Wednesday 9 January 2013

Pulau Pangkor Part 1

Assalamualaikum semua ..cerita ni tertanguh seminggu lebih dah ..hari ni baru ada kelapangan..di penhujung tahun 2012..Suami ibu yang baik hati bawa kami sekeluarga pi jalan-jalan..ermm..bestkan. Mula kami plan nak ke KL..pastu dalam kereta ubah fikiran pulak nak ke pulau..Mula-mula Mr. Sirpool ajak pi Pulau Langkawi..Ibu cakap Langkawi dah banyak kali pi..Kita ke Pulau pangkor pulak la..So kita pun sepakat nak ke Pulau Pangkor. Dari Nibong Tebal ke Lumut amik masa dalam 2 jam lebih..sepanjang perjalanan kita hujan renyai-renyai. Tanpa booking hotel kami redah terus jer ke Lumut. Sampai di Lumut cari tempat parking kereta. Bagi yang tak pernah pergi ke Pulau Pangkor, Tempat parking nyer boleh dapat di Lumut. Semlam Rm 30. Kebetulan masa kami sampai di tempat parking ada seorang kakak tanya hotel dah booking ker? dengan selamber Mr. Sirpool cakap belum. So melalui kakak tu kami dapatkan hotel. Duit booking untuk tempahan hotel bayar RM 30.

 Ini adalah suasana di pekan Lumut. kat sini macam-macam makanan laut ada dijual. Seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, keropok ikan macam-macam lagi la sewaktu dengannyer. Selain makan laut ada juga jual pakaian dan topi-topi yang cantik. mintak maaf la tak sempat nak amik gambar sebab sibuk dengan anak-anak.
Lapan tahun yang lepas rasanyer belum ada pemandangan macam ni. Lumut memang dah maju.

Nica tengah tunggu ayah angkut barang-barang kami.
Asal nampak kamera jer Anna akan buat peace dan kepala akan disengetkan sebelah. Ini adalah fesyen terbaru Anna berposing.
Kat Jeti Lumut tengah tunggu ayah beli tiket bot.
Dalam Bot menuju ke Pulau Pangkor. Hujan masih turun..tapi tak la lebat.
Ini la bot untuk ke Pulau Pangkor. Harga tiket untuk dewasa RM 10 pergi balik. Sampai jer Pulau Pangkor perut dah berkeroncong mintak diisi.

Sampai jer kat Jeti Pangkor kita akan dapat lihat ada sebuah Kopitiam. Bersebelah Kopitiam ni ada surau.
Pangkor Kopitiam makanan kat sini harga lebih kurang macam kat kopitiam .Ibu pernah tengok satu rancangan TV3 tentang Pangkor Kopitiam ni.  Bila dah sampai sini nak jugak la merasa.Rugi la kan dah alang-alang sampai kami singgah la.. sebelum ke hotel.Kita makan dulu..

Kopitiam yang terapung di atas laut, boleh lihat pemandangan dan pelbagai bot.Petang tu kami order..
Swiss Roll..dalam nyer berinti udang kalau tak salah dan dibalut dengan kulit popia. Memang sedap.
Nasi putih makan bersama daging masak merah dan telur dadar. Daging merah ni sepinggan RM 8. daging memang banyak.
Daging Masak Merah
Nasi goreng cina ni pulak untuk Nica. Memang sedap nasi goreng ni, terasa seafood didalamnyer.

Nica yang semakin montel.
Mr. Sirpool dan Anna, dua-dua kelapan tahap gaban agaknyer...hihihikk..okey la nanti kita sambung Part 2 pulak yer..sekian dulu Tata..

2 comments:

  1. sekali-skala pi makan angin memang best kan kak efa..ni holiday yang tak dirancang,disebabkan dah janji ngan nica nak baw jalan-jalan so kena la tunai..

    ReplyDelete