Wednesday, 19 September 2012

Udang Lipan Black Papper

Udang Lipan Masak Black Paper
Bahan-bahan :
1/2 kg Udang lipan
1 biji Bawang Besar (dipotong kasar)
 Cili merah (dipotong serong )
2 Ulas Bawang Putih ( diketuk)
Halia (diketuk)
Kicap pekat manis
Sos Black Paper
Minyak untuk menumis

Cara-cara untuk memasak :
 Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili merah  kacau sebentar. Masukkan udang  ke dalam kuali  dan kacau bagi mesra. Kemudian masukkan kicap, sos black paper dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar  perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya ada daun bawang dan daun sup boleh lah ditabur. Disebabkan ketiadaan daun sup dan daun bawang di dalam peti ais ibu, so ibu tak masuk bahan tersebut.  Okey dah siap untuk dihidang bersama nasi putih. Memang manis udang ni. Klu makan panas -panas lagi sedap.  Bagi yang tak tau nak siang udang ni, senang jer. Meh ibu bagi tau just potong sedikit dibahagian sisi udang tersebut supaya bila kita nak makan lebih mudah.

2 comments: