Thursday 14 August 2014

Tempat Kesukaan Anak-Anak..



Assalamualaikum semua...agak-agak ke mana kita yer...hari ni ibu nak cerita pasal balik kampung. Kampung ibu mertua ku....mana lagi kalu bukan Kedah Darul Aman. Rumah Tok dan Tok wan anak-anak ibu di Ayer Itam, Kedah. kalua balik kampung jer tempat wajib bawa anak-anak ialah di Pusat Sains Negara di Gunung Keriang, Kedah. Ni kira tempat Feberet anak-anak ibu.
Best jer lalu kat sini...kiri kanan ada sawah..pemandangan sangat cantik, hijau je..tenang rasa. Bersebelahan Pusat Sains Negara ni ada Muzium Padi, bagi yang berminat boleh singgah. 
Apa-apa pon aktiviti wajib bergambar dulu...kat dalam Pusat Sains Negara ni, best jer sejuk..pastu banyak sangat mainan, alat-alat yang bertemakan sains. Memeng selesa la duduk kat dalam ni, anak-anak ibu boleh duduk berjam-jam..nak-nak pulak kalau pergi bukan hari cuti sekolah orang tak ramai. Tapi kalau masa cuti sekolah memang ramai kat sini, macam-macam rombongan datang sini. Time cuti sekolah juga ada show jugak kat dalam ni oleh petugas-petugas disini. Macam-macam permainan kita boleh cuba..Jom kita layan gambar je la...gambar campur-campur, sebab selalu singgah sini.







Cita-cita Aneesa nak jadi doktor baby...insyallah...
Semoga suatu hari nanti ibu doakan semoga anak-anak ibu berjaya...Aminnn...Bagi kawan-kawan yang masih tercari-cari tempat di kedah untuk anak-anak boleh la singgah disini..sambil-sambil anak-anak kita bermain dalam masa yang sama depa dapat belajar. Banyak ilmu sains yang boleh kita pelajari di sini.

No comments:

Post a Comment