Morning semua...morning lagi ler kan baru jer kul 11.30pagi. Sekarang ni kan musim cuti sekolah, apa lagi ibu bapa pon sibuk la membawa anak-anak bercuti termasuk la ibu. Walaupon anak masih tak ker sekolah tapi sibuk jugak ibu nak bawa anak-anak ibu berjalan-jalan.Kebetulan cuti deepavali hari tu kakak ipar ibu dari kajang mai umah. So kena la bawak depa berjalan-jalan. so keesokkan harinyer Ibu bawa kakak ipar ibu dengan familynyer pi pusing- pusing penang. Ibu cadangkan kami pi Penang Hill @ Bukit Bendera.Kami pon bertolak pi Bukit Bendera, sampai disana orang tak payah cakap la punyer la ramai, kena beratur panjang samapi keluar, sudah la cuaca hari tu panas terik, berpeluh-peluh ibu dibuatnyer.
Ini dihadapan Penang Hill. Ibu first time menjejakkan kaki disini, walaupon dilahirkan dan dibesarkan di penang..siankan kat ibu..
Bukan main suka budak-budak ni bila cakap nak naik train.
Panas giler masa ni, merenggek-renggek anak sedara ibu si awina sebab tak selesa. Selepas beli tiket kami pon kena la beratur menunggu train. Maka kami pon beratur dalam keadaan yang agak panas. Bila dah dapat masuk dalam bangunan grey tu kurang la sket panasnyer..tapi still berpeluh sebab ramai sangat orang.
Inila rupa train yang kami semua tunggu untuk naik ke Bukit Bendera. Gamabr ni ibu amik daripada encik Google jer sebab ibu tak sempat nak amik gambar, Anna merenggek.
Harga tiket untuk naik ke atas hanya RM 8.00 untuk dewasa, untuk bibik RM 30.00 kalau tak silap.
Selepas lebih kurang 5 minit, sampai la ke puncaknyer.
Nica bergambar di puncak Bukit Bendera. Kat atas ni kita boleh nampak seluruh Pulau Pinang. sangat-sangat la cantik. Kat atas ni jugak disediakan teropong untuk melihat pemandangan dengan harga 50 sen.
Pemandangan yang boleh kita lihat, boleh nampak Jambatan pulau pinang, laut dan macam-macam lagi.
Tengah melihat pemandangan . Bukan main muka teruja si tecik ibu tu.
Ayah dan nica.Mana boleh pisah ikut jer montot ayah dia kemana sajer.
Ini pulak buaian dihadapan Cafe bukit bendera. Kat dalam cafe ni ada pelbagai kedai makan dan kedai-kedai jual cenderahati dan baju. Ibu beli baju untuk nica dan ana untuk kenangan. Kakak ipar ibu punyer la banyak memborong baju kenangan di Bukit Bendera.
Ini la suasana kat dalam cafe. Hari tu kakak ipar ibu yang sponsor semua dari tiket, makan, transport semua ditaja oleh nyer.. Tima kasih yer kak umie, lain kali belanja lagi :P
Dekat atas puncak bukit bendera ni ada OWL Museum, macam- macam patung Owl ada dipamer dan jugak dijual disini. Bayaran untuk masuk ke sini Rm 10 bagi dewasa, kanak-kanak percuma. Ibu masuk dengan nica jer, Husband tak nak masuk. Museum ni tak la sebesar museum yang kita selalu masuk. lebih kurang dalam tiga bilik jer keluasanyer. Budak-budak pasti suka. Nica pada awalnyer bukan main riang ria berposing untuk amik gambar. Tup...tup.. masa tengah amik gambar dia ternampak Owl sebenar di TV tengah bergerak dengan mata yang bulat terus dia melalak..kuat pulak tu . ibu Jom kuar...kakak takut. Habis satu musem dengar suara dia. Dia punyer la takut lari peluk ibu sampai terhantuk kamera kat mulut. Berdarah la mulut dia. Sian anak ibu, nasib baik darah kuar sekejap jer. Terus cepat-cepat bawa dia kuar.
Ini patung-patung Owl yang dijual. saper yang berminat boleh la beli.
Masa keluar dari museum tak nampak ayah dengan Kak umie. Mana pulak la depa pi, merenggek la si nica ni cari ayah dengan kak Lala (sepupu nica). Ibu call ayah depa tengah naik kereta ala ala kereta kat padang golf tu pusing-pusing puncak bendera. Maaf la yer ibu terlupa nama kereta tu.
Muka nica lepas aksi menangis, nak beli Grass Hopper ni pulak. Seekor RM 2. Grass Hopper ni diperbuat daripada daun Nyior (kelapa) . Memang kreatif orang yang membuat ni. Tak perlukan modal just memerlukan kreativiti jer. Benda ni pon boleh buat bisnes. Itulah orang cakap di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Lepas beli Grass Hopper Tiga orang anak dara ni ternampak la pulak kedai melukis inai. Apa lagi pakat excited la nak melukis inai. Semua pakat hulur tangan nak lukis inai. Ini la hasilnyer. Sebelah tangan RM 5. Okey la..sekian dulu yer kawan-kawan..dah panjang lebar citer untuk hari ini. jumpa lagi yer.
wow.. bukit bendera dah ada train baru rupanya.. dulu train warna merah putih..
ReplyDeletea'ha..dah ada train baru, akak ni pon first time naik..nama jer anak kelahiran penang..hahahaha
ReplyDelete