Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan :
Ayam Segar (ibu campur dengan hati ayam)
1 biji Bawang Besar (dipotong kasar)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Cili merah (dipotong serong )
Cili hijau (dipotong serong)
Halia (diketuk)
Kicap pekat manis
Sos cili
Sos tiram
Minyak untuk menumis
Cara-cara untuk memasak :
Ayam hendaklah digoreng terlebih dahulu dan ketepikan .Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau kacau sebentar. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau.Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sos cili dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya sudah masin tak perlu masukkan garam lagi yer kawan-kawan. Okey dah siap, menu yang simple dan cepat untuk dimasak. Sukatan bahan-bahan di atas ibu just agak-agak untuk 3 orang makan.
No comments:
Post a Comment