Tuesday, 25 June 2013

Puding Roti Bersama Sos Kastard

Assalamualaikum semua..harap kalian semua dalam keadaan sihat yer, almaklum la sekarang ni jerebu sedang melanda, banyakkan mindu air masak..mood ibu pon mendung je nak menghupdate blog..malas tahap gaban nak menhupdate..ishkk...burokk betui perangai..hihiikk..Malas-malas pon ibu tetap memasak, baru-baru ni  ibu cuba buat Puding Roti Bersama Sos Kastard. First time buat untuk dibawa ke rumah officemate ibu, kita ada jamuan makan-makan. Puding roti ni kalau dimakan dengan sos kastard yang sejuk memang heaven masuk mulut.

 Resepi Puding Roti Bersama Sos Kastard

  • 7-8 Keping Roti 
  • 2 cawan Susu Segar
  •  4 sudu Gula
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 2 sudu Butter (dicairkan)
  • Kisimis & Ceri (untuk ditabur atas puding)
 Cara-caranyer :
Masukkan susu segar, gula, telur dan esen vanila ke dalam satu bekas dan kacau menggunakan whisk kemudian koyak-koyakkan roti masukkan kedalam bancuhan tadi( Kalau nak senang boleh jer bancuh terus dalam loyang)dan taburkan kismis serta ceri serta masukkan butter yang telah dicairkan tadi dan kacau sedikit.Kemudian bolehlah dibakar ke dalam ketuhar dengan suhu 150c selama 25-30 minit. tapi kali ini ibu tak gunakan  pemanggang ajaib kesayangan.dan bakar selama 20-25 minit dengan api yang sederhana.
okey dah siap...jom kita sediakan sos kastard pula..

Sos Kastard
1 tin susu cair 
2 sudu gula
2 sudu tepung kastad
Satukan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk .Masak diatas api yang sederhana, kacau sehingga sos pekat.dah siap..kalau disejukkan sos ni dalam esbok lagi sedap. Bila nak makan tuang je sos diatas puding roti..so yummy...tujuan yang sebenar ibu buat puding roti ni adalah untuk dibawa ke rumah office mate ...harus la kan, kena bawa buah tangan  kalau nak ke rumah orang.hihihikk...yang bestnyer ada pujian yang cakap sedap..apa lagi senyum sampai telinga..kihkihkih..


4 comments:

  1. Salam kenal...sedap nampaknya puding roti..my peberet tu..:) sudikan diri untuk singgah di blog saya.
    shanteqrose.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..ni first time cuba buat sendiri..hihihikk

    ReplyDelete
  3. Tak sangka boleh buat kat dlm pemanggang ajaib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii... Norlia...salam perkenalan yer...
      boleh jer...selamat mencuba yer

      Delete