Wednesday, 9 January 2013

Apa itu Takoyaki???

Salam semua ..Hari kawan ibu ajak lunch makan Tako kata nyer, ibu ingat kan kuih tako yang kita selalu makan tu la,ala kuih yang letak dalam daun pandan tu....pastu dia cakap bukan..Takoyaki ni makanan dari Japan.Sapa- sapa yang nak tau asal-usul Takoyaki ni baca kat sini ya..http://www.tristarculinaryinstitute.com/?q=id/node/1065 . .Mula -mula ingat nak taip la kat sini..tapi panjang sangat ceritanyer..hampa baca la sendiri..hihihihikk.. So lepas ibu amik nica kat sekolah, pergi opis balik amik untie Linda dan pi Tesco Kulim. Siann dia kan teringgin sangat nak makan  Takoyaki .Karang tak dilayan kempunan pulak...dalam hati ni dok fikir camner la rupa Takoyaki ni. Jom tengok rupa Takoyaki yang diletak dalam bekas yang berbentuk sampan, dimakan menggunakan lidi.
 Ni la rupa Tokyaki . Memang sedap dimakan panas-panas. Harga bergantung kepada berapa banyak kita beli. Untuk 4 ketul Takoyaki ni harganyer RM 6.90. Sesapa yang teringin nak merasa kuih ni boleh la pi kat Food court Tesco Kulim. Tadi ibu makan 4 ketul dengan sushi seketul memang kenyang. Sangat sedap rasanyer. Selalu tengok kuih ni tapi tak terbuka hati nak membeli. .dalam hati dok ingat kuih apa la ni..sian kan kat ibu ketinggalan keretapi sungguh...hihihihikk..
Bagi yang rajin memasak boleh la mencuba sendiri. Ini resepi Takoyaki ..Selamat mencuba yer..

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Wednesday, 2 January 2013

Suami Biasa Vs Suami Luar Biasa

Selamat pagi semua..pagi yang indah dilimpahi dengan hujan rahmat. Hujan-hujan ni mula la perut asyik mintak makanan jer..memang dasar perut dinasor..tak pernah kenyang..hihihikk..
Tadi ibu ada terbaca di blog Kasih Salina tentang Suami Biasa Vs Suami Luar Biasa.
Agak-agak para diluar sana impikan suami biasa ker suami yang luar biasa? 
Sudah tentulah majoriti para isteri akan pilih Suami luar biasa bukan...Suami luar biasa ni bukan la muka macam makhluk asing plak ..hihihihikk..Sebagai seorang isteri  setiap hari kita perlu doakan yang terbaik buat suami kita. Bagi para suami jangan ingat semua ni benda mudah untuk dilakukan. Bantu-bantulah isteri anda... Sayangilah isteri anda dan hargailah isteri anda walau seburuk mana pon isteri anda. Semoga suami kita menjadi suami yang boleh  membimbing kita dan anak-anak dunia dan akhirat. Aminn....

Tuesday, 1 January 2013

Hari Orientasi Aneesa Safia

Assalamualaikum semua.. Selamat menyambut tahun baru 2013. Pada 29 Disember 2012 yang lepas adalah hari orientasi bagi pra sekolah. Ibu dah daftarkan nica di Pra Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya  di kampung Changkat., dulu ibu sekolah di sini sekarang giliran anak ibu pulak.Ada sorang kawan ibu bisik kat ibu dah tuakan kita yan..anak dah sekolah. Mula ingat nak daftar dekat sekolah lain, tapi takut plak nanti kalau ibu dengan ada hal sapa nak amik nica balik sekolah. Sekolah mana-mana pon sama jer bagi ibu janji kita kena usaha. So hari tu nica kena bangun awal ler..ibu pon kejut nica dan tau dia cakap apa "dia tak mo p sekolah, tak mo mandi". Sian jugak tengok selalu tido bangun kul 11-12 tgh..ari ni kena bangun awal..terkejut la dia.Alamakkk...camner nak buat ni..ibu pujuk pon tak makan saman, last-last tok wan yang pujuk baru dia mau mandi dengan syarat tok wan kena temankan dia sekali pergi sekolah. So Tok wan pon terpaksa la gi sekolah jugak.

Gambar nica di dalam kelas. Bukan main suka nica cakap kat ibu "gambar kakak cikgu letak kat dinding ibu'.
Dalam kelas nica ada 25 orang , 10 orang perempuan dan 15 orang lelaki.
 Semua pelajar-pelajar tahun satu dan pra sekolah kena beratur di luar dewan, ibu bapa kena dengar taklimat di dalam dewan. Nica pon tak terkecuali la kena beratur sama. Mula-mula tu ibu risau jugak mau nica buka radio kuat-kuat masa ni jenuh ibu nak pujuk. Nasib baik la dia baik-baik jer ari tu. tapi muka tetap masam..hihihikk kena paksa beratur ngan ibu.
 Masa ibu dalam dewan ibu mintak ayah tengok nica didalam kelas. Ayah sms suruh ibu tengok sendiri. So terpaksa la ibu gi tengok sendiri. Nica dengan kawan-kawan tengah layan kartun . Good Girl.
 Ini kawan baru nica, ibu tak sempat tanya nama, tapi masa depa main-main budak lelaki tu ada tanya nica " ampa nama apa?" sgt comei..hihihikk
 Nica tak tek pedulikan sekeliling dah asyik main lego.
 Ayah sibuk isi borang.
 Seronok bukan main nica dapat kawan baru.Budak perempuan yang pakai tudung tu kawan baru nica juga. Asyik berdua jer. Kawan baik-baik tau.jangan gaduh-gaduh.
Adik anna pon sibuk join kakak dalam kelas. hahahha...okey cukup dulu yer..nanti ibu sambung citer pasal hari pertama nica di sekolah..Tatatitutiti...hihihikk

Rambut nica dah pendek

Hai semua.. sebelum hari persekolahan bermula. Ibu bawa nica potong rambut. Ibu nak nica berambut pendek senang dijaga dan lebih terurus masa disekolah nanti. So ibu pon bawa nica ke kedai rambut yang biasa kita ptong rambut. Tokey kedai ni memang dah kenai ibu so dapat diskaun..hihihikk.
 Dalam proses memotong rambut. Diam jer nica masa nyonya tu potong rambut. Ibu suka potong kat kedai ni  disebabkan harga murah dan hasil yang memuaskan. Sangat kemas potongannyer.
dan ini lah hasilnyer...tadaaaaaa.........dah siap..Kemaskan..dah cantik anak ibu..

Wednesday, 12 December 2012

Kuala Perlis

Assalamualaikum semua..Hari ni tarikh yang cukup cantik 12.12.12.Agak kekok hari ni nak menaip sebab dah lama tak update. Gambar ni dah agak lama terperap dalam draf ibu. Tak dak mood nak menghupdate. Satu petang di Kuala Perlis kami mencari-cari makanan untuk mengisi perut yang lapar. Dari umah ibu mertuaku tak jauh pon untuk ke Kuala Perlis dalam 20 minit jer.

Pak Ndak pon balik kampung jugak join kami petang tu ke Kuala Perlis. Anna dengan Pak Ndak.
Nica tengah tunggu makanan.
Sotong celup tepung dan satay. Menu lain kami makan laksa dan koy teow goreng. Laksa kali ni kureng sikit sebab dia guna laksa yang saiz kecil. Tak puas rasanyer nak menelan.
Macam biasa gambar tuan empunyer blog tengah makan satay.
Satay ayam.
 Datuk Zack dengan anak-anak. Yang kat hujung tu Bapa mertuaku.
 Pas habis makan-makan..Budak-budak ni ternampak pulak ada kereta kuda. Nica mula-mula takut, siap tarik-tarik kain tok lagi tak mau pi dekat kuda.Takutttt....sekali dia nampak Kak Lala dia nak naik kereta kuda terus nak ikut. Masa mula-mula takut kan main. Bila dah naik sampai dua round. Masa ibu dgn kak umie naik kereta kuda ni terasa macam model pulak hahahaa (ayat perasan) . Mana idaknyer semua kereta yang sedang bergerak perlahan memerhati ke arah kami.
Sian Anna nak ikut kakak naik kereta kuda. Bergilir-gilir si Anna dengan Aweena menagis. Round kedua ingat ibu ngan Kak umie jer nak naik bawa anna dan aweena tapi Nica and the geng nak ikut sekali lagi..hahahaha..
Yang berdiri hujung sekali tu Bibik, yang tudung purple tu ibu mertuaku yang sempoi, ibu dan kak umie.Ok sekian dulu untuk hari ini..Tata..

Sunday, 2 December 2012

Lepak-lepak @ Penang


Ini adalah sambungan cerita di Bukit bendera. Lepas turun Bukit Bendera kami pon menuju ke Pantai Queensbay. Lepak-lepak sambil makan KFC. Nak masuk dalam shopping mall malas, penat sangat rasanyer. Penat beratur kat Bukit Bendera.

Kalau kita dok kat sini boleh nampak pantai jerejak, orang main layang-layang. Kat sepanjang jalan pulak ada macam-macam makanan dijual.
Orang yang bertanggungjawab bawa kami jalan-jalan. Thanks yer Datuk Zack, sebab bawa kami jalan-jalan dan belanja makan.
Peace daripada kak Umie dan Atilia yang Chomell.
Nica yang sangat lapar.
Berselera sungguh si Chomell ni.
layang-layang sapa ntah ibu snap jer gambar.
Nica Dan Atilia.
My husband (MR.Sirpool) with Datuk Zack. Suka tengok gambar ni. Nampak cam kat oversea..hahaha (ayat perasan). Oversea la kan ..dari seberang ke pulau.
Masing-masing muka dah comot, seharian tak mandi. Berposing dengan bibik. Lepas lepak kat Pantai Queensbay  datuk Zack cakap nak makan nasi kandar. So kami pun menuju ler ker Bukit Jambul ke Kayu Nasi kandar.

Ini adalah pinggan Mr.Sirpool. Nasi kandar dengan kari ayam kot. Sedap jugak ibu rasa sikit jer sebab kenyang lagi.
Pak Ndak ngan Nini pon join kami malam tu. Pas balik keja terus ke Pulau Join kami.
Anna dengan ayahnyer.

Mr. Sirpool suruh order roti tisu. Bila sampai, Mak aiii...memang tinggi giler roti tisu ni. Kena letak atas tiga pinggan sebab panjang sangat. Sangat sedap ranggup dan manis. Budak-budak bukan main suka la.
Ermm...sangat sedap.

 Ini pulak Roti nan yang ibu order. ermm, boleh tahan la sedapnyer...Asyik citer pasal makan jer ibu ni, mana tak gebu badan ni...okeyla jumpa lagi yer..









Friday, 30 November 2012

breakfast kami di pagi sabtu

Asslamualaikum semua. Sorry ler lambat menhupdate blog hari ni (perasan macam ramai ler orang dok baca blog ibu). Untuk breakfast pagi ni ibu buat roti jala dan kuah durian. Sudah kepingin lama nak makan roti jala dengan kuah durian hari baru ada kelapangan untuk membuatnyer. Mr.Sirpool pulak request nak makan pulut durian. Kebetulan hari ini ada pak ndak ngan pak jang kat rumah kami. So ibu pon turutkan jer la permintaan Mr. Sirpool tu.

Roti jala dan  kuah durian.
Roti jala ibu hari ini. Resepinyer mudah jer. Tepung gandum, 1 biji telur, sedikit pewarna kuning, air, sedikit garam dan sedikit gula. Satukan semua kemudian masukkan ke dalam blander dan bland kemudian tapis. Panaskan kuali leper. sapukan sedikit minyak pada kuali leper, amik adunan tadi masukkan dalam acuan roti jala dan layangkan di atas kuali leper buat seperti jala.Sekejap jer roti ni masak,angkat dan lipatkan ikut citarasa anda.
Kuah durian.

Cara untuk membuat kuah durian ni pulak sangatlah mudah. cuma campak-campak jer. Amik santan pekat,daun pandan, kemudian masukkan isi durian yang telah dibuang bijinyer masukkan garam dan gula ikut citarasa masing-masing kedalam periuk dan  masakkan di atas api yang sederhana. Untuk memekatkan kuah masukkan sedikit tepung gandum.Biarkan mendidih ..boleh la dihidang.
Menu kedua untuk breakfast pagi ni ialah Pulut Durian request dar Mr.Sirpool.Ni adalah salah satu feberet dia. Pulut yang dimakan bersama durian,santan dan gula.Orang Kedah memang suka Pulut durian untuk menyerok. Mula kawen dulu ingatkan apa la menyerok ni, ayah mertua ajak menyerok. Pastu ayah cakap jangan dok pi menyorok pulak.  Untuk yang tak tau apa itu menyerok maksudnyer sarapan pagi dalam bahasa kedah. dalam hati time tu dok tertanya-tanya naper la ayah suruh menyorok pulak pagi-pagi buta ni. hihihikk..


Sekian....