Haiii semua (bajet perasan macam ramai yang membaca) hihihikk..tetiba teringat lagu hai hai bye bye nyayian Ezlynn..tapi jangan bye bye dulu..meh-meh kita sambung citer kat Pulau Pangkor, Selepas kami mengisi perut yang lapar, kami amik teksi untuk ke Hotel. Kat Pulau Pangkor ni teksinyer Van yang berwarna pink tau...ayu gitu..hihihikk.Dari Jeti ke Hotel satu kepala bagi dewasa RM 10. Kalau nak sewa untuk round-round Pulau dalam RM 60 kalau tak silap ibu.Perjalanan dari Jeti ke Hotel lebih kurang 10 minit..sat ja.tak sempat panas montot nak duduk dah kena turun..
Taraaa..ni la hotel yang kami menginap Coral Bay Resort..satu malam RM 190.00 . Ni harga waktu cuti sekolah..lebih la sikit, kalau hari-hari biasa boleh dapat murah lagi.Hotel ni tak jauh dari pantai lebih kurang dalam 300 meter jer ke pantai. Jalan kaki pon boleh.
Mr.Sirpool tengah Check in.
Sementara menunggu ayah amik kunci bilik, ibu layan dua anak dara ni berposing.
Ni la bilik kami No.144.
Macam biasa la kan dalam bilik ni sudah tentu la ada katil kan..kang nak tido kat mana pulak kalau tak der katil, pastu ada tv, peti ais dan sewaktu dengannyer..
Yeaaaa...kita rasmi katil dulu...kan main suka anak-anak dara ibu ni.dah lama nica ajak bercuti tapi ibu ngan ayah kan sibuk..cuti pulak tak sama, memang susah untuk bercuti.
Set Mandian.
Kat sini juga ada disediakan spa. Bagi yang nak merehatkan diri boleh la mencuba.
Ini pulak pemandangan dari hotel, Hotel ni best tau sebab senang nak cari barang-barang keperluan. Di sebelah hotel ada macam-macam kedai, sebelah kanan ada kedai ikan bakar, sebelah kiri pulak ada Mini market, kedai menjual makanan laut, kedai-kedai cenderhati dan pelbagai pakaian dan macam-macam lagi la.Nampak tak van yang warna pink tu, itu lah yang ibu maksudkan teksi di Pulau Pangkor.
Ini pulak pemandangan dihadapan hotel ada gerai-gerai kecil. Tapi hari buka satu kedai jer. Kalau disebelah malam pulak ada orang jual burger, ais blended di hadapan hotel ni.
Swimming Pool sedia menanti untuk anak-anak yang suka mandi kolam. Bukan untuk anak-anak jer mak bapak pon boleh mandi jugak.
Lepas angkut barang-barang masuk bilik, dua anak dara ibu dah tak sabar nak mandi kolam, salin baju mandi dan temankan depa ke kolam. Ibu just jadi tukang amik gambar jer, malas pulak nak basah-basah ni..mood nak rileks atas katil jer. so ayah jer yang layan anak-anaknyer mandi kolam. dalam gambar tu nampak macam ayah yang lebih ..kannn...hihihihikk..ampun yer bang, lawak-lawak.
Bila dah masuk kolam ni dua anak dara ni bukan senang nak disuruh berhenti main air. Lagi tak puas..dok berendam la dalam kolam tu.
Ayah ngan Anna. Harap satu hari nanti anak-anak ibu pandai berenang macam ayah. Jangan jadi macam ibu tak reti berenang...hihihikk..
Acara berendam disambung di dalam tab mandian pulak. Layan jer la wahai ayah.. dah siap buat buih-buih tu, nica jerit panggil ibu...Ibu cepat amik gambar...alahai wahai anakku ibu baru jer nak baring sambil layan tv. So ibu turutkan jugak la ..amik gambar depa mandi manda dalam tab. Ha cepat mandi..satgi nak jalan-jalan pulak...
Ini adalah kesukaan anak anak dara ibu berendam dalam buih-buih sabun..Nica sempat lagi tu senyum simpul..okey sekian dulu yer..nanti kita sambung part 3 pulak..bye..
No comments:
Post a Comment