assalamualaikum semua... Sambung balik citer kita di Pulau Pangkor. Keesokkan paginyer kami sekeluarga meronda-ronda dengan motosikal yang disewa dari malam lagi, sewaannyer berharga RM 35.
Ini la motor Honda EX5, walaupon agak buruk tapi banyak berjasa sepanjang kami kat Pulau Pangkor. Banyak kenangan motor ni. Yang paling lawak helmet kura-kuranyer. Span pon dah tak dak.
Malam sebelumnyer kami dah meronda -ronda di sekitarnyer. Hajat nak ke Teluk Nipah terpaksa ditunda ke siang hari nyer. Mana idak nyer, naik motor malam-malam kena lalu jalan berbukit, memang agak menyeramkan, so ibu ajak ayah patah balik dan keesokkan pagi nyer baru pergi.
Kami bertiga, ayah tukang amik gambar. Bergambar di Pantai Teluk Nipah.
Suasana di teluk Nipah agak sibuk. Disebabkan banyak orang. Di sini jugak ada perkhidmatan menyewa Jet ski, bot,snorkling, banana boat dan macam lagi.
Di sepanjang jalan Teluk Nipah ada dijual makanan dan Kedai-kedai cenderahati.
pantai ni ibu lupa pula nama tempatnyer. Kat sini selesa disebabkan tak ramai orang. Pantainyer sangat bersih. So kita boleh main pasir. Bila tengok gambar ni teringat percuti di Pulau Perhentian tahun lepas. Nanti kalau ada masa ibu citer yer..memang sangat-sangat best.
Nica dah ready nak main pasir.
Anna tengah isi lori dengan pasir pantai..Mana nica..
Niha..Best..tercapai juga hasratnyer nak main kat pantai.
Ibu yang yang sangat tembam dengan ayah yang sentiasa kurus bila nak besaq pon tak tau. TQ yer abag sebab belanja kami bercuti.
sambung main pasir..hihikk..
Anna cakap juai..juai..dua hengget..dia tengah jual pasir..hihihikk..
Tuan tanah kedaun..suka gambar ni , nampak slim kan...hihiikkk
Ayah dengan anak-anak daranyer....
Berjalan-jalan dipersisiran pantai bersama lori hijau bertayar oren. Nanti Anna besar boleh baca blog ibu tau banyak sangat citer tentang kamu berdua.Kakak nica nak dekat dengan air pon takut. hihihikk..
Pemandangan yang sempat ibu amik gambar..tak menang tangan dibuatnyer nak mengawal budak dua orang ni.
Peace from Annatsya. Ni tengah tunggu ayah amik kereta. masa ni dah dekat lumut. Hujan turun renyai-renyai..
My Princess...ibu sangat-sangat sayang kamu berdua..okey la nanti kita sambung lagi yer..Maybe kalau rajin ibu akan update kenangan di Pulau perhentian...Daaa...
No comments:
Post a Comment