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ha Anak-anak kami semua bermula dengan huruf 'A'...ni perjanjian kaum-kaum bapa ...Aduyaiiii..kadang-kadang terbelit lidah ni nak panggil nama depa.

      Delete
  2. haha...comel je si anna tu merajuk...

    ReplyDelete