Geram betui hari ni pc ibu rosak pulak, uuuuwaaaaaa....tak boleh nk update panjang-panjang. Hari ini nk bagi petua macam mana nak melembutkan daging, memang lecehkan klu terpaksa menguyah lama-lama, nak pulak dihadapan orang. Mahu merah pipi malu dibuatnyer nak dibuang orang pandang so terpaksa la menguyah jugak. Begini caranyer
Daging hendaklah dipotong mengikut saiz yang kita suka dan dibersihkan terlebih dahulu. Ibu maksudkan ni daging segar yer yang dibeli terus dari pasar bukan daging dari peti ais yang beku. Kalau daging yang beku handaklah direndam dalam air terlebih dahulu. Kemudian ambil beberapa akar dari pokok pandan dan direbuskan bersama daging yang telah dipotong sehingga lembut then bak kata orang putih bila daging tu sudah lembut boleh la dimasak mengikut resepi yang kita suka.
Sumber Gambar : dari pakcik Google
akar dari pokok ini la yang ibu maksudkan. Daunnyer selalu orang guna untuk buat bunga rampai dan dalam masakan. Rasanyer semua orang kenalkan daun pandan..Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment