Wednesday 3 April 2013

Nica di sekolah yang baru

Assalamualaikum semua..Masa cuti pertengahan Penggal yang lepas ibu hantar nica training di sekolah yang baru. Dulu nica bersekolah di pra sekolah..tetiba dia cakap tak mau pi sekolah, bila sampai kat pra sekolah dia nagis-nagis nak ikut ibu...sian kat dia. sampai satu hari tu ibu sekali kena temankan dia di sekolah.Selepas hari tu dia dah tak nak pi sekolah..pening kepala ibu dibuatnyer. Ibu mana tak susah hatikan kalau anak tak mau pi sekolah, sampai ibu ni nak makan pon tak selera dok fikir pasal nica tak mau pi sekolah..pastu masa ibu pergi klinik, citer la kat doktor ibu hilang selera makan pasal dok fikir, pastu doktor tu cakap anak dia dulu pon macam tu. Lepas dia siasat-siasat rupanyer cikgu tu suka cubit. Pastu dia tukar anaknyer ke sekolah baru okey jer..Anak ibu yang sorang ni memang perahsia yang teramat, dia takkan cerita pasal apa pon...Ibu rasa mesti ada sebabkan dia tak mau pergi sekolah yang dulu, dia jadi fobia..Masa mula nak pergi sekolah baru ni dia bukan main semangat,nak beg semua baru.Kami suami isteri ni turut jer cakap dia asalkan dia mau pi sekolah. Sampai jer depan sekolah dia tak mau turun. Pastu pujuk-pujuk dia mau masuk..pastu dia nagis-nagis mintak ibu temankan. Pastu masa teacher nak amik dia lari jerit-jerit tak nak teacher. Lepas 5 minit dia dah okey teacher pujuk. Dia cakap kat teacher dia tak nak teacher. Ibu rasa macam nak pengsan tengok dia nagis jerit-jerit,panik dibuatnyer. Sampai teacher tanya "Puan okey ker"?..pastu ibu jawab 'tak berapa okey"..hihihihikk. Tapi memang ibu tabik la kat teacher-teacher kat sini memang terer bab pujuk memujuk ni.Pastu teacher cakap puan percaya kat kami, pastu ibu pon pergi kerja. Dalam hati ni YA Allah tuhan jer yang tau betapa risaunyer. Telefon school tu asyik tak dapat jer sebab ada problem sikit telefon depa. PAstu dalam kul 4 teacher call ibu cakap nica dah okey, dah boleh main ngan kawan-kawan..Hari kedua nica pergi training dia dah boleh turun kereta sendiri..Alhamdulillah...syukur sangat ibu...Nica dah mau bersekolah balik...dia cakap kat school yang baru teacher semua baik-baik. Teacher sembang ngan ibu mesti ada benda yang tak kena kat sekolah lama..mesti ada sebab kenapa dia tak mau pi sekolah..Selepas ibu pujuk-pujuk dia ada la jugak dia cerita..tapi biarlah ibu jer simpan.Di school yang baru ni Nica bersekolah seisi petang bermula jam 1.30ptg hingga 5.30ptg. So rutin harian ibu sekarang time lunch amik nica hantar pergi sekolah kul 5 balik dari opis jemput nica di school. Dekat jer school yang baru ni dengan opis ibu, lebih kurang dalam 1 km.
Ni ha school yang baru Tadika Wawasan Kreatif di Bukit Panchor, Nibong Tebal.
 
 Ibu tengah tunggu nica keluar.
 classmate nica, untuk seisi petang ada 17 orang jer. Campur melayu, india dan cina. Ibu memang nak nica bergaul berlainan kaum,nanti bila dah besar senang nak bergaul.
 Dah nak balik sekolah dengan beg baru. Beg punyer la besar,hihihikk...ayah yang belikan.Kat dalam beg tu hanya ada sepasang baju untuk salin, bekal makanan dan botol air masak.
 Peace ..baju pon sampai dah terkeluar, teacher cakap baru lepas melompat berpeluh-peluh..Apa pon tak per nica, asalkan kamu mau pergi sekolah.
 Dalam perjalanan balik umah, main handphone ibu dan snap gambar kaki sendiri..tengok tu pakai stokin pon tak betul lagi..nica-nica...okey la...jumpa lagi Tatata...

6 comments:

  1. alahai.. bdk pun tau takut eks bila cikgu cubit2.. sian anak2 kita kann

    ReplyDelete
  2. kalau dia tak mo gi sekolah ada la tu yg tak kena...mmg kena siasat betul2...

    Alhamdulillah nica dah nak gi school...belajar rajin2 ye nica...

    ReplyDelete
  3. Mama yana : tu la, anak saya ni memang perahsia sgt,lepas dh pergi school yg lain baru dia cerita. tu la sebelum ni tengok ada jugak la lebam2 maybe bekas cubit tapi saya tak syak apa-apa la..dia mcm fobia bila sebut nama cikgu tu..

    ReplyDelete
  4. wahida: Alhamdulillah , memang syukur sangat Allah lembutkan hatinyer untuk ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. nak tanyala..mcm mana yer tadika ni..ok ke?ramai melayu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadika ni ok sgt...teacher semua melayu dan baik2, budak melayu pon ramai...tapi ada jugak anak cina dan india..

      Delete