Selamat petang semua..walaupon keja bertimbun ibu masih curi-curi masa menghupdate blog...hihihiikk. Takper kejap lagi sambung balik buat keja. Dah tak larat ibu fikir nak mengarang surat ni, rileks sebentar untuk tenangkan minda, mana tau kot-kot lepas menghupdate blog idea datang mencurah-curah untuk mengarang surat :P. Ini semua alasan jer jangan ikut tau. Mr. Sirpool ajak ibu ikut dia ke focus point untuk beli sun glasses. So ibu pon dengan anak-anak ikut la ke Tesco Kulim di mana kedai Focus Point berada. Bila sampai kedai tu kita pon tinjau-tinjau la yang mana berkenan di hati.
Ibu tak berapa nak boleh fokus sangat pada cermin mata yang ada disitu. Ibu terpaksa fokus pada 2 orang budak kecil yang sibuk berlari di dalam kedai. Mau nyer dia tarik cermin mata yang dipamer tu mamposs kopak poket ibu nak ganti. So biarkan Mr. Sirpool saje yang memilih.
Nampak tu budak kecil yang memakai baju warna krim di mana dia berada. Cuba ampa cari. Tu nampak di celah-celah kabinet. Oh Anna..Malam tu kakak ok Good.
Mr.Sirpool tengah mengisi borang apa ntah, ibu just amik gambar dari jarak jauh jer kerana sibuk dengan budak kecil yang memakai baju krim.Nampak gambar atas tu nampak kepala jer Anna.hahaha
Okey ini la hasil pilihannyer..dalam hati Mr.Sirpool ni mesti dok kata hensem-hensem, ni kalau bawak motor pi konvoi perghhh..memang best, bergaya habis dah macam artis . Tul tak Mr. Sirpool? Mr. Sirpool dah confirm pilih yang ini, sekarang pilihan ibu pulak..lalalala...
Agak-agak dalam banyak-banyak cermin mata yang mana pilihan hati ni. Ermm...selepas pilih punya pilih..ibu pon amik sun glasses Bonia. Dah tak sanggup nak memilih banyak sangat, pinau biji mata ibu ni.
Ini la Sun Glasses baru ibu...biasa-biasa jer. Malam tu bukan satu cermin mata ibu sambar tapi 2..Agak tamakkan bunyinyer... hihikk . Ada aku kesah.dah alang-alang Mr. Sirpool nak belanjakan, Stambah satu lagi sebab tengah ada diskaun..hihihikk..
Ini la cermin mata yang baru..lalalala, dah macam cikgu besaq rupanyer..Ibu ni sebenarnyer seorang yang sensitif pada cahaya nak-nak pula drive ketika waktu malam dan hujan memang bawa keta macam kura-kura la jawabnyer kalau tak der cermin mata. Kalau waktu pagi pulak masa matahari tengah naik mau meleleh air mata disebabkan silau. Tapi ibu malas nak pakai cermin mata, rasa rimas pon ada dan rasa diri skema, hahaha...so untuk tidak membiarkan tahap silau meningkat lagi terpaksa la jugak pakai cermin mata. Terima kasih banyak-banyak yer abang ( Mr.Sirpool) sebab belanja ibu..Sayang abang selalu (ayat membodek) :P. Next year nak lagi..
No comments:
Post a Comment