Percutian kita kali ni di Colmar Tropical, Bukit Tinggi, dah lama teringi nak ke sini. Akhirnyer tercapai jugak hasrat di hati...tak sabar nak terjah bangunan-bangunan yang cantik-cantik kat sini. Terima kasih Mr. Sirpool sebab bawa saya dengan anak-anak ke sini.Di atas tu adalah enterence masuk. So kita beli tiket dulu.
Bayaran masuk bagi dewasa seorang RM 12..Kanak-kanak seorang RM 8.
Landskap yang sedap mata memandang.
Nampak tak bangunan tu..tak sabarnyer nak masuk. Kat bangunan tu ada hotel dan tempat meletak kereta. Hotel tu ibu tak ingat nama. Sebab kami tak bermalam pon di situ. Terasa macam kat oversea pulak..hihihikk.
Selepas parking kereta di bangunan tadi..kita perlu berjalan kaki untuk ke sini.
Apa-apa pon kita posing dulu...kalau datang kat sini gambar wajib mesti bergambar dihadapan bangunan ni. Bangunan kat sini semua cantik-cantik.
Dah Besar Anak sulung ibu ni.
Masa ni ibu mengandung 7 bulan.
Pemandangan yang sangat cantik. Kebetulan masa ronda-ronda ada show...memang meriah.
Bagi yang nak ronda-ronda bolehlah naik lori ni .Kalau nak guna kereta sendiri pon boleh. Kalau tak salah setiap setengah jam sekali lori ni ulang alik amik penumpang.
Ini tempat menunggu lori yer kawan-kawan.
Cenderhati untuk kawan-kawan.
Jumpa part 2 pula yer..ok bye.
No comments:
Post a Comment