Wednesday, 4 September 2013

Peplum di pagi Raya

Assalamualaikum..sudah dipenghujung ramadhan baru dapat menghupdate gambar anak-anak berposing dengan peplum.Sekejap je hari dah 28 Syawal.Tahun ni ibu tak amik pon gambar family disebabkan perut ibu yang meragam sampaikan nak pi solat hari raya pon tak berani ..hanya dirumah dan ke toilet.Gambar  anak-anak ni pon ayah mereka yang amik..gambar di pagi raya..di rumah Opah...sepatutnyer tahun ni beraya di Kedah dahulu tapi disebabkan kononnyer ayah kena berkerja di pagi Syawal so kita tukar giliran la... Mula-mula bukan main semangat ayah nak pergi bekerja..lepas jer balik Solat Sunat Aidilfitri ayah terus berubah fikiran tak mo pi kerja...hahaha...mesti tak tenteram kan?? nak pi kerja kepala dok ingat ketupat rendang jer...hihiikkk...Akhirnyer join ibu ngan anak-anak beraya dirumah kawan-kawan dan sedara mara.
 Tahun ni dua anak dara ibu ni beraya dengan peplum jer..baju kurung ibu tak sempat jahit...yang selebih nyer ibu beli blouse dan skirt...
Ceria di pagi syawal,serba pink dari baju sampai ler ker kasut...Sampaikan ayah mereka pon dipaksa pakai baju pink...memang TAKKK..la kan Mr.Sirpool nak pakai kaler pink..hahahha...mau jer ibu gelak guling-guling kalau Mr.Sirpool pakai kaler pink..
 Tarian aper la nica buat tu...nasib baik la ayah layan jer anak-anak daranyer berposing..
Sampai sini dulu yer...setelah sebulan lamanyer tak berupdate blog ni..hari ni baru ada mood sikit nak update..okey jumpa lagi..

Thursday, 18 July 2013

Kari udang Galah dan Sambal Bilis bersama Terung Pipit

Ini adalah menu berbuka semalam...Kari Udang Galah  dan sambal bilis Bersama Terung Pipit..Menu yang sangat simple dimakan bersama ikan goreng dan nasi putih..meh di sini ibu kongsikan resepi...bulan puasa ni nak menaip pon slow macam kura-kura..Udang galah ni ada kawan yang bagi..memang rezeki bulan ramadhan...syukur Alhamdulillah..


Kari Udang Galah

Bahan-Bahan:
Udang Galah (kalau tak der guna udang biasa pon boleh)
2 ulas bawang merah ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 paket kecil Rempah Kari daging Babas ( di bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar Kerisik
Air
Santan 
Daun Kari
Halia (dihiris)
sedikit keledek oren dan kacang buncis
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Minyak untuk menumis
 

Cara-caranyer :

Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang bersama bawang merah, bawang putih, daun kari serta halia sehingga kekuningan.  Seterusnya masukkan rempah yang telah dibancuh dengan air tadi, masak sehingga pecah minyak...setelah itu masukkan santan ( ibu guna santan kotak jer) dan tambah sedikit air. Kalau suka pekat tak perlu tambah air. Kemudian masukkan kerisik dan biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan udang, dan keledek. seterusnya masukkan kacang buncis dan perasakan dengan garam, gula dan perasa ikut selera masing-masing yer.okey dah siap...
dan bolehlah dihidang dengan nasi putih...dan ikan goreng panas-panas..
ikan goreng simple...


Untuk resepi kedua pulak lagi mudah disediakan...
Sambal Bilis bersama Terung Pipit

Bahan-bahan:
Segengam terung pipit (dicelur dahulu)
Cili Kering (dikisar bersama belacan)
2 ulas Bawang Merah (dihiris)
1 ulas Bawang Putih (diketuk)
Ikan bilis
Air Asam Jawa
Garam, gula dan perasa
Minyak untuk menumis.

Cara-caranyer :
Panaskan minyak  dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian Masukkan cili kering yang telah dikisar. Biar kan seketika sehingga pecah minyak. Tak perlu kacau selalu...setelah cili masak masukkan air asam jawa dan sedikit air. Masukkan terung pipit dan ikan bilis.Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa ikut selera masing-masing. dan boleh la dihidang bersama nasi putih..mudahkan...selamat mencuba..











Wednesday, 17 July 2013

Udang Masala

 UDANG MASALA


Resepi:Chef Hanieliza
Sumber:Inahar’s

Bahan A:
500gm udang | dibersihkan
2 biji tomato | dibelah 4 @ 6 (saya tak guna)
3 tangkai daun kari
½ cawan yogurt asli (saya guna 1 cawan)
2 tangkai cili merah | dihiris serong
2 tangkai cili hijau | dihiris serong
2 sudu kecil serbuk cili

Bahan B: (kisar)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu besar jintan putih | kisar kering
1 sudu besar jintan manis | kisar kering
1 sudu besar lada putih | kisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara –cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
2.Masukkan udang dan tomato.Kemudian kacau rata.(Tambah air sekiranya perlu)
3.Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau.Kacau sebentar dan tutup api.
4.Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba

Air tangan seorang mak

Assalamualaikum semua....pejam celik pejam celik sat ja masa berlalu...dah 8 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan ...sekarang ni kalut sikit..habis jer opis hour terus amik nica kat school...pastu terus balik ke rumah untuk memasak juadah berbuka. Sampai jer kat rumah terus capai periuk belanga. Alhamdullillah setakat hari ini ibu tak pergi lagi bazar ramadhan..azam tahun ni tak mo dah membazir kat bazar ramadhan..lebih baik masak sendiri lebih terjamin kebersihan dan lebih sedap. Mr. sirpool bulan ini berkerja shift malam, so ibu kena la masak untuk bagi suami terchinta bawa bekal untuk berbuka. Walaupon kalut , tapi ibu puas hati dapat bekalkan juadah berbuka untuk suami berbuka. Hari Mr. Sirpool bekerja ibu berbuka kat umah mak jer...tak best kalau berbuka sorang-sorang. Kalau kat umah mak best sikit. Boleh makan mak masak..air tangan memang terbaik...
kalau tak silap ini juadah berbuka hari kedua berpuasa ibu masak udang masala,sayur kubis dan ayam masak kicap, mak pulak masak Siakap pati santan letak belimbing buluh, kuih seri muka,kacang panjang goreng telur pedas,sambal kelapa dengan ulam pucuk gajus dan agar-agar milo..perghhh..walaupon menu simple tapi memang sedap.
Bila combine jadi banyak pulak...alhamdulillah rezeki ramadhan
 Kuih Seri Muka Pandan
 Agar-agar milo
 Udang Masala (ibu yang masak ni)

 Ayam Masak kicap
 Ikan Siakap pati santan belimbing buluh (resepi ni lebih kurang macam sambal tumis tapi ditambah dengan santan)
Sambal nyiuq (sambal kelapa) dimakan dengan pujuk gajus..ermmm...memang sedap.

Wednesday, 10 July 2013

Ronda -ronda Cameron Highlands

Assalamualaikum..ceritera di pertengahan bulan Jun tapi hari ini baru dapat di update..hihihikk..perancangan awal Mr. Sirpool ajak ker Lake Town Resort, Bukit Merah kerna ada family day geng bikers yang Mr.Sirpool join..pastukan ibu cakap kalau setakat Bukit Merah drive sendiri pon boleh 20 minit jer dari rumah, pastu ibu bagi cadangan yang sangat bernas la masa tu " Jom kita pi Cameron Highlands nak?? "hihikkkk..sekali permintaan hati ditunaikan ..sangat2 la riang tak terkata....dah lama tak ke cameron...Kami tak rancang nak bermalam di sana, just ronda-ronda cuci mata. Tempat pertama yang kami singgah ialah Lavender Garden, tempat ni sangat la cantik dengan bunga-bunga yang tengah mekar. nak masuk ke sini kena bayar Dewasa RM 5 Kanak-kanak RM 3..tapi besar Annatasya tak dikenakan bayaran...Best ronda-ronda kat sini boleh hirup udara yang nyaman dan lihat pemandangan yang cantik boleh hilang stress dalam kepala..
Lavender ..

Daisy

Daisy Oren..sangat la cantik..kan best kalau boleh tanam kat rumah...kat rumah kita hanya boleh tanam orkid disebabkan pasu-pasu bunga digantung...kalau ada pasu yang dibawah alamatnyer jadi tempat kucing-kucing jiran membuang...huhuhuhukk..so lebih baik tak payah tanam bunga. Walaupon dalam hati sangat la teringin nak ada pokok bunga kat rumah.

 
 Annatasya
 
 Mereka berdua...
 
 Kami bertiga..lepas melayan pemandangan dengan bunga-bunga yang cantik ..kami naik ke bahagian atas pulak untuk petik strawbery..ermm..anak-anak sangat la suka..
 Sempat lagi berposing....disebelah kanan kita dapat lihat bunga-bunga segar..disebelah kiri pula ada sarang-sarang lebah...sangat cool...
 
Okey masa untuk petik strawbery

Nica punya la seronok...semua dia nak petik..walaupon strawbery tu tinggi tetap nak petik..padahal kat rak bawah pon banyak...suka hati kamu la Nica janji kamu Happy...
Annatasya yang sangat la suka mengunting buah strawbery..habis semua nak dipotong...kalau dibiarkan habis botak pokok-pokok tu...
Muka menahan masam...hihihikk..
 
 ermmm..ni la hasil petikan nica dan Anna.
Mr.Sirpool tengah tunggu pekerja packing buah yang kami petik tadi...Sekilo RM 15..so buah yang petik tadi sekilo lebih..RM 25. Selepas seisi petik buah kami minum dulu kat sebelah..ada cafe yang comel..kami just order Strawbery blended...memang terasa fresh buah strawbery...
Lepas habis minum kami pon cadang nak ke  Cameron Valley Tea untuk minum tea dan nak tunjuk pokok teh kat anak-anak.
Bila sampai jer kat bawah...nampak pulak ice cream...ermm...layan ice cream dulu la...
Masa nak ke Cameron Valley Tea kami terpaksa menempuh kesesakan jalan selama satu jam setengah...
Bukan main panjang...

 
Selepas Brinchang ...traffic lancar...ini disebabkan pasar malam telah dibuka..semua pakat nak cari parking...plan masa balik nanti baru nak singgah pasar malam...dan akhinyer sampai jugak kami setelah ke Ladang teh..bukan tak pernah mai kat sini..tapi tetap nak pi jugak..kira lokasi wajib kalau mai Cameron.
Masa turun tangga yang agak tinggi untuk ke ladang teh ni ok...Subhanallah ....memang sangat cantik pemandan di sini..tapi bab nak naik balik...memang memenatkan..tercunggap-cunggap ibu ni...rasa dah macam ikan tak cukup oksigen...dulu masa baru-baru kawen ok jer...dah beranak dua ni badan pon dah semakin bertambah gebuz...tu yang tak larat.


Mr. Sirpool belanja teh dengan pai ayam dan roti sosej( tak tau nama sebenar)..pai ayam kat sini memang sedap...time ni Nica: ayah..kita nak tido Hotel mana? ayah : kita tak tido Hotel satgi nak balik umah ada kerja.  Nica: Lorrrr...kita mai sini nak minum teh ja...sambil buat muka tak puas hati...hahaha..lain kali yer sayang kita mai tido hotel.lepas minum teh kami pon berpatah balik untuk ke Pasar malam di Brinchang. Ibu sorang jer turun membeli...Sesak sangat-sangat..nasib baik anak -anak tak ikut...dah macam malam raya orang punyer la ramai membeli..so yang sempat ibu beli sayur-sayuran, key chain untuk kawan-kawan, cekak, udang celup tepung dan beberapa barang lagi ..dah lupa...hihikk..
 Okey la sekian dulu yer dari kami sekerluarga...gambar kenangan di hadapan Lavender Garden..gambar ni di snap oleh pelancong dari Jepun..tima kasih banyak...walau pon dia cakap bahasa jepun ..hihihikk ..sangat la lawak...dah macam ayam dan itik bercakap..sebab dia tak boleh berbahasa English...apa apa pon tq la Mr. sebab sudi tolong amik gambar kami....

Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan dan Selamat menjalani Ibadah Puasa


Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat islam..Semoga bulan yang penuh keberkatan ini kita tidak abaikan ...marilah kita bersama-sama melipat gandakan amalan dan pahala...semoga Amal ibadah kita diterima Allah SWT..Aminnnnn...malam ni jangan lupa terawih yer...perbanyakkan sedekah dan membaca Al-Quran yer kawan-kawan..

Wednesday, 3 July 2013

Durian Balik Pulau memang Terbaiksss....

Assalamualaikum...rasanyer minggu ni adalah minggu makan-makan..sana-sini asyik nak buat jamuan...baru-baru ni unit ibu dan geng di stor  adakan jamuan Durian...memang sangat heaven lah dapat makan durian balik pulau. Durian balik adalah durian yang paling sedap di Pulau Pinang. Ulasnyer tak payah cakap la..seulas pon dah kenyang...memang tak tahan bau durian ni..Menu utama adalah DURIAN, pulut, ikan masin, roti jala, mee kari dan bihun goreng tom yam...ibu hanya amik gambar durian dan selepas itu ibu menjamu selera sampai lupa nak amik gambar yang lain..hahahaha..memang dasar mulut dinosour...
 Durian Balik Pulau memang terbaikss...ibu makan 4 ulas jer..tapi kenyangnyer rasa macam makan sebiji...

 Kek yang di sponsor oleh En. Wahab untuk staff yang menyambut besday.
 Unit ibu ni hanya 2 orang jer pompuan yang lain semua lelaki...nampak tu..ibu ngan kawan ibu ni kira wanita kental la gitu..cewahhhh..kerja dikalangan  kaum adam..hahahaha...
Malu-malu pulak en. Din ni...nak potong kek pon dok tersenyum simpul..hahaha...Happy Besday yer En. Din....k lah sampai sini dulu yer...nanti ibu sambung citer makan -makan lagi yer...Tata..