Assalamualaikum semua...dah lama sebenarnyer ibu nak update pasal kelahiran anak ketiga ibu ni. Tapi asyik tertangguh jer...banyak benda yang perlu di selesaikan....sampai la sekarang..baby pon dah berusia 6 bulan baru la dapat update. Walaupon dah 6 bulan ibu tetap nak update di sini sebagai kenangan. Masa checkup 7 bulan doktor dah bagitau ibu akan bersalin secara scer disebabkan Nica dan Anna ibu bersalin secara scer so yang ketiga ni confirm la scer jugak...Macam biasa ibu akan bersalin dengan Pakar Perbidanan Dr.Anuar Husaini .Semua anak ibu menggunakan khidmat Dr. Anuar Husaini cuma hospital jer yang berbeza.
Appoiment sebelum bersalin sepatutnyer 23 Februari 2014, tapi masa pergi kat INS Hospital Dr. Anuar Husaini bercuti sehingga 4 Mac 2014. Alamak ibu dah cuak...takkan nak kena tukar doktor..aduii..husband cakap takper la 4hb kita datang checkup semula..kalau tak beranak la...tapi nasib menyebelahi ibu tak terberanak awal..hihihikk...sepatunyer due hujung bulan 3, so boleh rileks-rileks lagi kononnyer. Tak dak maknanyer...minggu ni baby dah memang nak kuar rasanyer, sebab ibu dah tak boleh berjalan banyak, seperti ada benda yang menekan..memang sakit sangat..dalam sakit-sakit tu boleh lagi ikut husband meronda naik Jambatan Pulau Pinang yang kedua sehari selepas perasmian...hahaha...tak sedar diri betul ..
Seperti yang dijanjikan 4 Mac 2014 pergi checkup kat Hospital INS di Alor Setar, tapi barang-barang ibu dan baby dah siap packing. So doktor pon tetapkan hari bersalin 6 Mac 2014 hari khamis kul 9.00pg, kalau ikut kan ibu nak 7 Mac disebabkan hari jumaat, lebih berkat orang kata. Suka hati jer kann...pengalaman ibu bersalinkan Nica dan anna memang rasa sakit nak bersalin. So ingat yang ni sama jugak la kan...ohhh tidak sama sekali....baby saya memang dah nak kuar tepat jam 12 malam ibu dah rasa sakit-sakit sekejap-sekejap..mula-mula ingatkan angin kononnyer..boleh tido lagi...berlagak sungguh...pastu sakit tu berpanjangan semakin lama semakin kerap sehingga la kul 4.30 pagi. Ibu terpaksa juga Mr.Sirpool pi hospital takut la kan...sampai kat hospital after check semua ok...so nurse cakap kita tunggu jugak la sampai kul 9 pagi. So bleh berehat kat bilik dulu...nasib baik dapat bilik sorang duduk...so senang la ibu nak angkut anak-anak ibu yg lagi 2 orang tu.
Ni la rupa hospital tempat ibu bersalin INS Specialist Centre kat JalanPintu Sepuluh, Alor Setar. Bilik yang ibu dapat kali ni memang betul-betul menghadap Menara Alor Setar. Masa bersalin kat Anna di PMC pon dapat bilik yang nampak menara.
Macam biasa la kan mesti ada TV. Klu tak mesti bosan...siap dapat channel siam lagi...aku tgk gambar jer la...sepatah pon tak faham bahasa siam.
Dalam sakit-sakit boleh lagi ibu amik gambar. Sementara tunggu subuh...
Muka tengah menahan sakit, berdebar-debar pon ada sebab nak kena operate.
Muka tengah menahan sakit, berdebar-debar pon ada sebab nak kena operate.
Cuba tengok tu...Relaks jer Mr.Sirpool..ibu ni sakit rasa nak terberanak..dia cool jer..leh dia cakap tido jer dulu nanti sakit tu hilang la....dia ingat sakit kepala ker lepas bangun tidur leh hilang...kali pengalaman bersalin aku gi sendiri jalan masuk bilik operate..lawak plak bila ingat...time nak masuk bilik operate tu Mr. Sirpool hilang plak...ibu dah cuak...pastu nurse cakap takpe nanti kami bagitau husband puan. Lepas dah bius semua, Mr.Sirpool masuk sekali dalam bilik operate, setiap kali bersalin dia mesti teman.baru la ada semangat sikit..kali ni masa doktor tengah operate rasa tenang sangat, pukul 9 pg operate, 9.15pg baby dah keluar...alhamdulillah ...baby boy.
Gambar baby boy yang baru keluar dari perut ibu...terasa hilang sakit time ni.
Gambar baby boy yang baru keluar dari perut ibu...terasa hilang sakit time ni.
Ini la rupa anak lelaki ibu yang tak sabar-sabar nak keluar...
Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar.syukur.
Kakak-kakak yang tak sabar nak tengok baby. Panjang berjela entry kali ni...Alhamdulillah semuanyer selamat.
No comments:
Post a Comment