Tuesday 24 July 2012

Menu Berbuka HAri kedua Berpuasa

Assalamualaikum semua..rasanyer masih tak terlambat ibu nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam. Dah seminggu ibu tak update blog ni...sibuk sgt dengan kerja bila dirumah sibuk dengan kerja rumah dan  anak -anak pulak. Anak ibu Aneesa tak berapa sihat..asyik batuk je malam-malam. Ibu doakan anak ibu supaya cepat sembuh....oklah berbalik pada tajuk hari ni  menu berbuka untuk hari kedua berpuasa. menu untuk hari pertama ibu lupa nak amik gambar. Azam puasa tahun ni nk masak sendiri lauk pauk, serik rasanyer tahun lepas anak ibu keracunan makanan. Ibu masak yang simple jer mana yang sempat.Hari ni ibu kongsi resepi yang ibu masak. Lepas masak just terus masuk pinggan tak sempat nak hias bagai..


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan
 6 ketul ekor Ayam (ikut keperluan)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
daun kari
2 biji kentang
1inci halia (dihiris )
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
Serbuk kari daging ( dibancuh dengan sedikit air)
santan
kerisik
2 keping asam keping
garam,gula & perasa ( ikut selera masing2)
minyak untuk menumis

Cara-caranyer:
Panas minyak tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik aroma dan bawang kekuningan. Selepas tu masukkan rempah kari daging, masak sehingga pecah minyak, rempah ni kena selalu dikacau supaya tidak hangit dan api yang diguna tak terlalu kuat. setelah rempah pecah minyak masukkan santan, biarkan mendidih dan masukkan ayam bersama ubi kentang.  kalau yang nak kan kuah terlalu pekat boleh tambahkan air. Masak sehingga ubi kentang Lembut. Masukkan  kerisik dan asam keping ( klu tak suka tak perlu masuk) kemudian perasakan gula, garam dan perasa. dah siap so boleh dihidangkan.

 Sambal Belacan Tempoyak

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
8 biji cili padi (klu nak pedas boleh tambah)
belacan
garam & gula
belacan
tempoyak

Cara-caranyer:
 Cili di patah-patah dan dibersihkan biji (ibu tak suka biji ), masukkan ke dalam lesung tumbuk hingga lumat, kemudian masukkan belacan, garam, gula tadi dan disambung menumbuk.Kemudian boleh disudukan ke dalam piring,amik tempoyak letak kan seperti gambar di atas. masa nak makan baru ibu gaulkan. memang sedap klu dimakan dengan ulam -ulaman.gambar ulam ibu lupa nak amik..huhuhukk..
         Terung Goreng Bilis

1 biji terung panjang
1 biji cili merah ( klu suka pedas boleh tambah )*
2 ulas bawang merah* 
ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis ( klu ditumbuk lagi sedap) 
1 sudu jintan manis*
1 sudu jintan putih*
sedikit santan pekat
garam, gula & perasa
minyak 
Cara-caranyer
Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk atau dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau masukan ikan bilis ( ibu tak tumbuk bilis). kemudian masukkan terung goreng sebentar dan masukkan santan pekat. Biarkan seketika masukkan garam, gula dan perasa mengikut selera masing-masing. Klu suka Bawang besar boleh la ditambah hirisan bawang besar. Kacau sebentar dan boleh la dihidang.


Roti Gulung Sardin

Bahan-Bahannyer:
 8 keping roti Gardenia
 1 tin Sardin Cap Ayam
1 biji bawang Holland ( dihiris)
sedikit cili padi ( dipotong)
2 biji telur
2 biji limau kasturi ( ambil airnye saje)
sedikit tepung gandum
Serbuk lada hitam
garam
minyak

Cara-caranyer:
Roti Gardenia dicanai dan ketepikan. Untuk membuat inti masukkan sardin ke dalam mangkuk dan lenyekkan hingga hancur. Kemudian masukkan bawang, cili padi, air limau dan garam ke dalam mangkuk tadi dan digaul hingga rata. amik roti gardenia letakkan inti diatasnyer dan gulung, dihujung roti sapukan sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya gulungan roti tak terbuka. setelah siap mengulung ketepikan. Amik telur dan pukul bersama serbuk lada hitam (letak garam sedikit klu tak nak letak pon tak per) sebab inti dah ada garam. Kemudian amik roti yang telah siap digulung celup ke dalam telur boleh la digoreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. SIAPPP....senang kan..


2 comments:

  1. wow banyaknya masak, kami 2nd day masak ikat merah buat 3 rasa dengan sambal kicap ayam jer...huhu x dan..baju banyak nak jahit

    ReplyDelete
  2. Hari cuti boleh la masak lebih sket...klu hari keja masak yg senang jer.

    ReplyDelete