Thursday, 21 March 2013

Wira Maroon


Sabtu lepas ibu telah menjual kereta pertama ibu..Wuuuaaaaaaaaaa (sedihh ooo).wira maroon yang telah banyak berjasa kepada ibu, selama 9 tahun ke mana sahaja wira ni la yang ibu bawa. Keta ni ibu beli dengan hasil titik peluh ibu sendiri, selepas setahun ibu kumpul duit baru boleh beli kereta ni..masa tu zaman anak dara lagi..Masa beli wira maroon ni ibu bekerja di JAS Pulau Pinang. Sebab-sebab kenapa ibu beli kereta ni, disebabkan dah tak tahan kena hujan setiap petang masa balik dari kerja..mengigil bawa moto meredah hujan lebat..Banyak kenangan dengan wira ni...teringat zaman buat PJJ di POLIMAS, berulang alik selama 2 tahun setiap hujung minggu dengan wira ni. Memang banyak jasa sungguh kereta ni...kereta ni jugak la ibu bawa selama bekerja di Butterworth selama 7 tahun berulang alik dari Nibong Tebal, Pastu 1 tahun 3 bulan berulang alik ke Penang..Ibu  guna kereta ni dari zaman single sampai la dah beranak dua..ke mana sahaja dengan wiraku ini..sedih sangat nak jual..sob..sob..sob...tapi terpaksa juagak dijual atas sebab-sebab tertentu..


 Plet depan dah patah..
 

 P/S: kepada owner baru jaga baik-baik keta ni..Wuaaaaaa.....


No comments:

Post a Comment