Monday 22 April 2013

Ketam Lembut @ Kuala Gula

Assalamulaikum semua...ibu doakan semua sihat-sihat selalu. Cerita Jumaat lepas, lepas amik nica di sekolah bawa dia ronda-ronda sekitar Nibong Tebal. Pastu masa dalam perjalanan kami terjumpa sekumpulan lembu, so ibu terpaksa la bagi laluan kepada lembu-lembu berkenaan. Risau nak teruskan drive, naknyer lembu tu terkejut maunyer dia lompat atas kereta ibu..mau jer ibu mintak ganti rugi kat tuan dia. So ibu pon stop sekejap. Nica time dah macam tengok Kangroo rupanyer..menjerit-menjerit ..hahahha...Pastu sampai kat rumah Ajak Mr. Sirpool kuar beli ketam dengan sotong. tetiba teringin nak makan ketam. Sekali dia cakap kita pi Kuala Gula makan ketam lembut nak? ermm...ibu anggukkan jer la kepala. Perjalanan dari Nibong Tebal ke Kuala Gula hanya 45 minit.  Bagi yang nak menginap di Kuala ada Chalet disediakan. Kalau menginap di sini boleh la memancing.
 Pemandang berhampiran Restoran Terapung Kuala Gula.
 
 Chalet Kuala Gula
 
 JS Muara Restoran.
 Inila rupa JS Muara Restoran. Dibina terapung di atas air, yang bestnyer bila ada bot lalu mesti bergoyang-goyang kedai ni.
 Nica yang masih berbaju sekolah..hihihikk..
 Gambar pemandangan dibelakang sangat cantik, tapi sayang budak kecik ni asyik tutup mata jer bila ibu nak snap gambar dia. geram betui..
 Anak-anak ibu yang tengah teruja nampak bot lalu..
 
 Hidangan kami malam itueww.. ermmm...tak perlu kata apa apa amik nasi dan ngap..kihkihkihh...mana boleh tahan makanan dah terhidang depan mata.
 Ketam Lembut Goreng Tepung
 Bawal Sweet Sour
 Ketam Lembut Masak Cabai


 Udang Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung

Bagi sesiapa yang teringin nak merasa ketam lembut boleh la datang sini. Berhampiran restoran ni, ada tempat menjual ketam lembut tapi dibuka pada siang hari jer. Sekilo RM 30. Kalau makan yang dah siap dimasak di restoran ini Seekor RM7 -RM 8.Okey la ..sekian dulu yer..

1 comment:

  1. Makan di JS Muara memang best, tapi kena hati2 sikit kalau makan ikan segar, kena tanya harga dahulu.

    Saya pun ke sini makan ketam lembut. Bila ngidam je ...mesti pegi, selalu telefon dulu nak tahu samada ada stok ketam atau tidak.

    Saya juga duduk Nibong Tebal. ... :)


    HASRULHASSAN.COM

    ReplyDelete