Assalamualaikum semua....pejam celik pejam celik sat ja masa berlalu...dah 8 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan ...sekarang ni kalut sikit..habis jer opis hour terus amik nica kat school...pastu terus balik ke rumah untuk memasak juadah berbuka. Sampai jer kat rumah terus capai periuk belanga. Alhamdullillah setakat hari ini ibu tak pergi lagi bazar ramadhan..azam tahun ni tak mo dah membazir kat bazar ramadhan..lebih baik masak sendiri lebih terjamin kebersihan dan lebih sedap. Mr. sirpool bulan ini berkerja shift malam, so ibu kena la masak untuk bagi suami terchinta bawa bekal untuk berbuka. Walaupon kalut , tapi ibu puas hati dapat bekalkan juadah berbuka untuk suami berbuka. Hari Mr. Sirpool bekerja ibu berbuka kat umah mak jer...tak best kalau berbuka sorang-sorang. Kalau kat umah mak best sikit. Boleh makan mak masak..air tangan memang terbaik...
kalau tak silap ini juadah berbuka hari kedua berpuasa ibu masak udang masala,sayur kubis dan ayam masak kicap, mak pulak masak Siakap pati santan letak belimbing buluh, kuih seri muka,kacang panjang goreng telur pedas,sambal kelapa dengan ulam pucuk gajus dan agar-agar milo..perghhh..walaupon menu simple tapi memang sedap.
Bila combine jadi banyak pulak...alhamdulillah rezeki ramadhan
Kuih Seri Muka Pandan
Agar-agar milo
Udang Masala (ibu yang masak ni)
Ayam Masak kicap
Ikan Siakap pati santan belimbing buluh (resepi ni lebih kurang macam sambal tumis tapi ditambah dengan santan)
Sambal nyiuq (sambal kelapa) dimakan dengan pujuk gajus..ermmm...memang sedap.
No comments:
Post a Comment