Sunday 31 March 2013

Cup Cakes Hantaran Adik Ipar

Assalamualaikum semua...selepas ibu belajar dekorasi kek, tak pernah nak cuba buat,,ni kiranyer first time cuba buat dekorasi kek.Maaflah kalau dekorasinyer masih comot, tangan masih keras lagi. Cupcakes ni untuk hantaran adik ipar ibu, last week di Sungai Petani. Ibu buat dekorasi ni sampai kul 2 pagi. Tu la awal-awal tak mo buat, merayap ke Tesco..hihihikk..k la jom layan gambar. Tema sebelah lelaki purpe, so ibu combinekan purple dan pink..bagi comel sikit..

ini lah hasilnyer

Butterfly
Ini rose yang belum ada titisan embun..konon-kononnyer..kih..kih..kih..
Butterfly menghiasai rose ibu..
Okey ibu letak sedikit titisan air embun bagi nampak real sikit.
 Okey..sampai sini dulu yea..Selamat penganti baru untuk adik ipar ibu..Kamal dan pasangannyer Nini..Semoga kalian kekal ke Akhir Hayat.Aminn..

Nota Kaki: bagi otai-otai yang pro dekorasi cupcakes ni, sila la bagi tunjuk ajar kepada saya budak baru belajar ni.

Friday 29 March 2013

Night Market @ Juru

Malam hujung minggu tak ke mana boring jugak kan..so ibu sekerluarga pon keluar pusing-pusing dan tersinggah la di Night Market @ Juru..Kedai -kedai ni dibuka bermula pukul 7.00 malam setiap hari. Kalau di hujung minggu memang orang ramai sangat-sangat.Kat sini terdapat macam-macam barang-barang yang comel-comel belaka. Kat sini memang banyak barangan untuk perempuan mcm handbag, jam tangan, cekak rambut , pelbagai kosmetik, barang perhiasan rumah, mainan dan macam-macam lagi. Semua comei-comei. Kalau bawa anak gadis mesti tak mau balik rumah punyer..Jom layan gambar, hari ni malas nak menaip panjang-panjang.
ni pemandangan hadapan.
nica dan ayah. Malam ni hujan agak lebat.so kena lari-lari meredah hujan sambil menutup kepala anak-anak ibu di kawasan tak berbumbung.
Lantai masih basah.
Barangan hiasan rumah. sorry la gambar tak secantik dslr ibu just guna hp cap ayam.hihihikk
peace..
blouse yang comei-comei.

tiga beranak ni tengah menonton tarian cina. Kalau hujung minggu memang ada show.
okey sekian dulu untuk hari ini.

Wednesday 27 March 2013

Terubuk bakar Vs sambal kicap


Terubuk Bakar Vs Sambal Kicap
Bahan-Bahannyer:
Seekor ikan terubuk (dibelah belakangnyer)
Garam & Serbuk Kunyit
3 biji Cili Merah
10 Biji Cili Padi (kalau suka pedas boleh tambah)
2 Batang Serai
2 Ulas Bawang Merah
1 Ulas Bawang Putih
Air  Asam Jawa
Belacan
Bawang Besar (dihiris kasar)
Garam, gula & Perasa

Cara-caranyer : 
Ikan terubuk perlulah dibersihkan terlebih dahulu dan gaulkan garam dan serbuk kunyit kemudian ketepikan sebentar.  Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan, garam, sedikit gula dan serai sehingga lumat. Setelah itu perahkan air asam jawa yang pekat. Gaulkan sebati. Keluarkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi masukkan ke dalam bekas, kemudian masukkan bawang besar kacau sebati. Kemudian sumbatkan/ masukkan bahan tadi ke dalam ikan terubuk. Akhir sekali ambil Pemangang Ajaib, titiskan sedikit minyak masukkan ikan kedalam pemangang dan bakar sehingga masak.Okey dah Siap..

Sambal kicap:
Cili Padi (dipotong)
Bawang Besar (dipotong)
Kicap 
Limau kasturi

Caranyer: campurkan semua sekali..mudah dan senang.
Selamat Mencuba...

Bawal Emas Masak kari Mamak

Bawal Emas Masak Kari Mamak
Bahan-Bahannyer:
Seekor ikan bawal emas
1 ulas bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1-2 biji cili merah (kisar)
1 paket serbuk kari babas
1 sudu besar serbuk cili babas (kalau tak suka pedas tak perlu tambah)
daun kari
halba campur
minyak
asam keping (2 keping)
garam dan  perasa
2 biji limau kasturi
minyak masak

Cara-caranyer:
Perap ikan bawal emas bersama limau kasturi selama 20-30 minit. Kemudian goreng sehingga kekuningan tak perlu garing dan ketepikan sebentar.
Untuk membuat kuah kari..Panaskan minyak tumis bahan kisar (kecuali cili merah) bersama halba campur sehingga garing atau naik bau. Bancuh serbuk kari,cili merah yang dikisar dan serbuk cili bersama sedikit air. Masak sehingga pecah minyak..kemudian tambahkan sedikit air (ikut selera masing-masing nak kuah banyak tambah air banyak , bagi ibu suka yang sederhana)  biarkan seketika sehingga mendidih, masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian masukkan asam keping. Masukkan bendi dan perasakan dengan garam dan perasa sesedap rasa.Kemudian boleh la dihidang dan taburkan daun kari..ermm..dah siap..

Selamat menjamu selera...

Monday 25 March 2013

Makan-makan @ Waruang Paksu Kuala Juru

Hujung minggu lepas semua keluarga sebelah Mr. Sirpool berkumpul di rumah ibu. Sangat la meriah rumah ibu, riuh rendah dibuatnyer dengan anak ibu dan anak-anak sedara ibu. Selepas penat seharian berjalan-jalan kami ke Warung Paksu di Kuala Juru untuk menjamu selera. Jom la kita layan gambar dulu..

Udang Goreng kunyit, saiznyer memang puas hati.
Siakap Bakar dengan air asam yang meletoPPP...memang terbaikss
Sotong Bakar.

dan menu yang paling best malam tu ketam masak cili. Order 16 ekor untuk 8 orang dewasa makan. ingatkan sikit la. sekali dia letak tiga pinggan yang besar. Mula-mula kami cakap banyak ni mesti tak habis...

Seisi menjamu selera. disebabkan ibu jer tangan tak kotor lagi ..so kena paksa amik gambar, padahal ni dok telan air liur jer ni..tak tahan tengok menu...kihkihkihh...buruk sunguh perangai :P
Sorry la gambar agak kelabu disebakan guna kamera hanset yang murah jer..Akhir sekali semua ketam yang banyak tadi habis ditelan oleh kami semua...hihihihikk...Tinggal kulit jer...
Sebagai bukti tinggal kulit jer..Ni baru dalam pinggan Mr.Sirpool jer...kalau tengok pinggan ibu mesti pengsan..hihihihikk..

Hadiah Dari Suami Tercinta

Entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk..jangan salah faham yer..Dua minggu yang lepas ibu dapat hadiah dari suami terchinta...TQ yer abang ...LOve U so Muchhhhh...hihihihikk..hadiah sempena besday ibu...sekarang dah ada pengganti wira maroon..pasni leh la ronda-ronda dengan kereta

Sekian...bye-bye.

Thursday 21 March 2013

Wira Maroon


Sabtu lepas ibu telah menjual kereta pertama ibu..Wuuuaaaaaaaaaa (sedihh ooo).wira maroon yang telah banyak berjasa kepada ibu, selama 9 tahun ke mana sahaja wira ni la yang ibu bawa. Keta ni ibu beli dengan hasil titik peluh ibu sendiri, selepas setahun ibu kumpul duit baru boleh beli kereta ni..masa tu zaman anak dara lagi..Masa beli wira maroon ni ibu bekerja di JAS Pulau Pinang. Sebab-sebab kenapa ibu beli kereta ni, disebabkan dah tak tahan kena hujan setiap petang masa balik dari kerja..mengigil bawa moto meredah hujan lebat..Banyak kenangan dengan wira ni...teringat zaman buat PJJ di POLIMAS, berulang alik selama 2 tahun setiap hujung minggu dengan wira ni. Memang banyak jasa sungguh kereta ni...kereta ni jugak la ibu bawa selama bekerja di Butterworth selama 7 tahun berulang alik dari Nibong Tebal, Pastu 1 tahun 3 bulan berulang alik ke Penang..Ibu  guna kereta ni dari zaman single sampai la dah beranak dua..ke mana sahaja dengan wiraku ini..sedih sangat nak jual..sob..sob..sob...tapi terpaksa juagak dijual atas sebab-sebab tertentu..


 Plet depan dah patah..
 

 P/S: kepada owner baru jaga baik-baik keta ni..Wuaaaaaa.....


Minggu yang sibuk

Morning semua...minggu yang sibuk dan yang amat memenatkan..Kerja di opis bertimbun-timbun mintak perlu disiapkan. Jom kita layan jer gambar meja ibu yang bersepah  dah macam sarang tikus..Entah-entah kalau tikus tengok pon takut nak buat sarang..huhuhu..sangat la semak.
 Ini adalah situasi di hari jumaat lepas..Alhamdulillah jumaat lepas berjaya juga ibu clearkan semuanyer..hari isni penuh balik meja...huhuhu..
Sekian dulu yer...

Tuesday 12 March 2013

makan-makan di volcano shabu shabu

Assalamualaikum semua..Entry makan-makan lagi kali ni..asyik makan jer keja ibu ni, sampai opah nica pon dah tegur, cakap badan ibu dah banyak lemak..huhuhukk...tak per nanti ibu sapu felinna inch loss, kasi sapu semua lemak..kihkihkih.. berbalik pada tajuk masa ke KL 2 minggu lepas , biras ibu dengan kak umi belanja kami makan makanan tradisional jepun di Volcano Shabu Shabu yang terletak di dalam bangunan Shafbury Square Cyberjaya..

dapur untuk kita main masak-masak...
Ini la orang yang bertanggungjawab yang membelanja kami makan pada malam tersebut..Dato' Zack. Tima kasih yer Dato'.
Anna dah ready menunggu makanan.
Apa la agaknyer dibualkan oleh dua beranak ni, bukan main suka si tecik ibu ni. ni mesti dia berjaya kenakan ayahnnyer..
Ini pulak Kak Umi ..my kakak ipar..maintain cun dan slim, walaupon dah anak empat. Kak umi ni penat ai puji  u tau..Jom p bandung..hihihikk..
Ni pulak gambar tuan tanah ke daun dengan my daughter ..geram betui nica ni boleh plak dia buat iklan gigi masa amik gambar..
Sos yang sedap..lupa plak nak tanya nama sos ni..
Menu yang sihat bagi semua orang..

Chicke soup ..ermmm..so yummy...panaskan pastu campak jer apa yang kita suka ke dalam sup ni...sangat sedap.
Selepas ibu dah kenyang, ibu bawa anak-anak kuar, bagi Mr. Sirpool pulak makan tanpa gangguan..Pada mulanyer ibu ajak Anna jer keluar semua nak ikut..jomm..jom..
Sementara tungguh ayah makan..kita posing dulu..cepat-cepat sapa nak amik gambar angkat tangan. Budak-budak  ni kalau diajak bergambar..tak pernah ditolak..cepat jer berposing..Masa ni tudung dah berpindah kepada anna..
Anna ngan Awisy...Apa la yang diborak tu..depa ni sebaya, Sorang bulan tiga sorang lagi bulan 10.
Amboih-amboih Awisy, dok dekat -dekat Anna nampak..Selalunyer Awisy ni kuat menyakat orang..mana idak nyer dia sorang jer lelaki yang lain semua perempuan.
Ni Best friend forever..kalau depa dua orang ni dah berjumpa, ke mana saja berdua..samapai mandi pon bersama.Atilia and Aneesa. Untuk pengetahuan semua anak-anak kami huruf depan nama semua bermula dari huruf 'A'. Ni la adalah perjanjian oleh husband ibu dengan abang-abang iparnyer. Huruf ini kebetulan sama dengan nama tok wan dan tok (Ahmad dan Azizah). Kebetulan jugak nama abah ibu pon bermula dari 'A' (Ashaari).
Geram betui tengok si tecik ni..macam nak gigit-gigit jer pipinyer..suka gambar ni..
Ni pulak gambar dari hp yang tak seberapa..kelabu sikit.
Aneesa tengah memasak..ayah tolong snapkan gambar kakak.
Ibu..Restoran ni siap masuk paper lagi..hasil kesimpulan makanan yang dimakan..memang sedap..ermm...
Sekian dulu...Tatata..