Sunday, 22 June 2014

Colmar Tropical, Bukit Tinggi Part.1

Percutian kita kali ni di Colmar Tropical, Bukit Tinggi, dah lama teringi nak ke sini. Akhirnyer tercapai jugak hasrat di hati...tak sabar nak terjah bangunan-bangunan yang cantik-cantik kat sini. Terima kasih Mr. Sirpool sebab bawa saya dengan anak-anak ke sini.Di atas tu adalah enterence masuk. So kita beli tiket dulu.
Bayaran masuk bagi dewasa seorang RM 12..Kanak-kanak seorang RM 8.
Landskap yang sedap mata memandang.
 Nampak tak bangunan tu..tak sabarnyer nak masuk. Kat bangunan tu ada hotel dan tempat meletak kereta. Hotel tu ibu tak ingat nama. Sebab kami tak bermalam pon di situ. Terasa macam kat oversea pulak..hihihikk.
Selepas parking kereta di bangunan tadi..kita perlu berjalan kaki untuk ke sini.
Apa-apa pon kita posing dulu...kalau datang kat sini gambar wajib mesti bergambar dihadapan bangunan ni. Bangunan kat sini semua cantik-cantik.
 

 

 

 
 Dah Besar Anak sulung ibu ni.
 
 Masa ni ibu mengandung 7 bulan.
 
 

Pemandangan yang sangat cantik. Kebetulan masa ronda-ronda ada show...memang meriah.
Bagi yang nak ronda-ronda bolehlah naik lori ni .Kalau nak guna kereta sendiri pon boleh. Kalau tak salah setiap setengah jam sekali lori ni ulang alik amik penumpang.
Ini tempat menunggu lori yer kawan-kawan.
Cenderhati untuk kawan-kawan.
Jumpa part 2 pula yer..ok bye.

Tuesday, 17 June 2014

Cendol Bakar @ MRR2

Panas-panas kalau pekena cendoi memang best...Kebetulan masa nak mengisi minyak ibu ternampak Drive Thru Cendol Bakar @ MRR2..Apa pon kita isi minyak kereta dulu dan kebetulan jugak kami terjumpa adik Mr. Sirpool yang nak balik ke UIA so ajak dia join sekali...Cendol Bakar MRR2 ni terletak di Taman Melati menghala ke Gombak. Kebiasaanye Restoran makanan segera jer yang ada Drive Thru, tapi sekarang ni cendol pon dah ada Drive Thru. Jom kita try...
Kedai Cendol ni terletak berdekatan dengan stesen minyak Shell dan bersebelahan dengan used car. Selain cendol ada jugak gerai menjual laksa dan mee.
 Model Cendol Bakar...hihihikk...ni kalau Mr. Sirpool baca mau kena ketuk kepala....
 Nica dengan Pak Njang..time ni Anna tengah dibuai mimpi...
 
 Memang sedap la cendol kat sini...ibu suka cendol durian....ermmm...Bagi peminat cendol silalah cuba...memang tak menghampakan. So Yummy ...kata Nica.





Cerita Pantai merdeka

Cerita pantai merdeka...Rasanyer ada la 2-3 kali datang sini...Kebetulan ada kenduri kahwin di Kota Kuala Muda so kami anak beranak pon singgah la di Pantai Merdeka...memang dah banyak berubah..teringat masa sekolah menengah dulu. Kat pantai ni la ada suprise besday ibu..cikgu ngan kawan-kawan buat...memang terkejut masa tu...memang best sangat. Masa tu ibu join perkhemahan di Pantai Merdeka. Sekejap jer masa berlalu dah berbelas tahun berlalu...dah banyak perubahan...sekali sekala rileks- rileks di tepian pantai best jugak...sambil layan anak-anak bermain. Dekat sini ada juga chalet yang boleh disewa...gerai-gerai makan pon banyak.Kawan-kawan ibu bagitau Ais Kacang kat sini memang best...Bagi yang ingin memborong ikan kering,ikan bilis dan macam-macam lagi hasil laut boleh la menyewa bot ke Tanjung Dawai. Bagi Anak-anak ada banyak playground kat sini.
playground memang tak boleh dipisahkan dengan anak-anak. So ibu layan dulu anak-anak bermain. Anna suka betul ngan buaian ni..klu bahasa utara buaian dipanggil 'Ndoi'...baru la ke pantai.
Lepak-lepak sambil makan keropok lekor dan air kelapa, memang terbaiks...
Macam-macam gaya berposing..nanti besar ibu tunjukkan blog ni kat kamu berdua...
Masa dulu-dulu tak dak lagi tembok ni...
ishkk...budak sorang ni,macam-macam mimik muka dia buat...
Nica dengan tok wan..
Hihihiikkk...layan anak-anak bergambar.


Suasana di Pantai Merdeka.
Okeylah, peace from Nica...Tata..

Pulau Pangkor Lagi....

Assalamualaikum semua...lamanyer tak berceloteh kat blog ni...rindunyer...banyak cerita nak story...tak kira la..walaupon cerita dah basi..ibu tetap nak nk simpan dalam blog ni..sebagai kenangan..sejak tau pregnant ..tengok blog pon malas...rasa macam malas jer....so duduk diam-diam dan buat jer kerja hakiki...meh nak citer...kali ni ke Pulau Pankor dengan kawan-kawan opis...riuh rendah bila ramai-ramai...sangat best..time ni aneesa demam..nak batal kesian pulak kat kawan-kawan...so teruskan jugak hasrat nak bercuti. Badan Aneesa panas sangat masa tu..so ibu masukkan ubat ikut montot dia...kejap jer dah sejuk...Bagi yang nak ke Pulau Pangkor better naik feri di Jeti Marina Island...Harga Rm 10 jer seorang. Orang pon tak ramai, tak payah nak bersesak-sesak macam kat Jeti lama.
 Ini la rombongan Cik Linda ngan the geng...
 Malunyer muka ibu mengandung tu sangatla bolatt..sila abaikan...memang cantik la Jeti Marina Island ni..kat sini jugak boleh parking kereta untuk ke Pulau Pangkor...Tempat parking pon luas...harga lupa la plak...al maklum la dah tua ni...Kali ni kami bermalam di chalet Teluk Nipah...Kat sini nak cari makan senang..just jalan kaki jer untuk ke gerai-gerai makan...memang banyak...gerai di tepi pantai....
 Aktiviti wajib bila ke pantai....main pasir...
 Mak Buyung yang dah tak larat nak bergerak, duduk sambil layan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Kat Pangkor macam biasa la kita sewa motorsikal ronda-ronda...
 Mr.Sirpool tengah layan-layan anak-anak main pasir....
 Budak demam pon nak main pasir...
Best woo..main tepi pantai...
 Ayah dan Ana
Ibu dan Nica
 
Dalam bot nak ke Jeti Marina Island...nasib baik amik feri di Jeti Marina, tak payah nak beratur panjang.....k lah...nanti kita story lagi yer.

Tuesday, 25 February 2014

Alamanda

Assalamualaikum semua...sebenarnyer cerita ni dah lama...masa cuti sekolah bulan disember lepas..tak kira la..walaupon dah lama..ibu tetap nak update sebagai kenangan kan...rasanyer cuti sekolah kali ni yang paling best..jalan sakan...dari Penang ke Kajang rumah mak long...selama 4 hari kat umah mak long, sempat la kita ker alamanda jalan-jalan dan makan-makan. Pastu ke Nilai shopping-shopping. Tak banyak gambar yang ibu snap..memandang keadaan ibu yang dh 7 bulan ni..malas rasanyer.selepas 4 hari di kajang...kita sekeluarga ke Bukit Tinggi...kemudian terus ke Kuala Lipis dan seterusnyer ke Cameron Highlands...nanti entry yang akan datang ibu update yer percutian kita di Bukit Tinggi.

 Gambar Anna dan nica di Alamanda ...selepas makan-makan @ Jhonny's Restaurant..Pak long belanja..memang sangat kenyang.tima kasih yer belanja kami.
k lah..jumpa lagi..bye..

Friday, 3 January 2014

Lepak-Lepak Di Ban Pecah Tanjung Piandang

Assalamualaikum semua...ini cerita hujung minggu sebelum krimas tapi hari ini baru dapat update blog...Mr. Sirpool tak der di rumah so tinggal kami 3 beranak jer...bosan giler asyik mengadap tv, facebook..Mr.Sirpool konvoi ke Taman Negara, Pahang. Petang tu opah call ajak lepak-lepak tepi laut...tunggu lagi..kami riang ria la kami 3 beranak, cepat-cepat siap. Pastu opah mai amik kat rumah....

 Ini la first time sampai kat sini...selalu ibu dok dengaq cerita jer...best jugak lepak-lepak tepi laut ..sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa dan menyuap rojak ke dalam mulut, sangat la heaven rasanyer..
 yang best kat sini ada pemandangan laut dan sawah padi. Rasa tenang sangat...
 Bukan main suka anak-anak ibu...
 Budak yang suka sangat menyegak dan sangat la banyak bercakap sejak dua menjak ni.
 Buah hati pengarang jantung ibu ni...ibu sayang sangat-sangat kat kamu berdua.
okey la..jumpa lagi...bye...