Thursday, 8 January 2015

Cerita Cuti Sekolah

Macam Geng Bas Sekolah Tak??? Budak-budak minat giler dengan rancangan Geng Bas Sekolah kat Astro Ceria tu,sampaikan bila ibu nak ambil gambar pon berposing ala-ala Geng Bas Sekolah. Pengaruh TV betui..cuti sekolah baru-baru ni kita anak beranak tak kemana pon. Mula rancang memang nak bawa anak-anak pi jalan-jalan kat Melaka. Tapi memandangkan musim hujan, tak jadi la nak ke Melaka. Kita balik kampung sudah la tengok Tok dengan Tok Wan. Apalagi anak-anak ibu dok menghitung hari jer la nak balik kampung sebab nak jumpa sepupu.  Mak Long pon balik kampung. Macam biasa la kan, kalau balik kampung mesti nak ke Pusat Sains Negara. So Pak Long pon angkut kita semua naik satu kereta pi ke sana. Main la puas-puas.
 
Ni benda pertama yang depa terjah. Habis semua button depa tekan. Suka tengok, happy sangat depa bila berjumpa.
 Meh nak kenal kan mula dari sebelah kiri Atilia, Arrisa, Aneesa, Awiys dan Anna. Awiys dengan anna sebaya, Aneesa dengan Arissa sebaya. tetapi anak-anak ibu rendah sedikit sebab lahir hujung tahun kot..sepupu depa lahir awal tahun. ehh..boleh pulak mcm tu..hihihikk...suka ati ibu je buat kenyataan.
 Masa ni Anna tengah merajuk katanya 'depa tak mo kawan dengan Anna'. Hahahaha....Anna ni sensitif tahap gaban punyer..kena banyak bersabar.
Dua beradik berseluar belang.
Masa ni ada show, bukan main berani duduk kerusi depan sekali.
Sorry la gambar tak cantik. Guna hp murahan jer. Bak kata opismate hp cap ayam.hahahaha...cap ayam pon cap ayam la..janji boleh call sudah.
Ini sebahagian ruang yang ada, ada byk ruang lagi...tapi tak sempat nak amik gambar. Maklum lah sejak beranak kecik ni tak menang tangan dibuatnyer. Okey la...Cukup  la setakat ni dulu...BYe..

Monday, 5 January 2015

Mee Udang Laut Pulau Sayak


Assalamualaikum semua..cerita di penghujung disember. Kalau semua nak tau ibu ni sangat la teringin mee Pulau Sayak ni, dari sebelum pregnant Akeef lagi, sampai la sekarang ni Akeef dah 10 bulan baru dapat merasa mee Pulau Sayak ni. Lama betul kan punya teringin. Selama ni dok dengaq jer cerita orang cakap mee ni sedap. Ibu makan kat kedai Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Kedai ni betul-betul menghadap laut. Permandangan cantik, masa sampai tu matahari baru nak terbenam..
Apa-apa pon amik gambar dulu...ni masa dok tunggu mee yang telah di order. Ramai jugak malam tu. Bagi yang muslim, kalau nak solat ada jer surau yang telah disediakan. So tak yah nak risau nak cari tempat nak solat.
Gambar ni harus ada la kan...anak bapak...sekarang ni Mr. Sirpool berkepit jer la ngan baby boy dia.
Ni ha rupa Mee udang Pulau Sayak. Akhirnyer dapat jugak merasa. Selagi tak bawa ibu mai sini...selagi tu la, ibu dok mengungkit kat Mr. Sirpool..buruk betui perangai. ishkk...bini sapa la kan. hihiikk...jangan ikut tau.
Hari tu order Mee Udang Special 1 pinggan lagi 2 pinggan Mee udang biasa. Mee Udang Special bezanyer udang lebih dan saiz lebih besar. Rasa tu okey la...tapi hari tu kuah dia pedas ...fuhhh....sian kat nica makan isi jer. Ibu lupa nak bagitau jgn pedas budak punyer time order.  Bagi orang dewasa ok la. Mr. Sirpool cakap rasa pon dah lain, maybe tukang masak lain kot. Semua udang tu Nica belasah, ibu makan seekor jer...Mr.Sirpool cakap ayah makan kepala jer. Udang ni memang peberet nica la. Anna makan main-main jer...
Memang mewah dengan udang.
Okey, sekian.

Thursday, 20 November 2014

Jalan-Jalan Pantai Timur Part. 2

Dari Kelantan kita terus ke Dungun, Terengganu. On The Way nak ke Dungun kita singgah di Kuala Setiu pekena keropok ikan  dulu.
 Makan panas-panas memang sedap. Cicah plak dengan sos yang manis tu...perghhh...mak mertua lalu pon tak nampak.
 Masing-masing dah buat muka sekupang...sebab dah tak sabar nak main pasir. Asyik tanya mana pantai, bila kita nak sampai home stay? Kakak tak nampak laut pon...Aduiiii la...sabaq sat no...kita makan dulu. biasa la budak -budak kan ....pot pet pot pet...menuntut janji.
 Suasana kat kedai Keropok tu, kedai bersih. masa kita sampai orang tak dak lagi , maybe awai lagi.Masa kita nak balik baru orang ramai singgah beli keropok. Jauh jugak perjalanan kita hari tu. Habis makan kita terus ke Dungun cari homestay yang ayah booking. Memang sangat selesa homestay ni..harga pon berpatutan.nanti kalau ada kesempatan ibu cerita pasal homestay ni.

Sampai homestay rehat-rehat sekejap...kita siap-siap ke Pantai. Lupa plak nama pantai tu. sampai je kat pantai Nica dengan Ana terus ajak ayah ke pantai. Ibu macam biasa la lambat sikit sebab ada adik Akeef. Ibu, Opah dengan Tok Wan ikut belakang jer.
Sampai je pantai terus letak mainan pasir, ajak ayah main. Kalau bab-bab main pasir ni Mr. Sirpool yang rajin layan.
Kat pantai kita cuma main pasir jer yer, tak dak istilah nak mandi laut. Ibu memang tak bagi anak-anak ibu mandi laut. Sangat bahaya hokeyyy..kamu masih kecik..nasib baik la anak-anak ibu ni penakut dengan air laut. Tuan homestay tu pon dah pesan jangan mandi laut, bahaya. Pantai kat Terengganu ni dalam, ombak kuat. Petang tu aktivi kita main pasir jer sampai senja.
 Suka betul anak-anak ibu. Tengok anak -anak seronok, ibu pon rasa seronok. Sorry la ibu tak boleh main pasir sama sebab nak jaga adik Akeef. Adik kecik lagi tak sesuai lagi kot nak main pasir. Tunggu besaq sikit boleh la join kakak ngan kak cik main okey...
 Mr.Sirpool pon sama naik ngan anak main pasir. 
 Ibu suka tengok gambar kamu berdua time ni. Nampak kamu sangat happy.

Tangan ibu dah lenguh mendukung adik Akeef...sekarang tukaq giliran Opah pulak yang dukung.
K lah..sekian dulu yer...

Tuesday, 18 November 2014

Jalan-jalan ke Pantai Timur Part .1

Percutian kita kali ni ke Pantai Timur. Percutian yang tak dirancang langsung. Macam biasa selepas Mr.Sirpool balik berkonvoi di suatu tempat, mesti selepas tu Mr.Sirpool akan bawa family plak ke situ. Baru -baru ni Mr.Sirpool berkonvoi sakan dengan kawan-kawan bikers ke Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan KL. 

Dah habis konvoi sekarang masa untuk keluarga la plak kan...
Tempat pertama yang kita singgah Kelantan. Dah banyak kali rasanye ibu ke Kelantan, tapi dengan keluarga yang ni first time bawa anak-anak, Opah dan Tok Wan pon ikut sekali. Kali kita bermalam kat Homestay jer, rasa lebih selesa, sebab ramai kan. Tujuan utama ke Kelantan , ibu nak shopping di Wakaf Che Yeh..so kita dapat Homestay yang jaraknyer cuma 600 meter ke Wakaf Che Yeh. Homestay yang kita sewa terletak di Kg. Surau Kota 2. Kat area ni rumah Banglo besar-besar.

Ni Homestay yang kita sewa .Kita amik rumah yang sebelah kiri tu. Sebab yang kuning tu dah ada orang sewa. Kebetulan penyewa disebelah tu kedua-duanye dari Penang. So berborak panjang la ayah malam tu.
Ni bahagian dalam ada ada 1 katil Queen, 1 katil Single, TV, pastu tuan punya homestay dah sediakan Toto, Tilam, bantal yang lebih. Harga cuma RM 150.
Masuk jer dalam 3 orang budak comel ni terus landing atas katil minta di ambil gambar.
 Selalu berduakan sekarang dah bertiga. Dulu gurl-gurl jer sekarang dah ada boy boy penyeri keluarga kita. Sampai di Kelantan dah malam..rehat-rehat kejap kita keluar cari makan dan ke Wakaf Che Yeh. Bila dah sampai sana dah tak tau nak beli apa, banyak sangat barang yang dijual. Kalau ikut hati semua nak beli.
Ini gambar ehsan dari Google. Ibu tak sempat nak snap. Mana nak sempatnyer, tangan nak kena pengang anak-anak. Ibu ngan opah just beli kain pasang dengan tudung, pastu beli baju kat anak-anak.
 Keesekoan paginyer aktiviti kita memetik buah dokong. Kat homestay yang kita duduk ni ada banyak pokok dokong. Tuan punya homestay dah pesan, kalau nak makan dokong esok amik la. Siap suruh amik tangga lagi, Gunting buah pon dah disediakan. Baik sungguh hati dia..best sangat. Masuk jer pagar kita akan nampak pokok-pokok dokong. Memang lebat buahnye.
 Bestkan kalau satu hari kita ada dusun kecik macam ni kat depan rumah. Insyallah ...
 Buah kekuningan...kita amik kat bahagi bawah jer. Malas la nak panjat-panjat tangga.  Cukup la setakat merasa. Manis buahnyer.
 Nica suka betul dapat petik sendiri. Ayah dia la yang tolong angkatkan. Kalau suruh ibu..No..No...ibu baru bersalin, tak boleh angkat berat-berat. Kukuhkan alasan ibu..hihihikk


 Di Kelantan cuma ke Wakaf Che Yeh jer...keesokan paginyer ke terus Bertolak ke Terengganu. Nak makan Kopok Losong....
 Jalan ke Kota Bahru, Kelantan. Ternampak signboard besar Fareeda, cantik betulkan Mawar. Klah nanti kita sambung cerita kita di Terengganu  pulak. Tatata...


Monday, 17 November 2014

Mencukur Rambut Akeef Sufi

Akeef dilahirkan agak banyak jugak rambut, so ibu bercadang nak buang rambut asalnyer. Rambut yang tumbuh dalam kandungan ni bukannya tahan pun, lambat laun dia akan gugur sendiri. Orang cakap kalau kita buangkan rambut ni banyak kelebihan. Seperti dapat pahala, rambut yang baru tumbuh lebih cantik, bayi akan jadi bijak  dan mata bayi akan jadi lebih terang. Ibu pun contact la Cik Nah, dulu Cik Nah ni berkerja satu office ngan ibu.
Alhamdulillah masa mencukur rambut Akeef, dia baik-baik sahaja..tak menangis pon. Sebelum proses mencukur rambut Cik Nah dah bedung Akeef terlebih dahulu dengan kain batik supaya baby tak terkejut.
 Memang perlu berhati-hati...kulit bayi kan lembut. Meh ibu syerkan artikel yang ibu pernah baca..Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda : " Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama".(Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838) Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat tumbuh.Di dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai "bersihkan kotoran", yakni hadis : Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah ( yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotoran (yakni mencukur rambut )."(Shahih al-Bukhari, no :5472, Fath al-Bari, jld.27, ms.24).

ha...dah botak pon kepala baby boy ibu. selepas dah botak kepala ni cik siap bagi mandi lagi baby boy ibu ni...k la sampai sini dulu yer...



Thursday, 25 September 2014

Pengalaman bersalin Baby boy

Assalamualaikum semua...dah lama sebenarnyer ibu nak update pasal kelahiran anak ketiga ibu ni. Tapi asyik tertangguh jer...banyak benda yang perlu di selesaikan....sampai la sekarang..baby pon dah berusia 6 bulan baru la dapat update.  Walaupon dah 6 bulan ibu tetap nak update di sini sebagai kenangan. Masa checkup 7 bulan  doktor dah bagitau ibu akan bersalin secara scer disebabkan Nica dan Anna ibu bersalin secara scer so yang ketiga ni confirm la scer jugak...Macam biasa ibu akan bersalin dengan Pakar Perbidanan Dr.Anuar Husaini .Semua anak ibu menggunakan khidmat Dr. Anuar Husaini cuma hospital jer yang berbeza.

Appoiment sebelum bersalin sepatutnyer 23 Februari 2014, tapi masa pergi kat INS Hospital Dr. Anuar Husaini bercuti sehingga 4 Mac 2014. Alamak ibu dah cuak...takkan nak kena tukar doktor..aduii..husband cakap takper la 4hb kita datang checkup semula..kalau tak beranak la...tapi nasib menyebelahi ibu  tak terberanak awal..hihihikk...sepatunyer due hujung bulan 3, so boleh rileks-rileks lagi kononnyer. Tak dak maknanyer...minggu ni baby dah memang nak kuar rasanyer, sebab ibu dah tak boleh berjalan banyak, seperti  ada benda yang menekan..memang sakit sangat..dalam sakit-sakit tu boleh lagi  ikut husband meronda naik Jambatan Pulau Pinang yang kedua sehari selepas perasmian...hahaha...tak sedar diri betul ..

Seperti yang dijanjikan 4 Mac 2014 pergi checkup kat Hospital INS di Alor Setar, tapi barang-barang ibu dan baby dah siap packing. So doktor pon tetapkan hari bersalin 6 Mac 2014 hari khamis kul 9.00pg, kalau ikut kan  ibu nak 7 Mac disebabkan hari jumaat, lebih berkat orang kata. Suka hati jer kann...pengalaman ibu bersalinkan Nica dan anna memang rasa sakit nak bersalin. So ingat yang ni sama jugak la kan...ohhh tidak sama sekali....baby saya memang dah nak kuar tepat jam 12 malam ibu dah rasa sakit-sakit sekejap-sekejap..mula-mula ingatkan angin kononnyer..boleh tido lagi...berlagak sungguh...pastu sakit tu berpanjangan semakin lama semakin kerap sehingga la kul 4.30 pagi. Ibu terpaksa juga Mr.Sirpool pi hospital takut la kan...sampai kat hospital after check semua ok...so nurse cakap kita tunggu jugak la sampai kul 9 pagi. So bleh berehat kat bilik dulu...nasib baik dapat bilik sorang duduk...so senang la ibu nak angkut anak-anak ibu yg lagi 2 orang tu.

INS Specialist Centre
Ni la rupa hospital tempat ibu bersalin INS Specialist Centre kat JalanPintu Sepuluh, Alor Setar. Bilik yang ibu dapat kali ni memang betul-betul menghadap Menara Alor Setar. Masa bersalin kat Anna di PMC pon dapat bilik yang nampak menara.
 Macam biasa la kan mesti ada TV. Klu tak mesti bosan...siap dapat channel siam lagi...aku tgk gambar jer la...sepatah pon tak faham bahasa siam.
 Dalam sakit-sakit boleh lagi ibu amik gambar. Sementara tunggu subuh...

 Muka tengah menahan sakit, berdebar-debar pon ada sebab nak kena operate.
 Cuba tengok tu...Relaks jer Mr.Sirpool..ibu ni sakit rasa nak terberanak..dia cool jer..leh dia cakap tido jer dulu nanti sakit tu hilang la....dia ingat sakit kepala ker lepas bangun tidur leh hilang...kali pengalaman bersalin aku gi sendiri jalan masuk bilik operate..lawak plak bila ingat...time nak masuk bilik operate tu Mr. Sirpool hilang plak...ibu dah cuak...pastu nurse cakap takpe nanti kami bagitau husband puan. Lepas dah bius semua, Mr.Sirpool masuk sekali dalam bilik operate, setiap kali bersalin dia mesti teman.baru la ada semangat sikit..kali ni masa doktor tengah operate rasa tenang sangat, pukul 9 pg operate, 9.15pg baby dah keluar...alhamdulillah ...baby boy.
 Gambar baby boy yang baru keluar dari perut ibu...terasa hilang sakit time ni.
Ini la rupa anak lelaki ibu yang tak sabar-sabar nak keluar...
Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar.syukur.
Kakak-kakak yang tak sabar nak tengok baby. Panjang berjela entry kali ni...Alhamdulillah semuanyer selamat.