Friday 3 April 2015

Muzium Perak

Assalamualaikum semua..maaf la blog ibu dah lama tak update..tak der mood nak mengarang..huhuhu ...kepala ni berserabut rasanya, banyak sangat benda yang perlu difikir. Gambar semua ibu peram dulu  bagi jadi pekasam lepas tu baru nak update.Okeyla  kita sambung cerita yea...cuti sekolah yang lepas tak ke mana pon duduk diam-diam jer kat rumah sampai bosan..hahaha...hujung minggu sebelum sekolah buka, kebetulan Mr. Sirpool nak amik barang kawan di Taiping..dah alang -alang sampai Taiping kita ke Muzium Perak Pulak la...dah lama tak ke situ. Rasanyer last ibu masuk muzium tu masa zaman sekolah dulu...lama betul kan...selalu ke taiping kita lepak-lepak kat tepi taman tasik jer.jom layan gambar...Gambar yang kat atas tu Akeef  kat play ground area muzium.
Ini la Muzium Perak. Kalau berminat nak ke sini senang jer, bangunan terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Muzium Perak, Taiping dibina pada 1883 dan merupakan muzium yang pertama Malaysia di tubuhkan.
Muzium Perak
Sumber gambar: ehsan daripada pakcik google.

Direkabentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris yang didatangkan khas dari England. Beliau mengaplikasi gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat ‘moor’ di India serta mengabungkan gaya klasik seni bina neo-classical dan Victorian masyarakat Eropah. Memang cantik Rekabentuknya. Terdapat 4 galeri didalamnya. Untuk masuk ke sini bagi dewasa dikenakan RM 2 sahaja dan kanak-kanak bawah 12 tahun dan beruniform sekolah adalah percuma. Jom tengok Aneesa berposing di bahagian luar muzium. Time ni Anna baru jer bangun tido so masih mamai -mamai lagi janji mimpi la nak disuruh bergambar..memang jawapannya TAK la...gigih betui Aneesa nak bergambar, time ni memang panas terik sangat...ibu pon layan jer la, nanti merajuk pulak.





Masa kami ke sana sedang ada pameran seribu wajah. Bermacam Topeng dipamerkan dan cerita disebalik wajah topeng tersebut. Ibu tak sempat nak baca semuanyer...al maklumla bawa askar askar kecil.Pamernan ni berlangsung sehingga Jun 2015..so bagi sesiapa yang berminat boleh la berkunjung ke sana.
Pelbagai bentuk topeng dipamerkan.
Kemudian kita masuk ke bahagian yang mempamerkan pelbagai haiwan. Yang di atas kepala nica tu adalah rangka Gajah. Memang besar gajah ni.
Macam -macam lagi ada dalam muzium ni, panjang kalau nak cerita...ampa pi la tengok sendiri. Memang best, banyak benda yang boleh dipelajari.
Di sini juga terdapat Galeri Orang Asli & Tembikar.

Gambar di atas menunjukkan salasilah Orang Asli mengikut negeri. Di sini ampa boleh tengok macam mana bentuk rumah orang asli, peralatan apa yang mereka guna..banyak benda yang boleh kita pelajari.okey la....dah terlampau panjang rasanya entry ni...Tatata dulu yer...






6 comments:

  1. saya suka masuk muzium..tgk barang2 sejarah...
    antic, classic, rare...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ha ...banyak benda yang boleh kita pelajari.

      Delete
  2. Sangat bagus kalau boleh bawak anak-anak ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak memang suka tempat -tempat macam ni.

      Delete
  3. pernah p masa lawatan tadika anak dulu2..

    ReplyDelete
  4. sekarang sebab aktif dengan group, memang rajin laa update blog..

    ReplyDelete