Assalamualaikum..ceritera di pertengahan bulan Jun tapi hari ini baru dapat di update..hihihikk..perancangan awal Mr. Sirpool ajak ker Lake Town Resort, Bukit Merah kerna ada family day geng bikers yang Mr.Sirpool join..pastukan ibu cakap kalau setakat Bukit Merah drive sendiri pon boleh 20 minit jer dari rumah, pastu ibu bagi cadangan yang sangat bernas la masa tu " Jom kita pi Cameron Highlands nak?? "hihikkkk..sekali permintaan hati ditunaikan ..sangat2 la riang tak terkata....dah lama tak ke cameron...Kami tak rancang nak bermalam di sana, just ronda-ronda cuci mata. Tempat pertama yang kami singgah ialah Lavender Garden, tempat ni sangat la cantik dengan bunga-bunga yang tengah mekar. nak masuk ke sini kena bayar Dewasa RM 5 Kanak-kanak RM 3..tapi besar Annatasya tak dikenakan bayaran...Best ronda-ronda kat sini boleh hirup udara yang nyaman dan lihat pemandangan yang cantik boleh hilang stress dalam kepala..
Lavender ..
Daisy
Daisy Oren..sangat la cantik..kan best kalau boleh tanam kat rumah...kat rumah kita hanya boleh tanam orkid disebabkan pasu-pasu bunga digantung...kalau ada pasu yang dibawah alamatnyer jadi tempat kucing-kucing jiran membuang...huhuhuhukk..so lebih baik tak payah tanam bunga. Walaupon dalam hati sangat la teringin nak ada pokok bunga kat rumah.
Annatasya
Mereka berdua...
Kami bertiga..lepas melayan pemandangan dengan bunga-bunga yang cantik ..kami naik ke bahagian atas pulak untuk petik strawbery..ermm..anak-anak sangat la suka..
Sempat lagi berposing....disebelah kanan kita dapat lihat bunga-bunga segar..disebelah kiri pula ada sarang-sarang lebah...sangat cool...
Okey masa untuk petik strawbery
Nica punya la seronok...semua dia nak petik..walaupon strawbery tu tinggi tetap nak petik..padahal kat rak bawah pon banyak...suka hati kamu la Nica janji kamu Happy...
Annatasya yang sangat la suka mengunting buah strawbery..habis semua nak dipotong...kalau dibiarkan habis botak pokok-pokok tu...
Muka menahan masam...hihihikk..
ermmm..ni la hasil petikan nica dan Anna.
Mr.Sirpool tengah tunggu pekerja packing buah yang kami petik tadi...Sekilo RM 15..so buah yang petik tadi sekilo lebih..RM 25. Selepas seisi petik buah kami minum dulu kat sebelah..ada cafe yang comel..kami just order Strawbery blended...memang terasa fresh buah strawbery...
Lepas habis minum kami pon cadang nak ke Cameron Valley Tea untuk minum tea dan nak tunjuk pokok teh kat anak-anak.
Bila sampai jer kat bawah...nampak pulak ice cream...ermm...layan ice cream dulu la...
Masa nak ke Cameron Valley Tea kami terpaksa menempuh kesesakan jalan selama satu jam setengah...
Bukan main panjang...
Selepas Brinchang ...traffic lancar...ini disebabkan pasar malam telah dibuka..semua pakat nak cari parking...plan masa balik nanti baru nak singgah pasar malam...dan akhinyer sampai jugak kami setelah ke Ladang teh..bukan tak pernah mai kat sini..tapi tetap nak pi jugak..kira lokasi wajib kalau mai Cameron.
Masa turun tangga yang agak tinggi untuk ke ladang teh ni ok...Subhanallah ....memang sangat cantik pemandan di sini..tapi bab nak naik balik...memang memenatkan..tercunggap-cunggap ibu ni...rasa dah macam ikan tak cukup oksigen...dulu masa baru-baru kawen ok jer...dah beranak dua ni badan pon dah semakin bertambah gebuz...tu yang tak larat.
Mr. Sirpool belanja teh dengan pai ayam dan roti sosej( tak tau nama sebenar)..pai ayam kat sini memang sedap...time ni Nica: ayah..kita nak tido Hotel mana? ayah : kita tak tido Hotel satgi nak balik umah ada kerja. Nica: Lorrrr...kita mai sini nak minum teh ja...sambil buat muka tak puas hati...hahaha..lain kali yer sayang kita mai tido hotel.lepas minum teh kami pon berpatah balik untuk ke Pasar malam di Brinchang. Ibu sorang jer turun membeli...Sesak sangat-sangat..nasib baik anak -anak tak ikut...dah macam malam raya orang punyer la ramai membeli..so yang sempat ibu beli sayur-sayuran, key chain untuk kawan-kawan, cekak, udang celup tepung dan beberapa barang lagi ..dah lupa...hihikk..
Okey la sekian dulu yer dari kami sekerluarga...gambar kenangan di hadapan Lavender Garden..gambar ni di snap oleh pelancong dari Jepun..tima kasih banyak...walau pon dia cakap bahasa jepun ..hihihikk ..sangat la lawak...dah macam ayam dan itik bercakap..sebab dia tak boleh berbahasa English...apa apa pon tq la Mr. sebab sudi tolong amik gambar kami....
cameron best kan kak...lavender garden tu pun best...cantik2 bunga kat situ..masa hari tu, lama kami kat sana...dekat sejam setengah rasanya...
ReplyDeleteyg penting anak2 hepi..betul tak kak?
a'ha..mmg best sangat..perasan diri mcm kat oversea..kihkihkih...yang penting anak-anak happy..itu la tujuan kita.
ReplyDelete