Thursday, 6 September 2012

Pulau Aman Bersama OPismate

Selamat pagi semua...hari Rabu lepas opismate ibu ajak join depa pi makan mee udang Pulau Aman time lunch. Mula-mula ibu tolak sebab banyak sangat benda yang nak kena buat segera. cehhh...mula-mula memang menolak tawaran depa, akhirnyer termakan jugak dengan pujuk rayu mereka itu...huhuhu..

 Ini la Kompleks Batu Musang tempat orang parking kereta untuk ke Pulau Aman.
 Yang ini pulak jalan menuju ke Jeti untuk naik Bot ke Pulau Aman. Ini la kali pertama ibu ke Pulau Aman. Selalunyer sampai kat Jeti Batu Musang  dan Restoran The Ridge yang terletak bersebelahan. Dalam entry terdahulu ibu ada cerita tentang Restoran ni. Okey anda boleh klik di sini ya.. http://safiachinta.blogspot.com/2012/07/fareware-diana.html.
 Ini pulak Jadual bot untuk ke Pulau Aman tak kan la iklan jual perabot pulak. Apa la ibu ni...
 Berposing  di Jeti ke Pulau Aman bersama Linda. Kat opis ibu kami satu unit, dan kami 2 orang jer la pompuan yang lain semua lelaki. So klu tak kawan dengan dia nak kawan ngan sapa lagi.
 Ini pulak Hajar tuan empunya blog http://jattbidin.blogspot.com/. Gambar ni di ambil masa atas bot. Perjalanan dari Jeti Batu Musang ke Pulau Aman  mengambil masa dalam 5 - 10 minit. Ikut kelajuan bot la dan cuaca. Boleh jugak kan amik kira cuaca.. hihikkk, suka hati ibu jer buat kenyataan.. Hahaha.

 Ini pulak Linda bersama Cik faridah, yang dah meletak jawatan .. huhukk. Hilang lg sorang kawan. sedihnyer..sob..sob..lakonan semata-mata..
 Macam biasa gambar tuan empunya blog.
 Yeaa..akhirnyer sampai jugak Pulau Aman.
 Restoran terapung menjadi sasaran pertama kami. Agenda utama ke Pulau Aman adalah untuk makan Mee Udang Pulau Aman.



 Menu makanan dan minuman yang ada di restoran ni.

 Ni la rupa Mee Udang Pulau Aman kepunyaan ibu. Mee Udang biasa. Klu nak Mee udang special saiz udang berbeza, udang lebih besar dan kuantiti lebih banyak. Gambar nasi goreng di bawah ni kepunyaan opismate ibu. Semua pakat makan nasi goreng Udang. Sebelum pi Pulau Aman semua cakap nak makan mee udang last-last ibu sorang jer makan mee udang.
 Limau Asam Boi pilihan ibu untuk menghilangkan dahaga.
 Posing bersama Mee Udang.
  Ini lah rombongan Che Kiah yang  turut serta ke Pulau Aman bersama saya.
Semua sedang khusyuk menikmati.Best ooo makan sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa.
dan akhirnya Hanya tinggal kepala udang jer. yang lain semua licin ibu telan kecuali kulit udang.. Kulit udang ibu tak telan sekali Okey...Tak kan la ibu nak telan kulit udang tu skali agak-agak la hampa ni...keras tu, tersangkut kat anak tekak ibu ni sapa nak nolong...
 Lepas makan kami layan ais krim pulak. Sedap jugak skali sekala makan. Pastu yang lg best kami dapat naik bot yang laju dan ditaja oleh seorang hamba Allah yang baik hati. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi naik bot ni. Kalau tidak terpaksa la kami tunggu bot penumpang.
 Ni la Geng yang bagi kami menumpang bot mereka. hihikk..Kebetulan kawan ibu kenal tuan empunya bot ni. itu yang dapat naik bot yang laju ni.
Terima kasih kepada uncle bot ni sebab sudi hantar kami.Sekian..entry yang akan datang ibu akan update tentang Pulau Aman Bersama Keluarga dan  Mertua pulak..Bersambung..

Wednesday, 5 September 2012

Raya 2012

Haii semua...hari ni ibu nak citer pasal Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut oleh semua umat islam. Sempena bulan yang mulia ni  jom layan gambar raya ibu dan family, yang bestnyer raya ni kita sambut raya di Penang dulu disebabkan en. Sirpool bekerja pada malam raya dan malam raya pertama. Yeaaa...suka betul ibu dapat beraya dengan mak dan abah tersayang...hihihikk . Okeylah, ibu dah melalut panjang pulak..jom layan gambar-gambar yang sempat ibu amik time raya. Gambar di atas tu dua anak dara ibu yang tengah berposing dengan baju raya masing-masing.

Anna dengan duit raya, ke mana saja usung duit raya. Time raya ni pantang nampak orang bawak keluar sampul duit, Anna akan cakap duit-duit. Lawak betul anak ibu ni, klu nak dapat duit raya sanggup dia salam dan kiss pipi orang yang kasi duit kat dia..Anna..Anna.
Aneesa tengah berposing dengan baju raya. Punyer posing sampai tenggelam jari kat pipi, klu jadi lesung pipit okey la jugak..
haa..ini pulak macam biasa la gambar tuan empunya blog..tengok tu ada jer yang nak menyibuk sama.ingatkan gambar ibu sorang tgk2 ada pulak si comel ibu disebelah...
Kan ibu dah cakap ke mana saja Anna akan usung duit raya dia, tak boleh dipisahkan dari duit raya.
Ni gambar family ibu, tema kali ni ibu pilih warna hitam. ramai pulak ibu tengok tahun ni tema warna hitam.Mula-mula En.Sirpool cakap naper warna hitam, macam tak sesuai jer dengan anak-anak dia cakap. tapi disebabkan baju ibu dah warna hitam so semua kena pakai warna hitam.hihihikkk...
Anna berposing dengan baju raya yang  ke-2 dan kasut raya. Time ni nak pergi beraya rumah mak saudara ibu di Bandar bahru, Kedah.
Tengok tu sempat lagi anak-anak dara ibu berposing sementara tunggu Opah bersiap..

Anna berhari raya di rumah mak ngah dekat Jitra, Kedah. Mak Ngah ni sepupu sebelah ayah Anna dan nica.Masa kami sampai ada KFC atas meja, apa lagi layan jer la. Bestkan time raya dapat makan KFC. Anak-anak ibu klu dapat KFC ni bukan main suka.  Jemu jugak asyik makan kuih jer..
Kebetulan dihadapan rumah mak ngah ada taman permainan. Anna dan nica tak lepas peluang la untuk bermain. Ibu la kena jadi peneman anak-anak ibu sementra ayah berbual kat dalam umah mak ngah.
Ini Nica dan kakak Atilia, sepupu Nica. Depa ni kalau dah berjumpa kemana saja berdua. Nica panggil Atilia dengan panggilan kak LALA. ni kira nama manja Atilia. Suka-suka jer Nica ni tukar nama orang..yang lawaknyer Atilia pon layan...hahaha
Dua beradik yang tengah berebut sapa yang nak turun dulu. Last-last si kakak beralah bagi si adik turun dulu.
Suka tengok gambar ni. Gambar ni ibu amik masa di kampung  ayah. Masa kecik-kecik dulu ayah dok kat sini la.. Masa ni kami pergi beraya di rumah Tok Tam Nica dan Anna. Best sangat view kat sini. Tenang jer , nampak padi-padi yang telah berkuningan. Padi-padi ni tunggu nak dituai jer.
Aneesa di kampung Ayah.
dan akhir sekali gambar Si comel Atilia.. Peace.. Okey lah sampai di sini dulu. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga...Raya kan sebulan..ibu pon masih mood raya.

Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sekejap jer rasanyer kita berpuasa. lagi 3 hari semua umat islam akan menyambut Aidilfitri, Sempena 1 syawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam. Maaf Zahir Batin yer . Kad ucapan di atas saya amik dari en. Google jer...

Thursday, 26 July 2012

Resepi Ikan pari Asam Pedas Johor

Hai semua...pejam celik pejam celik sat jer kita dah 6 hari berpuasa kan. Sungguh cepat rasanyer masa berlalu sekarang ni. Entry yang lepas ibu ada janjikan nak bagi resepi ikan pari asam pedas johor. hari  ni sebenarnyer malas nak update blog tapi disebabkan permintaan ibu mengandung nak kan resepi ni. so terpaksa la jugak update, nanti meleleh pulak air liur baby dia bila kuar nanti. mudah ja nak buat asam pedas ni. jom tgk resepi kat bawah .

Ikan Pari Asam Pedas Johor
Bahan-bahannyer:

1/2 kg ikan pari
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
1 batang serai (dititik)
1 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranyer :
Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar. Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar   masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak . Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum. akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak. So boleh la dihidang untuk berbuka..selamat mencuba yer Didi Diana.

Wednesday, 25 July 2012

Menu berbuka puasa Hari ke Empat

 Hari keempat berpuasa ibu bekerja. Tepat Jam 5.00 ptg ibu bergegas pulang ke rumah untuk memasak. Menu hari ini ibu masak Ikan Pari Asam Pedas Johor, Kailan ikan masin, telur dadar dan puding cocktail dan sedikit kuih yang dibeli en.husband. Resepi esok ibu kasi yer ..hari ni tak sempat.
Ikan Pari Asam Pedas Johor

 Kailan ikan masin


 Telur Dadar


 Puding Cocktail
 Sedikit Kuih muih dari Bazar Ramadhan

Menu Berbuka Hari ketiga berpuasa

Hari ketiga berpuasa ibu masak menu yang simple jer nasi putih dimakan bersama daging bakar, air asam dan sambal telur . Jom ibu kongsikan resepi yang ibu masak.

 Daging Bakar
Bahan-bahannyer :
1/2 kg Daging
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sk jintan manis*
1sk jintan putih*
sedikit serbuk kunyit*
garam & gula

Cara-caranyer :
Tumbuk semua bahan-bahan yang bertanda * sehingga lumat.kemudian masukkan bahan -bahan yang ditumbuk ke dalam bekas daging. tmbahkan garam dan gula. Gaulkan sehingga sekata, perap daging selama setengah jam (klu nak sedap lagi perap lama).  Panaskan oven dan boleh la dimasukkan ke dalam oven dan dibakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit bergantung kepada ketebalan daging. setelah masak boleh la dihidang bersama air asam.


 Air Asam
Bahan-bahan yang dikisar :
2 biji cili Merah
 8 biji cili
Belacan

 Bahan- bahan yang dihiris :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
10 biji cili padi
2 biji cili merah

Bahan- bahan lain : 
kerisik
garam,gula & sedikit perasa
air asam jawa
2 biji limau kasturi

Cara-caranyer :
Campurkan bahan yang dikisar dan bahan yang dihiris, masukkan kerisik, garam, gula dan sedikit perasa serta air asam dan air limau kasturi.Kemudian gaulkan sehingga rata. perasa secukup rasa mengikut cita rasa masing-masing. sedap dihidangkan bersama daging bakar.

Sambal Telur 
Bahan-bahannyer :
3 biji telur Ayam (direbus dan dibuang kulit)
15 biji cili kering*
2 ulas bawang merah (dihiris)
 2 ulas bawang putih (diketuk)
belacan*
air asam jawa
minyak

Cara-caranyer:
Kisar bahan-bahan yang bertanda* dan ketepikan. Panas minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga kekuningan. kemudian masukkan cili yang telah dikisar. tunggu sebentar dan masak sehingga pecah minyak, masukkan pula
 air asam jawa. kemudian masukkan telur dan perasakan dengan garam, gula serta perasa sesedap rasa. Masak sebentar sehingga nampak kuah agak pekat dan boleh la dihidang. selamat mencuba..

Tuesday, 24 July 2012

Menu Berbuka HAri kedua Berpuasa

Assalamualaikum semua..rasanyer masih tak terlambat ibu nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam. Dah seminggu ibu tak update blog ni...sibuk sgt dengan kerja bila dirumah sibuk dengan kerja rumah dan  anak -anak pulak. Anak ibu Aneesa tak berapa sihat..asyik batuk je malam-malam. Ibu doakan anak ibu supaya cepat sembuh....oklah berbalik pada tajuk hari ni  menu berbuka untuk hari kedua berpuasa. menu untuk hari pertama ibu lupa nak amik gambar. Azam puasa tahun ni nk masak sendiri lauk pauk, serik rasanyer tahun lepas anak ibu keracunan makanan. Ibu masak yang simple jer mana yang sempat.Hari ni ibu kongsi resepi yang ibu masak. Lepas masak just terus masuk pinggan tak sempat nak hias bagai..


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan
 6 ketul ekor Ayam (ikut keperluan)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
daun kari
2 biji kentang
1inci halia (dihiris )
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
Serbuk kari daging ( dibancuh dengan sedikit air)
santan
kerisik
2 keping asam keping
garam,gula & perasa ( ikut selera masing2)
minyak untuk menumis

Cara-caranyer:
Panas minyak tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik aroma dan bawang kekuningan. Selepas tu masukkan rempah kari daging, masak sehingga pecah minyak, rempah ni kena selalu dikacau supaya tidak hangit dan api yang diguna tak terlalu kuat. setelah rempah pecah minyak masukkan santan, biarkan mendidih dan masukkan ayam bersama ubi kentang.  kalau yang nak kan kuah terlalu pekat boleh tambahkan air. Masak sehingga ubi kentang Lembut. Masukkan  kerisik dan asam keping ( klu tak suka tak perlu masuk) kemudian perasakan gula, garam dan perasa. dah siap so boleh dihidangkan.

 Sambal Belacan Tempoyak

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
8 biji cili padi (klu nak pedas boleh tambah)
belacan
garam & gula
belacan
tempoyak

Cara-caranyer:
 Cili di patah-patah dan dibersihkan biji (ibu tak suka biji ), masukkan ke dalam lesung tumbuk hingga lumat, kemudian masukkan belacan, garam, gula tadi dan disambung menumbuk.Kemudian boleh disudukan ke dalam piring,amik tempoyak letak kan seperti gambar di atas. masa nak makan baru ibu gaulkan. memang sedap klu dimakan dengan ulam -ulaman.gambar ulam ibu lupa nak amik..huhuhukk..
         Terung Goreng Bilis

1 biji terung panjang
1 biji cili merah ( klu suka pedas boleh tambah )*
2 ulas bawang merah* 
ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis ( klu ditumbuk lagi sedap) 
1 sudu jintan manis*
1 sudu jintan putih*
sedikit santan pekat
garam, gula & perasa
minyak 
Cara-caranyer
Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk atau dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau masukan ikan bilis ( ibu tak tumbuk bilis). kemudian masukkan terung goreng sebentar dan masukkan santan pekat. Biarkan seketika masukkan garam, gula dan perasa mengikut selera masing-masing. Klu suka Bawang besar boleh la ditambah hirisan bawang besar. Kacau sebentar dan boleh la dihidang.


Roti Gulung Sardin

Bahan-Bahannyer:
 8 keping roti Gardenia
 1 tin Sardin Cap Ayam
1 biji bawang Holland ( dihiris)
sedikit cili padi ( dipotong)
2 biji telur
2 biji limau kasturi ( ambil airnye saje)
sedikit tepung gandum
Serbuk lada hitam
garam
minyak

Cara-caranyer:
Roti Gardenia dicanai dan ketepikan. Untuk membuat inti masukkan sardin ke dalam mangkuk dan lenyekkan hingga hancur. Kemudian masukkan bawang, cili padi, air limau dan garam ke dalam mangkuk tadi dan digaul hingga rata. amik roti gardenia letakkan inti diatasnyer dan gulung, dihujung roti sapukan sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya gulungan roti tak terbuka. setelah siap mengulung ketepikan. Amik telur dan pukul bersama serbuk lada hitam (letak garam sedikit klu tak nak letak pon tak per) sebab inti dah ada garam. Kemudian amik roti yang telah siap digulung celup ke dalam telur boleh la digoreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. SIAPPP....senang kan..