Monday 8 April 2013

Cerita minggu lepas @ sunway carnival


Assalamualaikum.. Mr.Sirpool ajak temankan dia ke Sunway Carnival di Seberang Jaya kerana pukul 7.00 mlm ada Dinner First Solar Malaysia Sdn. Bhd di sana. Cadangan awal just nak bagi kupon cabutan bertuah kat kawan..last-last minit nak join pulak dinner. Dinner hanya untuk staff sahaja. Ibu ngan anak-anak kena la cari tempat yang sesuai.Ibu pon ronda-ronda la kat bawah kot-kot ada playground.Sekali terjumpa la tempat ni..Lepas Mr.Sirpool bayarkan kami anak beranak melepak-lepak disitu sementara menunggu Mr.Sirpool.. Ibu dah lupa nama tempat ni tapi tempat ni terletak di tingkat 2 kalau tak silap sama level dengan cinema. Tiket untuk masuk ke dalam ni RM 13 seorang, untuk peneman RM 6. Pastu ada syarat wajib masuk ke sini iaitu mesti pakai STOKIN, kalau tak dak kena beli dengan harga sepasang RM 2.50. So untuk total malam tu Mr.Sirpool kena bayar RM 40. Agak mahal jugak la..Tapi nak buat camner kan...tak kan nak pusing shopping complex sampai kul 9.00 malam. Mau tercabut kaki ibu ni nak mengejar dua orang kanak-kanak milo ni,yang tersangat la cergas berlari. So ibu amik keputusan lepak jer tempat ni, boleh rehat tak payah nak main kejar-kejar dengan dua orang kanak-kanak milo ni . Kat sini tak perlu risau sebab kelilingnyer semua ada jaring dan anak-anak tak boleh keluar ikut belakang. Hanya satu pintu jer disediakan yang terletak dihadapan...So kira keselamatan terjamin la..Tapi ibu ni tetap pantau anak-anak ibu..
Berenang dalam ribuan bola yang berwarna warni.



 Eeee...spider


 Piano ni bila dipijak berbunyi..
 " Meh kakak amik gambar anna"..Kat sini bila kita pijak kat tapak kaki kamera tu akan keluar flash.
 Tempat melompat..masa ni dua orang budak ni dah kepenatan melompat..

 



 
Ingatnyer sapa-sapa yang nak bermain di sini sila la bawa stokin bersama...hihihikk..Setelah penat bermain Nica cakap dia lapar..so kami anak beranak pon keluar dari tempat itu..hihihikk..dan mencari makanan. Nica cakap nak makan Pizza Hut..Ibu pon bawa la dua orang budak ni makan pizza. Masa nak ke Pizza Hut ibu terjumpa satu kedai yang didalamnyer terdapat pelbagai benda-benda yang comel-comel..
 Kita bergambar dulu. Lepas bergambar kita terus ke Pizza hut..Orang agak ramai malam tu, terpaksa la tunggu lama..Gambar makan-makan tak dak disebabkan ibu terlupa snap, sibuk melayan budak berdua ni.
Comel kan..bagi peminat kitty mesti meleh air liur tengokkan..nasib baik la malam tu Nica dan Ana baik-baik jer, tak der nak mintak-mintak kitty..fuhhh...lega..Good anak-anak ibu ni..Klah..sekian dulu yer..

No comments:

Post a Comment