Monday, 25 March 2013

Hadiah Dari Suami Tercinta

Entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk..jangan salah faham yer..Dua minggu yang lepas ibu dapat hadiah dari suami terchinta...TQ yer abang ...LOve U so Muchhhhh...hihihihikk..hadiah sempena besday ibu...sekarang dah ada pengganti wira maroon..pasni leh la ronda-ronda dengan kereta

Sekian...bye-bye.

Thursday, 21 March 2013

Wira Maroon


Sabtu lepas ibu telah menjual kereta pertama ibu..Wuuuaaaaaaaaaa (sedihh ooo).wira maroon yang telah banyak berjasa kepada ibu, selama 9 tahun ke mana sahaja wira ni la yang ibu bawa. Keta ni ibu beli dengan hasil titik peluh ibu sendiri, selepas setahun ibu kumpul duit baru boleh beli kereta ni..masa tu zaman anak dara lagi..Masa beli wira maroon ni ibu bekerja di JAS Pulau Pinang. Sebab-sebab kenapa ibu beli kereta ni, disebabkan dah tak tahan kena hujan setiap petang masa balik dari kerja..mengigil bawa moto meredah hujan lebat..Banyak kenangan dengan wira ni...teringat zaman buat PJJ di POLIMAS, berulang alik selama 2 tahun setiap hujung minggu dengan wira ni. Memang banyak jasa sungguh kereta ni...kereta ni jugak la ibu bawa selama bekerja di Butterworth selama 7 tahun berulang alik dari Nibong Tebal, Pastu 1 tahun 3 bulan berulang alik ke Penang..Ibu  guna kereta ni dari zaman single sampai la dah beranak dua..ke mana sahaja dengan wiraku ini..sedih sangat nak jual..sob..sob..sob...tapi terpaksa juagak dijual atas sebab-sebab tertentu..


 Plet depan dah patah..
 

 P/S: kepada owner baru jaga baik-baik keta ni..Wuaaaaaa.....


Minggu yang sibuk

Morning semua...minggu yang sibuk dan yang amat memenatkan..Kerja di opis bertimbun-timbun mintak perlu disiapkan. Jom kita layan jer gambar meja ibu yang bersepah  dah macam sarang tikus..Entah-entah kalau tikus tengok pon takut nak buat sarang..huhuhu..sangat la semak.
 Ini adalah situasi di hari jumaat lepas..Alhamdulillah jumaat lepas berjaya juga ibu clearkan semuanyer..hari isni penuh balik meja...huhuhu..
Sekian dulu yer...

Tuesday, 12 March 2013

makan-makan di volcano shabu shabu

Assalamualaikum semua..Entry makan-makan lagi kali ni..asyik makan jer keja ibu ni, sampai opah nica pon dah tegur, cakap badan ibu dah banyak lemak..huhuhukk...tak per nanti ibu sapu felinna inch loss, kasi sapu semua lemak..kihkihkih.. berbalik pada tajuk masa ke KL 2 minggu lepas , biras ibu dengan kak umi belanja kami makan makanan tradisional jepun di Volcano Shabu Shabu yang terletak di dalam bangunan Shafbury Square Cyberjaya..

dapur untuk kita main masak-masak...
Ini la orang yang bertanggungjawab yang membelanja kami makan pada malam tersebut..Dato' Zack. Tima kasih yer Dato'.
Anna dah ready menunggu makanan.
Apa la agaknyer dibualkan oleh dua beranak ni, bukan main suka si tecik ibu ni. ni mesti dia berjaya kenakan ayahnnyer..
Ini pulak Kak Umi ..my kakak ipar..maintain cun dan slim, walaupon dah anak empat. Kak umi ni penat ai puji  u tau..Jom p bandung..hihihikk..
Ni pulak gambar tuan tanah ke daun dengan my daughter ..geram betui nica ni boleh plak dia buat iklan gigi masa amik gambar..
Sos yang sedap..lupa plak nak tanya nama sos ni..
Menu yang sihat bagi semua orang..

Chicke soup ..ermmm..so yummy...panaskan pastu campak jer apa yang kita suka ke dalam sup ni...sangat sedap.
Selepas ibu dah kenyang, ibu bawa anak-anak kuar, bagi Mr. Sirpool pulak makan tanpa gangguan..Pada mulanyer ibu ajak Anna jer keluar semua nak ikut..jomm..jom..
Sementara tungguh ayah makan..kita posing dulu..cepat-cepat sapa nak amik gambar angkat tangan. Budak-budak  ni kalau diajak bergambar..tak pernah ditolak..cepat jer berposing..Masa ni tudung dah berpindah kepada anna..
Anna ngan Awisy...Apa la yang diborak tu..depa ni sebaya, Sorang bulan tiga sorang lagi bulan 10.
Amboih-amboih Awisy, dok dekat -dekat Anna nampak..Selalunyer Awisy ni kuat menyakat orang..mana idak nyer dia sorang jer lelaki yang lain semua perempuan.
Ni Best friend forever..kalau depa dua orang ni dah berjumpa, ke mana saja berdua..samapai mandi pon bersama.Atilia and Aneesa. Untuk pengetahuan semua anak-anak kami huruf depan nama semua bermula dari huruf 'A'. Ni la adalah perjanjian oleh husband ibu dengan abang-abang iparnyer. Huruf ini kebetulan sama dengan nama tok wan dan tok (Ahmad dan Azizah). Kebetulan jugak nama abah ibu pon bermula dari 'A' (Ashaari).
Geram betui tengok si tecik ni..macam nak gigit-gigit jer pipinyer..suka gambar ni..
Ni pulak gambar dari hp yang tak seberapa..kelabu sikit.
Aneesa tengah memasak..ayah tolong snapkan gambar kakak.
Ibu..Restoran ni siap masuk paper lagi..hasil kesimpulan makanan yang dimakan..memang sedap..ermm...
Sekian dulu...Tatata..

Sunday, 10 March 2013

Menu lunch di Hujung Minggu

Dah menjelang petang baru dapat mengupdate blog..menu lunch untuk hari just menu yang simple dan mudah dimasak..kihkihkih..nak mudah jer kan...Hari ni ibu masak kari ayam, Daging goreng daun selasih, ayam goreng dan sambal belacan berserta ulam daun selasih...sangat heaven rasanyer bila dapat makan bersama sambal belacan. ni kalau mak mertua lalu berlakang pon tak sedar. Ketepikan segala diet,bila dah habis makan nanti baru kita fikir lain cara nak berdiet..kihkihkih...Daging goreng daun selasih atau kaprau  ni biras ibu yang ajar. sangat la heaven bila dimakan dengan nasi yang panas-panas...okey lah dulu yer ibu nak ke dapur jenguk kek coklat moist ibu yang masih dalam periuk kukus...ermmm...so yummy..


Thursday, 7 March 2013

Kenduri Sepupu husband @ Batu Caves

Assalamualaikum semua...selamat pagi pagi..last week ibu sekeluarga dijemput ke kenduri intan (sepupu Mr.sirpoo1) di Batu Caves. Majlis akad nikah pada berlangsung pada tarikh yang sangat cantik  1.3.13 di Sentul tapi kami tak dapat hadir sebab kami suami isteri bekerja pada hari tersebut. Jumaat lepas lepas jer jam 5.00 petang ibu balik umah packing baju apa yang patut. Tak sempat siap packing Mr.Sirpool ajak pergi Kulim amik Kamal( adik ipar ibu) sebab dia nak iku sama ke majlis tersebut. On the way gi amik kamal singgah Tesco Kulim dulu nak beli baju anak-anak dan baju ibu untuk ke kenduri itu. Tema bagi Keluarga warna peach, pusing-punya pusing  warna peach tak dak yang berkenan. Last-last ibu sambar jer peplum warna oren dan skirt labuh warna grey. Tudung memang dah ada warna peach tempah kat BFF ibu. Okey la tu janji ada warna peachkan. Pastu gi amik kamal, sampai Nibong Tebal singgah makan dulu dan balik umah packing apa yang patut kul 10.30 malam kami bertolak ke KL. Lebih kurang 2.30 pagi baru sampai KL.Keesokkan harinyer Kak Umi (kakak ipar ibu) ajak temankan pergi tesco cari baju untuk ibu mertua ibu. Tau jer la pergi tesco bersama dengan kanak-kanak ribena jenuh dok kepong kata orang penang.hahaha...Pada 3.3.13 majlis persandingan berlangsung di Batu Caves.Kami bertolak dari Kajang umah kak Umie pastu singgah Sentul untuk amik pengantin  dan terus ke Batu Caves.

Ni masa baru sampai. dok tunggu pengantin perbetul apa yang patut. Buruk betui muka ibu dok menahan panas. Gambar candid ni tau..ni kerja adik ipar ibu dik men.
Ni la rupa pengantinnyer...Selamat pengantin baru Intan dan suami. Semoga jodoh kamu berpanjangan sehingga akhir hayat..Aminn.. Gambar ni ibu cilok dari fb intan..hihihikk.Ibu tak bleh nak snap gambar sebab dok pengang tangan anak-anak ibu.
Ni plak gambar ibu dengan pengantin perempuan. Tq yer dik men sebab sudi amik gambar kakak ipar kamu ni..hahaha..Nampak tak bibir ibu keletihatan sedikit membengakak disebabkan ulser menyerang..sakitt ooo...dah macam bibir angelina jolie..hihihikk..perasaan betui..jimat duit tak yah nak cucuk-cucuk..
 Habis jer makan-makan, pastu apalagi jom berposing atas pelamin..hihihihikk. Ibu ngan anak-anak kesayangan ibu.





Ibu suka gambar ni..gambar ibu bersama nica, ana dan sepupu-sepupunyer..Okey la sekian dulu...

Tuesday, 5 March 2013

Kelas Dekorasi Kek


Selamat pagi semua..Hari ni buka blog terjumpa entry yang dah lama terpendam ni...hahaha..lupa nak update..citer ni di penghujung disember yang lalu..aduhaii sudah lama cerita ini terpendam yer..satu hari tu ibu terjumpa blog mama herda..pastu ternampak iklan mama herda nak mengadakan kelas dekorasi cup cakes..ibu memang dah lama teringin sangat nak belajar nak mendekorasi kek ni...
So pepagi lagi ibu dah sampai kat umah mama herda, dekat jer umah kami lebih kurang 5-10 minit jer. Sampai jer depan pintu mama herda sambut..memang sangat peramah orangnyer..Mula mama herda ajar macam mana nak buat kek..pastu sedia kan bahan-bahan untuk mendeko kek yang chomell...memang sangat tidak sabar ibu ni..teruja sangat-sangat...

Okey bahan-bahan dah ready..mari kita mendeko...hahhahaha ...dan ini la hasilnyer..jom kita tengok hasil kerja tangan ibu...hihihikkk
Tadaaaaaaaaaaaaaa....ni la hasil nyer..setelah bertungkus lumus..hahahahaha..terketar-ketar jugak tangan ni nak mendeko kek yang comel ini..tapi hasil tunjuk ajar mama herda berjaya jugak ibu mendeko kek yang comel ini...

Ini pulak gambar ibu amik dari fb mama herda...

 Dan ini la sifu ibu..mama herda, memang tabik la kat mama herda ni walaupon mempunyai anak-anak yang masih kecil masih boleh berbisnes..baru-baru ini ibu beli muka rasa ada muka mama herda..tahniah la mama herda..ibu doakan semoga bisnes kamu sukses selalu yer..memang best belajar dengan kamu.
Tatataaa...jumpa lagi yer (bajet macam ramai jer pembaca..kihkihkih..)