Selamat petang semua..rasanyer dah seminggu dah blog ibu tak terusik..sibuk dengan pelbagai urusan..di opis kerja bertimbun sampai ke bawah meja pon ada dokumen yang perlu di settel..dirumah pulak tetiba Wifi TM ibu tak boleh guna...semalam buat report hari ni dah boleh guna.tu la antara sebab ibu tak update blog. Okey la...sambung cerita kita balik..cerita di hari sabtu. Nica ajak ibu dan ayah naik feri. Sian kat dia tak pernah naik feri. Selalunyer pergi ke Pulau Pinang kita just guna bridge lebih dekat dengan rumah kita. So ibu dan ayah yang baik hati ni pon bawa la dua budak comei ni naik feri, masa pergi pulau kita ikut bridge dan bila nak balik ke tanah besar kita guna feri. Kita tak ke mana pon just dok dalam kereta dan ronda-ronda.
Jambatan Pulau Pinang
Marina Bay
Masa ni tengah beratur tunggu feri.
Dah besar pon anak ibu ni.
Kereta sedang bergerak masuk ke feri.
Pemandangan yang sempat ibu amik, gambar KOMTAR tempat kerja ibu selama setahun tiga bulan. Penat ooo..berulang hari-hari ke Penang.
Ayah dan ana tengah layan pemandangan laut.
Nica yang sangat teruja boleh naik feri.
Suasana dalam feri.
Bestkan Ana..Gambar diambil oleh nica..hihihikk
Begini la rupa feri yang kita naik hari itu..okey sekian dulu yer..nak sambung buat kerja..Tata..
No comments:
Post a Comment