Thursday, 12 July 2012

Fareware Diana

Sebelum Diana pindah ke Ipoh, kami adakan fareware kat dia. Kami pon bawa dia gi makan-makan kat The Ridge, Batu Kawan.
Ni la orang yang diraikan Diana @ mummy zara (panggilan Nica)
Ni kat depan The Ridge. The Ridge ni terletak bersebelahan Jeti nak ke Pulau Aman . Tempat ni buka dari pukul 5 ptg sampai kul 12.00 mlm. Kat sini layanan ala-ala hotel. kat sini selain makanan thai, Chinese food, ada macam-macam lagi, satay pon ada.Harga boleh tahan.makan pon sedap.

 Nica berposing dengan hp mummy zara .dia bukan boleh tgk hello kitty.suka giler.
 Ibu dengan Nica (Ayah kerja malam so tak boleh join, Anna pulak kena tinggal kat umah opah)
 Suasana kat dalam The Ridge
 maaf la yer, gambar tak memuaskan almaklum la kamera murah jer. Bila duduk kat sini kita boleh nampak laut, Jambatan Pulau Pinang, Pulau Aman,Kapal terbang turun naik.tapi yang best kat sini sunyi...
Semua muka cuak jer sebab tengah menunggu makanan, sementara tunggu makanan ibu bawa nica round kat situ dan terjumpa la benda alah ni, nica pon apa lagi, melompat keriangan la...naik main ibu..naik main...




Lepas naik kereta, nica nak naik moto yang chomel ni pulak..ibu pon layan jer la, karang tak pasal-pasal dia buat konsert kat situ.
bukan main anak ibu ni, pantang disuruh posing...pusing punyer pusing akhirnyer makanan yang di order pon sampai., masa yang ditunggu-tunggu.

Ini menu bertemakan makanan Thai
dan yang ini pulak bertemakan Chinese Food, sup tu sgt la sedap
Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa, memang sedap
Tauhu Jepun yang dimasak bersama sos tiram

Fun fries dan nuget untuk nica

Tuan empunya blog sedang berposing bersama makanan
tengok tu kan main suka cik linda tu bila benda yang dinanti-nanti telah sampai di depan mata
ni dia muka orang yang dah kenyang. semua licin, mesti suka tukang cuci pinggan ni sebab senang nk dicuci.

Ini wife En.Din yang sebelah tu la  En.Din 
Selamat sudah ikan ini dikerjakan oleh kami..lalalalala..( mood ceria)

Petua Untuk Melembutkan Daging

Geram betui hari ni pc ibu rosak pulak, uuuuwaaaaaa....tak boleh nk update panjang-panjang. Hari ini nk bagi petua macam mana nak melembutkan daging, memang lecehkan klu terpaksa menguyah lama-lama, nak pulak dihadapan orang. Mahu merah pipi malu dibuatnyer nak dibuang orang pandang so terpaksa la menguyah jugak. Begini caranyer 
Daging  hendaklah dipotong mengikut saiz yang kita suka dan dibersihkan terlebih dahulu. Ibu maksudkan ni daging segar yer yang dibeli terus dari pasar bukan daging dari peti ais yang beku. Kalau daging yang beku handaklah direndam dalam air terlebih dahulu. Kemudian ambil beberapa akar dari pokok pandan dan direbuskan bersama daging yang telah dipotong sehingga lembut then bak kata orang putih bila daging tu sudah lembut boleh la dimasak mengikut resepi yang kita suka.

Sumber Gambar : dari pakcik Google

akar dari pokok ini la yang ibu maksudkan. Daunnyer selalu orang guna untuk buat bunga rampai dan dalam masakan. Rasanyer semua orang kenalkan daun pandan..Selamat mencuba.....

Monday, 9 July 2012

Sepetang di Batu Feringghi, Penang

Lepas balik dari Laketown, keesokan harinyer ayah ajak gi Batu Feringgih. Ayah cakap Nica nak main pasir laut...ibu tau ni sebenarnyer tektik ayah yang nk g berkonvoi next week..ni kira sesi membodek ibu la..ayah bawa g jalan-jalan...hihikk...Jom kita layan gambar di tepian pantai...

ni adalah trade mark nica, setiap kali ibu nk snap gambar mesti tgn tu akan buat 'peace' dengan 'rock'..




Ni plak si kecik Anna yang sangat nakal, suka sangat menyakat kakak.



 Tgk tu dua-dua dah tak sabar nk main pasir, ibu ambil gambar pon tak nak pandang kamera.











aduhaiiii kakak, sian ayah...tak mo turun sebab takutkan ombak yang agak kuat hari tu
Si adik ni plak memang seorang yang berani, semua benda dia nk try..walaupon ombak kuat dia rileks ja, jalan-jalan dengan ayah.
yeayyy...ada jugak gambar ibu dengan anna..saya suka, saya suka..hihihikk..thanks ayah tolong amikkan gambar ibu. selalunyer g jalan mana-mana gambar ibu yg kurang sebab ibu tukang amik gambar.

gambar agak gelap disebabkan cuaca yang berjerebu. awan pon macam mendung jer...
On the way nk balik Tok Wan ajak singgah Masjid Terapung kat Tanjung Bungah. ...Deco masjid ni mmg cantik..sempat lagi anak si kecik ibu berposing.
 Sementara tunggu Tok Wan ngan ayah solat, ibu kena ler jaga dua org budak tomei ni...nica tetap nk usung gitar dia, kak main gitar, adik menari...so sweet.
Cuba teka dua beradik ni tgh buat ape??...hahaha lawak la anak-anak ibu ni...kakak dengan adik tgh intai bot2 kat laut...bila dok kat masjid ni nampak view laut dengan angin laut yang sgt best untuk dilayan..
pas g masjid...ayah ajak makan dulu sebelum blk nibong tebal, kami pon singgah makan kat tepi laut jugak kat Padang kota Lama...memang ramai giler orang....kat sini macam-macam ada..pasembor, laksa, char koy teow, laici kang, sotong kangkung byk lg....ibu makan laksa dengan pasembor mmg best..harga pon bleh tahan, gambar ibu lupa nk amik disebabkan lapar tahap gaban rasanyer...klu nk try mai la Penang...


Laketown Resort, Bukit Merah Part 2

                     Jom kita layan apa lagi yang ada di sekitar Laketown Resort

                                                                        

                                                Dua ekor gajah yang chomel...


                                                                                                              





                                        macam-macam mainan ada kat sini


                                                                          
                                               Adik dengan Kakak yang tak mo blk





   Geram tengok patung-patung  yang  comel ni, klu nak patung ni kena main    games dulu,  dh try main tapi GAGAL..huhuhukkk .. tgk org main mcm senang jer...


 ni antara salah satu games yang kena main untuk dapatkan patung yang     comei itu :P

                                 ok sampai disini saja....hihihikk

Laketown Resort, Bukit Merah Part 1

haii semua...ni citer dua minggu lepas..ayah bawa ibu sekeluarga g mandi manda kat Laketown Resort...apalagi bukan main suka la nica ngan anna nk mandi kolam, sampai tak ibu tak larat nk kepong (bahasa utara)..hihiikk..jom kita sama-sama layan gambar anak-anak ibu riang ria di sana...


                                          masa ni ni nica dh tak larat nk main dlm air


ni la Jeti ke Pulau Orang hutan, kami tak g pon sebab hari dah nk mlm...huhuhukk..mungkin lain kali klu ada rezeki...kita sambung Part 2 okey...ibu ada keja sikit nk di buat..

Thursday, 5 July 2012

Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah

salam semua...ibu harap semua berbahgia disamping keluarga tersayang...walaupon pg ini mood ibu tak seceria sang mentari, pagi sampai kat opis ibu terbaca satu blog, ni ha blog nyer http://feryco.com/petua-8p-ustazah-siti-nurbahyah byk petua-petua untuk pasangan suami isteri....byk ilmu yang boleh kita dapat...minta izin yer tuan empunya blog saya kongsi di sini untuk peringtan diri sendiri dan kawan sekalian..

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

* Agak-agaknye ada berapa 'P' la yang kita selalu amalkan?