Assalamualaikum semua.. Selamat menyambut tahun baru 2013. Pada 29 Disember 2012 yang lepas adalah hari orientasi bagi pra sekolah. Ibu dah daftarkan nica di Pra Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya di kampung Changkat., dulu ibu sekolah di sini sekarang giliran anak ibu pulak.Ada sorang kawan ibu bisik kat ibu dah tuakan kita yan..anak dah sekolah. Mula ingat nak daftar dekat sekolah lain, tapi takut plak nanti kalau ibu dengan ada hal sapa nak amik nica balik sekolah. Sekolah mana-mana pon sama jer bagi ibu janji kita kena usaha. So hari tu nica kena bangun awal ler..ibu pon kejut nica dan tau dia cakap apa "dia tak mo p sekolah, tak mo mandi". Sian jugak tengok selalu tido bangun kul 11-12 tgh..ari ni kena bangun awal..terkejut la dia.Alamakkk...camner nak buat ni..ibu pujuk pon tak makan saman, last-last tok wan yang pujuk baru dia mau mandi dengan syarat tok wan kena temankan dia sekali pergi sekolah. So Tok wan pon terpaksa la gi sekolah jugak.
Gambar nica di dalam kelas. Bukan main suka nica cakap kat ibu "gambar kakak cikgu letak kat dinding ibu'.
Dalam kelas nica ada 25 orang , 10 orang perempuan dan 15 orang lelaki.
Semua pelajar-pelajar tahun satu dan pra sekolah kena beratur di luar dewan, ibu bapa kena dengar taklimat di dalam dewan. Nica pon tak terkecuali la kena beratur sama. Mula-mula tu ibu risau jugak mau nica buka radio kuat-kuat masa ni jenuh ibu nak pujuk. Nasib baik la dia baik-baik jer ari tu. tapi muka tetap masam..hihihikk kena paksa beratur ngan ibu.
Masa ibu dalam dewan ibu mintak ayah tengok nica didalam kelas. Ayah sms suruh ibu tengok sendiri. So terpaksa la ibu gi tengok sendiri. Nica dengan kawan-kawan tengah layan kartun . Good Girl.
Ini kawan baru nica, ibu tak sempat tanya nama, tapi masa depa main-main budak lelaki tu ada tanya nica " ampa nama apa?" sgt comei..hihihikk
Nica tak tek pedulikan sekeliling dah asyik main lego.
Ayah sibuk isi borang.
Seronok bukan main nica dapat kawan baru.Budak perempuan yang pakai tudung tu kawan baru nica juga. Asyik berdua jer. Kawan baik-baik tau.jangan gaduh-gaduh.
Adik anna pon sibuk join kakak dalam kelas. hahahha...okey cukup dulu yer..nanti ibu sambung citer pasal hari pertama nica di sekolah..Tatatitutiti...hihihikk
hantar pra utk bagi dia berkawan dan faham erti persekolahan nnt.. :)
ReplyDeletemama maman : mula-mula saya risau jugak takut dia buat drama nagis-nagis kat sekolah..nasib baik okey jer kat kelas..itu la hantar ke pra bagi dia berkawan.
DeleteNica, be a good girl okeh...
ReplyDeleteanak tak nangis mak dia plak yg nangis
ReplyDeleteMama Tuah: Tq yer untie..
ReplyDeleteHuzaifa : hihihikk...ibu muka jer garang tapi dalam hati ada taman.