Thursday, 19 January 2017

First Day Anna di Sekolah Baru..

Assalamualaikum semua..

Rasanyer dah lama ahkak tak update blog ni....Harap-harap tahun 2017 ni menjadi tahun yang bertuah bg ahkak sekeluarga....tak yah la no nak cerita ke mana ahkak menghilang.hihihikk..perasan macam diri tu artis..ada jer, cuma masa tak mengizinkan...

Tahun 2017 ni Anna dah masuk tahun 1...Ahkak risau sangat-sangat...sebab Anna ni sangat la manja, sikit-sikit nagis, dok pikiaq la macam mana la nak berebut beli makanan kat kantin nanti. Kalau orang tolak tolak nanti....maunyer dia buka speaker kuat-kuat.. tapi syukur Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya..Hari Orientasi dia okey ja...First day senang jer dari bangun tidur sampai la ke sekolah..semua dipermudahkan..tak buat perangai....habis sekolah pagi kul 3 petang Anna ke KAFA pulak...Anna cakap seronok..ramai kawan..siap dah kakak angkat...
 First day Anna di tahun 1, sekolah sama ngan kakak nica...kelas pon sama macam kakak masa darjah 1. Ibu doakan Anna bijak macam kakak...
Dalam kelas...senyap je macam kakak jugak...masa ni belum ada kawan...
 First day beriya suruh ibu masak nasi goreng nak bawa bekal...sekali pi tengok bekal tinggal dalam beg, dia dok beratoq elok ja nak beli makanan kat kantin...hai la anak...ibu yang over risau...

Hari First Anna beli nasi lemak telur mata...okey dah ada kawan baru nama Aina...suka betui tengok..
 Ini kakak Nica ngan bff dia Alia Maisarah....kongsi makan bekal yang ibu bagi...
 Hari kedua..masa ibu sampai tengok Anna dah beli nasi goreng...Fuhhh..lega rasanya..anak ahkak dah pandai berdikari....
Anna balik rumah and bagitau lepas ni Anna tak mau bawa bekal dah..Anna nak beli jer kat kantin...PULAKKKK....dah seronok membeli la tu...Anna okey jer, tak yah nak tunggu-tunggu sampai tengah hari...hari ketiga Anna beli mee goreng...okey la..sampai sini dulu yer...Ibu doakan semoga Anna menjadi anak yang solehah, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ...Aminnnn..

Friday, 3 April 2015

Muzium Perak

Assalamualaikum semua..maaf la blog ibu dah lama tak update..tak der mood nak mengarang..huhuhu ...kepala ni berserabut rasanya, banyak sangat benda yang perlu difikir. Gambar semua ibu peram dulu  bagi jadi pekasam lepas tu baru nak update.Okeyla  kita sambung cerita yea...cuti sekolah yang lepas tak ke mana pon duduk diam-diam jer kat rumah sampai bosan..hahaha...hujung minggu sebelum sekolah buka, kebetulan Mr. Sirpool nak amik barang kawan di Taiping..dah alang -alang sampai Taiping kita ke Muzium Perak Pulak la...dah lama tak ke situ. Rasanyer last ibu masuk muzium tu masa zaman sekolah dulu...lama betul kan...selalu ke taiping kita lepak-lepak kat tepi taman tasik jer.jom layan gambar...Gambar yang kat atas tu Akeef  kat play ground area muzium.
Ini la Muzium Perak. Kalau berminat nak ke sini senang jer, bangunan terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Muzium Perak, Taiping dibina pada 1883 dan merupakan muzium yang pertama Malaysia di tubuhkan.
Muzium Perak
Sumber gambar: ehsan daripada pakcik google.

Direkabentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris yang didatangkan khas dari England. Beliau mengaplikasi gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat ‘moor’ di India serta mengabungkan gaya klasik seni bina neo-classical dan Victorian masyarakat Eropah. Memang cantik Rekabentuknya. Terdapat 4 galeri didalamnya. Untuk masuk ke sini bagi dewasa dikenakan RM 2 sahaja dan kanak-kanak bawah 12 tahun dan beruniform sekolah adalah percuma. Jom tengok Aneesa berposing di bahagian luar muzium. Time ni Anna baru jer bangun tido so masih mamai -mamai lagi janji mimpi la nak disuruh bergambar..memang jawapannya TAK la...gigih betui Aneesa nak bergambar, time ni memang panas terik sangat...ibu pon layan jer la, nanti merajuk pulak.





Masa kami ke sana sedang ada pameran seribu wajah. Bermacam Topeng dipamerkan dan cerita disebalik wajah topeng tersebut. Ibu tak sempat nak baca semuanyer...al maklumla bawa askar askar kecil.Pamernan ni berlangsung sehingga Jun 2015..so bagi sesiapa yang berminat boleh la berkunjung ke sana.
Pelbagai bentuk topeng dipamerkan.
Kemudian kita masuk ke bahagian yang mempamerkan pelbagai haiwan. Yang di atas kepala nica tu adalah rangka Gajah. Memang besar gajah ni.
Macam -macam lagi ada dalam muzium ni, panjang kalau nak cerita...ampa pi la tengok sendiri. Memang best, banyak benda yang boleh dipelajari.
Di sini juga terdapat Galeri Orang Asli & Tembikar.

Gambar di atas menunjukkan salasilah Orang Asli mengikut negeri. Di sini ampa boleh tengok macam mana bentuk rumah orang asli, peralatan apa yang mereka guna..banyak benda yang boleh kita pelajari.okey la....dah terlampau panjang rasanya entry ni...Tatata dulu yer...






Tuesday, 17 February 2015

Cerita Opah Masuk Spital....

Assalamualaikum semua...maaf yer sejak dua menjak ni sibuk sangat dengan kerja dan hal keluarga sampaikan nak menghupdate blog pon tak sempat. Okey la berbalik cerita Opah masuk spital. Dua tiga hari sebelum opah masuk spital opah ada la mengadu kat ibu cakap kepala rasa  tak sedap pastu telinga berdegung. Ajak pergi klinik opah cakap cuaca panas kot, nanti lepas jelum okey la. Petang 9 januari 2014 lepas jelum opah cakap kepala dah rasa okey...ibu ajak pergi pasar malam then singgah beli nasi beriani. Lepas 15 minit makan nasi beriani opah cakap kepala opah pening memusing, mata tak boleh nak buka, dan dah mula muntah-muntah. Ibu memang dah panic giler time ni. Mana idaknyer kereta semua tak der, husband pergi Penang..my adik pulak baru keluar ke Kuala Muda. whatsup husband bagi tau adik. nasib baik adik dekat lagi...adik patah balik then bawa opah ke hospital ..Emergency wad...time ni opah dah rasa tak boleh jalan....ibu dah nagis, rasa bersalah sangat sebab pi beli nasi beriani. 

Dah la masa tu hujan lebat sangat-sangat. Dr. bagi tau darah opah naik 200++ . Nasib baik bawa cepat ke spital.. Yang ibu ni kat rumah risau tahap gaban, minta husband balik amik nak jugak ke spital. Kul 1 pagi ibu terjah ke hospital. So opah kena la tahan kat wad 3 hari sampai ahad. Darah Opah dah normal bacaan atas 130/75. Tapi lepas keluar wad kena checkup 3 hari kat klinik kesihatan tekanan darah.

12hb Januari 2015, opah kat rumah..still ada pening-pening, keesokkannya nampak okey sikit. Tetiba time maghrib tu opah cakap rasa panas kepala dan belakang leher...memang kepala opah panas sangat.badan okey tak panas....letak cool fever, tuala lembab pon tak okey....last-last ajak Mr. Sirpool gi KPJ Specialist kat Bandar Perda. Darah opah naik balik 180 ++. So kena tahan wad, dr. masukkan ubat strok , ubat cair darah. 3 hari yang pertama masuk wad darah opah still dalam lingkungan 150 macam tu tak turun turun...ibu yang teman opah ni pon rasa macam nak naik darah. Opah perlukan rehat yang cukup.. Doktor terpaksa tukar-tukar ubat untuk yang mana sesuai. Dr buat scan tapi result Alhamdulillah ok.risau jugak. Cuma tekanan darah jer.  Hari yang ke empat nampak tekanan darah dah okey  kena dok wad 5 hari. Ibu, Anna  dan si kecil Akeef jadi peneman opah di hospital. Aneesa kena sekolah.

Di KPJ ibu pilih bilik yang sorang, ye lah sebab ibu ada kecil kan, nak mintak husband jaga kan si kecil Akeef memang tak dapat la sebabkan dia menyusu badan. Kalau sebelah malam memang dia tak layan botol. So ibu angkut sekali dok spital. Tak per lah bersusah sikit demi MAK...MAK kita dah bersusah payah menjaga kita sampai kita besar. Pergorbanan MAK tiada bandingnya. Yang penting dalam kepala ibu nak MAK sihat macam biasa.
Memang ibu sangat berpuas hati dengan khidmat Dr dan nurse di KPJ.
Dapat Bilik No.549...Ni toilet yang best...sangat selesa

 
Toilet pon ibu amik gambar, hahaha....
 Gambar opah masa kat wad.
 Ini pulak cucu-cucu yang akan menyibok time makanan sampai.
 Orang sakit makan sikit ja....yang lebihnya budak baju pink tu yang ngap. Syukur Alhamdulillah Opah dah sihat...MAK kita banyakkan makan ulam, dan buah. Buah Belimbing sangat bagus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain tu boleh cuba cincau yang dikisar dan jus amra. Macam -macam petua ibu buat...dengan izin Allah insyallah sembuh...cubalah.


Wednesday, 28 January 2015

Hari Orientasi dan persekolahan Aneesa


 Assalamualaikum semua...pada 2 januari 2015 adalah hari orientasi bagi murid-murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Nibong Tebal. Pada awalnya cadang biar Mr.Sirpool jer temankan Aneesa sebab ibu kena bekerja, tapi disebabkan Aneesa nak jugak ibu temankan...so ibu pun ikut sekali.
 
 Gambar muka cuak ...macam-macam dia cakap, pening kepala la..ishkkk..macam-macam. tapi lepas dia toleh kanan, toleh kiri...maka ternampak la kawan-kawan dia masa di tadika dulu. Terus hilang pening kepala....aduiii la...lawak betui Aneesa ni.
 
 Masa ni tengah sesi memenuhkan kerusi....uishhkkk...dah lama rasa macam ni.Teringat zaman kanak-kanak dulu. Sekejap jer masa berlalu..pejam celik pejam celik Aneesa dah 7 tahun. Bagi murid tahun satu ada peperiksaan untuk menentukan kelas. Aneesa rileks jer, ibu yang lebih-lebih risau tak tentu hala, dalam kepala ni fikir macam-macam. Maybe..anak first kot. Berkali-kali ingatkan Aneesa, exam buat elok-elok tau, jangan kalut, dah habis semak balik...aduhaiii...ibu...Anak ibu baru nak masuk darjah satu bukanyer nak amik SPM....hihihikk....bila ingat balik lawak la. Tapi apa-apa pon ...Alhamdulillah.. Aneesa dapat dok kelas yang first...1 Bestari...Disebabkan dah berjanji....Aneesa dapat la Pizza Hut...nasib baik janji nak belanja Pizza ja..

Untuk 2 minggu pertama waktu rehat Mr.Sirpool akan jenguk-jengukkan Aneesa di kantin. Okey la dia dah ada kawan, dan dah boleh membeli sendiri. Ayah just tengok jer. Sekarang dah seronok membeli pulak..Hari first persekolahan ibu tak dapat temankan Aneesa disebabkan Opah tak berapa sihat baru keluar hospital...minggu pertama Aneesa ke sekolah semua benda Mr. Sirpool yang siapkan,....ibu temankan opah di hospital. Nanti ibu ceritakan pasal Opah.

Di sekolah Aneesa setap hari Selasa dan Khamis pakai T-shirt  dan tudung hitam sekolah jer . Aneesa dah ada 2 orang kawan rapat dua-dua nama Aliya....bezanyer seorang tembam sorang lagi kurus macam nica. Habis sekolah nanti sebelah petang Aneesa ada Kelas Al-Quran dan Fardu ain (KAFA)...Kelas KAFA dari pukul 3 hingga pukul 6 petang. Kesian tengok Aneesa keletihan ya amat. Okeyla sampai disini dulu ya....Nanti ibu cerita lagi..

Thursday, 8 January 2015

Cerita Cuti Sekolah

Macam Geng Bas Sekolah Tak??? Budak-budak minat giler dengan rancangan Geng Bas Sekolah kat Astro Ceria tu,sampaikan bila ibu nak ambil gambar pon berposing ala-ala Geng Bas Sekolah. Pengaruh TV betui..cuti sekolah baru-baru ni kita anak beranak tak kemana pon. Mula rancang memang nak bawa anak-anak pi jalan-jalan kat Melaka. Tapi memandangkan musim hujan, tak jadi la nak ke Melaka. Kita balik kampung sudah la tengok Tok dengan Tok Wan. Apalagi anak-anak ibu dok menghitung hari jer la nak balik kampung sebab nak jumpa sepupu.  Mak Long pon balik kampung. Macam biasa la kan, kalau balik kampung mesti nak ke Pusat Sains Negara. So Pak Long pon angkut kita semua naik satu kereta pi ke sana. Main la puas-puas.
 
Ni benda pertama yang depa terjah. Habis semua button depa tekan. Suka tengok, happy sangat depa bila berjumpa.
 Meh nak kenal kan mula dari sebelah kiri Atilia, Arrisa, Aneesa, Awiys dan Anna. Awiys dengan anna sebaya, Aneesa dengan Arissa sebaya. tetapi anak-anak ibu rendah sedikit sebab lahir hujung tahun kot..sepupu depa lahir awal tahun. ehh..boleh pulak mcm tu..hihihikk...suka ati ibu je buat kenyataan.
 Masa ni Anna tengah merajuk katanya 'depa tak mo kawan dengan Anna'. Hahahaha....Anna ni sensitif tahap gaban punyer..kena banyak bersabar.
Dua beradik berseluar belang.
Masa ni ada show, bukan main berani duduk kerusi depan sekali.
Sorry la gambar tak cantik. Guna hp murahan jer. Bak kata opismate hp cap ayam.hahahaha...cap ayam pon cap ayam la..janji boleh call sudah.
Ini sebahagian ruang yang ada, ada byk ruang lagi...tapi tak sempat nak amik gambar. Maklum lah sejak beranak kecik ni tak menang tangan dibuatnyer. Okey la...Cukup  la setakat ni dulu...BYe..

Monday, 5 January 2015

Mee Udang Laut Pulau Sayak


Assalamualaikum semua..cerita di penghujung disember. Kalau semua nak tau ibu ni sangat la teringin mee Pulau Sayak ni, dari sebelum pregnant Akeef lagi, sampai la sekarang ni Akeef dah 10 bulan baru dapat merasa mee Pulau Sayak ni. Lama betul kan punya teringin. Selama ni dok dengaq jer cerita orang cakap mee ni sedap. Ibu makan kat kedai Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Kedai ni betul-betul menghadap laut. Permandangan cantik, masa sampai tu matahari baru nak terbenam..
Apa-apa pon amik gambar dulu...ni masa dok tunggu mee yang telah di order. Ramai jugak malam tu. Bagi yang muslim, kalau nak solat ada jer surau yang telah disediakan. So tak yah nak risau nak cari tempat nak solat.
Gambar ni harus ada la kan...anak bapak...sekarang ni Mr. Sirpool berkepit jer la ngan baby boy dia.
Ni ha rupa Mee udang Pulau Sayak. Akhirnyer dapat jugak merasa. Selagi tak bawa ibu mai sini...selagi tu la, ibu dok mengungkit kat Mr. Sirpool..buruk betui perangai. ishkk...bini sapa la kan. hihiikk...jangan ikut tau.
Hari tu order Mee Udang Special 1 pinggan lagi 2 pinggan Mee udang biasa. Mee Udang Special bezanyer udang lebih dan saiz lebih besar. Rasa tu okey la...tapi hari tu kuah dia pedas ...fuhhh....sian kat nica makan isi jer. Ibu lupa nak bagitau jgn pedas budak punyer time order.  Bagi orang dewasa ok la. Mr. Sirpool cakap rasa pon dah lain, maybe tukang masak lain kot. Semua udang tu Nica belasah, ibu makan seekor jer...Mr.Sirpool cakap ayah makan kepala jer. Udang ni memang peberet nica la. Anna makan main-main jer...
Memang mewah dengan udang.
Okey, sekian.