Monday 5 January 2015

Mee Udang Laut Pulau Sayak


Assalamualaikum semua..cerita di penghujung disember. Kalau semua nak tau ibu ni sangat la teringin mee Pulau Sayak ni, dari sebelum pregnant Akeef lagi, sampai la sekarang ni Akeef dah 10 bulan baru dapat merasa mee Pulau Sayak ni. Lama betul kan punya teringin. Selama ni dok dengaq jer cerita orang cakap mee ni sedap. Ibu makan kat kedai Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Kedai ni betul-betul menghadap laut. Permandangan cantik, masa sampai tu matahari baru nak terbenam..
Apa-apa pon amik gambar dulu...ni masa dok tunggu mee yang telah di order. Ramai jugak malam tu. Bagi yang muslim, kalau nak solat ada jer surau yang telah disediakan. So tak yah nak risau nak cari tempat nak solat.
Gambar ni harus ada la kan...anak bapak...sekarang ni Mr. Sirpool berkepit jer la ngan baby boy dia.
Ni ha rupa Mee udang Pulau Sayak. Akhirnyer dapat jugak merasa. Selagi tak bawa ibu mai sini...selagi tu la, ibu dok mengungkit kat Mr. Sirpool..buruk betui perangai. ishkk...bini sapa la kan. hihiikk...jangan ikut tau.
Hari tu order Mee Udang Special 1 pinggan lagi 2 pinggan Mee udang biasa. Mee Udang Special bezanyer udang lebih dan saiz lebih besar. Rasa tu okey la...tapi hari tu kuah dia pedas ...fuhhh....sian kat nica makan isi jer. Ibu lupa nak bagitau jgn pedas budak punyer time order.  Bagi orang dewasa ok la. Mr. Sirpool cakap rasa pon dah lain, maybe tukang masak lain kot. Semua udang tu Nica belasah, ibu makan seekor jer...Mr.Sirpool cakap ayah makan kepala jer. Udang ni memang peberet nica la. Anna makan main-main jer...
Memang mewah dengan udang.
Okey, sekian.

5 comments:

  1. bestnya makan mee udang pulau sayak.. lama tak terjah ke sana..

    ReplyDelete
  2. hrrmmm, mungkin dah tukar chef la tu...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe la kan....kalau kat penang pon ada mee udang yang sedap...meh la cuti-cuti kat penang. leh pekena mee udang.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete