Assalamualaikum semua...selamat pagi pagi..last week ibu sekeluarga dijemput ke kenduri intan (sepupu Mr.sirpoo1) di Batu Caves. Majlis akad nikah pada berlangsung pada tarikh yang sangat cantik 1.3.13 di Sentul tapi kami tak dapat hadir sebab kami suami isteri bekerja pada hari tersebut. Jumaat lepas lepas jer jam 5.00 petang ibu balik umah packing baju apa yang patut. Tak sempat siap packing Mr.Sirpool ajak pergi Kulim amik Kamal( adik ipar ibu) sebab dia nak iku sama ke majlis tersebut. On the way gi amik kamal singgah Tesco Kulim dulu nak beli baju anak-anak dan baju ibu untuk ke kenduri itu. Tema bagi Keluarga warna peach, pusing-punya pusing warna peach tak dak yang berkenan. Last-last ibu sambar jer peplum warna oren dan skirt labuh warna grey. Tudung memang dah ada warna peach tempah kat BFF ibu. Okey la tu janji ada warna peachkan. Pastu gi amik kamal, sampai Nibong Tebal singgah makan dulu dan balik umah packing apa yang patut kul 10.30 malam kami bertolak ke KL. Lebih kurang 2.30 pagi baru sampai KL.Keesokkan harinyer Kak Umi (kakak ipar ibu) ajak temankan pergi tesco cari baju untuk ibu mertua ibu. Tau jer la pergi tesco bersama dengan kanak-kanak ribena jenuh dok kepong kata orang penang.hahaha...Pada 3.3.13 majlis persandingan berlangsung di Batu Caves.Kami bertolak dari Kajang umah kak Umie pastu singgah Sentul untuk amik pengantin dan terus ke Batu Caves.
Ni masa baru sampai. dok tunggu pengantin perbetul apa yang patut. Buruk betui muka ibu dok menahan panas. Gambar candid ni tau..ni kerja adik ipar ibu dik men.
Ni la rupa pengantinnyer...Selamat pengantin baru Intan dan suami. Semoga jodoh kamu berpanjangan sehingga akhir hayat..Aminn.. Gambar ni ibu cilok dari fb intan..hihihikk.Ibu tak bleh nak snap gambar sebab dok pengang tangan anak-anak ibu.
Ni plak gambar ibu dengan pengantin perempuan. Tq yer dik men sebab sudi amik gambar kakak ipar kamu ni..hahaha..Nampak tak bibir ibu keletihatan sedikit membengakak disebabkan ulser menyerang..sakitt ooo...dah macam bibir angelina jolie..hihihikk..perasaan betui..jimat duit tak yah nak cucuk-cucuk..
Habis jer makan-makan, pastu apalagi jom berposing atas pelamin..hihihihikk. Ibu ngan anak-anak kesayangan ibu.
Ibu suka gambar ni..gambar ibu bersama nica, ana dan sepupu-sepupunyer..Okey la sekian dulu...
No comments:
Post a Comment