Haii semua...hari ni ibu nak citer pasal Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut oleh semua umat islam. Sempena bulan yang mulia ni jom layan gambar raya ibu dan family, yang bestnyer raya ni kita sambut raya di Penang dulu disebabkan en. Sirpool bekerja pada malam raya dan malam raya pertama. Yeaaa...suka betul ibu dapat beraya dengan mak dan abah tersayang...hihihikk . Okeylah, ibu dah melalut panjang pulak..jom layan gambar-gambar yang sempat ibu amik time raya. Gambar di atas tu dua anak dara ibu yang tengah berposing dengan baju raya masing-masing.
Anna dengan duit raya, ke mana saja usung duit raya. Time raya ni pantang nampak orang bawak keluar sampul duit, Anna akan cakap duit-duit. Lawak betul anak ibu ni, klu nak dapat duit raya sanggup dia salam dan kiss pipi orang yang kasi duit kat dia..Anna..Anna.
Aneesa tengah berposing dengan baju raya. Punyer posing sampai tenggelam jari kat pipi, klu jadi lesung pipit okey la jugak..
haa..ini pulak macam biasa la gambar tuan empunya blog..tengok tu ada jer yang nak menyibuk sama.ingatkan gambar ibu sorang tgk2 ada pulak si comel ibu disebelah...
Kan ibu dah cakap ke mana saja Anna akan usung duit raya dia, tak boleh dipisahkan dari duit raya.
Ni gambar family ibu, tema kali ni ibu pilih warna hitam. ramai pulak ibu tengok tahun ni tema warna hitam.Mula-mula En.Sirpool cakap naper warna hitam, macam tak sesuai jer dengan anak-anak dia cakap. tapi disebabkan baju ibu dah warna hitam so semua kena pakai warna hitam.hihihikkk...
Anna berposing dengan baju raya yang ke-2 dan kasut raya. Time ni nak pergi beraya rumah mak saudara ibu di Bandar bahru, Kedah.
Tengok tu sempat lagi anak-anak dara ibu berposing sementara tunggu Opah bersiap..
Anna berhari raya di rumah mak ngah dekat Jitra, Kedah. Mak Ngah ni sepupu sebelah ayah Anna dan nica.Masa kami sampai ada KFC atas meja, apa lagi layan jer la. Bestkan time raya dapat makan KFC. Anak-anak ibu klu dapat KFC ni bukan main suka. Jemu jugak asyik makan kuih jer..
Kebetulan dihadapan rumah mak ngah ada taman permainan. Anna dan nica tak lepas peluang la untuk bermain. Ibu la kena jadi peneman anak-anak ibu sementra ayah berbual kat dalam umah mak ngah.
Ini Nica dan kakak Atilia, sepupu Nica. Depa ni kalau dah berjumpa kemana saja berdua. Nica panggil Atilia dengan panggilan kak LALA. ni kira nama manja Atilia. Suka-suka jer Nica ni tukar nama orang..yang lawaknyer Atilia pon layan...hahaha
Dua beradik yang tengah berebut sapa yang nak turun dulu. Last-last si kakak beralah bagi si adik turun dulu.
Suka tengok gambar ni. Gambar ni ibu amik masa di kampung ayah. Masa kecik-kecik dulu ayah dok kat sini la.. Masa ni kami pergi beraya di rumah Tok Tam Nica dan Anna. Best sangat view kat sini. Tenang jer , nampak padi-padi yang telah berkuningan. Padi-padi ni tunggu nak dituai jer.
Aneesa di kampung Ayah.
dan akhir sekali gambar Si comel Atilia.. Peace.. Okey lah sampai di sini dulu. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga...Raya kan sebulan..ibu pon masih mood raya.
:) comelnya anak ibu. Ibu pun comel. Family kak ida pun tema hitam tahun ni....
ReplyDeletetima kasih untie ida..tu la kan tema kita sama..hitam itu menawan :P
ReplyDelete