Wednesday, 17 April 2013

Keburukan Minuman berkarbonat


Sumber Gambar: En. Google

Semalam semasa jalan-jalan kat Econ save ternampak Majalah mingguan wanita yang covernyer gambar Sharifah Sofea  dan Azza Elite.So ibu pon sambar la satu, dah lama tak membeli majalah kan..dalam majalah ni ibu terbaca satu artikel tentang keburukan minuman bikarbonat. Tergerak hati untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua. Minuman yang sedap dan mampu memuaskan rasa dahaga menyebabkan minuman bikarbonat masih jadi pilihan meski pun tidak punya khasiat. Jangan amalkan minuman ini kerana ada banyak yang menanti.

1. Menaikkan Berat Badan
Minum satu tin air bikarbonat setiap hari dalam sebulan akan menaikkan berat badan sebanyak     setengah kilogram.

2.  Tidak Ada Nilai Gizi
Ketika kehausan atau setelah berpuasa, tubuh memerlukan cairan yang bernutrisi. Air minuman bikarbonat tida mengandungi nilai gizi di dalamnya.

3. Meningkatkan Risiko Diabetes
Kadar gula yang tinggi di dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko anda untuk menhidap diabetes.

4. Menyebabkan Osteoporosis
Meminum minuman ini dengan kandungan kalsium rendah, anda berisiko terkena osteoporosis

5. Merosakkan Gigi
Kandunagn sebatian soda mampu mengikis dan merosak lapisan enamel gigi, menyebabkan gigi jadi mudah berlubang dan rosak.

6. Risiko Kerosakan Buah Pinggang
Orang yang gemar minum minuman berkarbonat berisiko lebih besar terkena batu karang serta kerosakan pada buah pinggang.

7. Menyebabkan dehidrasi
Kadar kafein dan gula dalam minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi.

3 comments:

  1. mmg banyak yg tak elok pun.. so baik hindari je kann

    ReplyDelete
  2. a'ha..banyak yang tak elokkan..takut pulak baca keburukannyer..

    ReplyDelete